Salam dears…Mama pasti, kita semua terkesan dengan berita menyayat hati baru baru ni. Betapa beratnya dugaan yang dihadapi. Moga ibubapa anak syurga Adam Rayqal diberikan kekuatan untuk menghadapi hari hari mendatang dengan redha…

Jangan Ditambah Pilu Dihati
Dalam simpati, hati ni terguris juga membaca sesetengah pendapat yang seolah menyalahkan ibu ibu yang terpaksa keluar bekerja.
Komen komen yang kadang angkuh nadanya atau macam perli perli pula.
“Sebab tu lah kena jaga sendiri anak anak”
“Nasib baiklah aku tak hantar kat pengasuh”
“Lebih baik berhenti kerja & jaga anak, daripada jadi macam ni”
“Biarlah tak kaya, asal dapat jaga anak sendiri, anak anak lah harta paling berharga”
Aduhai…perlukah berkata begitu dikala ibubapanya sedang meratapi kehilangan? Perlukah diungkapkan kata kata yang mungkin menambah pilu dalam hati ibubapanya.?
Janganlah kerna kata kata tu, sampai bersarang penyesalan “patutnya aku jaga sendiri…salah aku hantar kesitu”.
Jangan…jangan ditabur garam pada hati yang sedang luka! Sebaiknya titipkan lah doa buat mereka…
Ingatlah, jangan terlalu takbur mengatakan “aku tak akan kerja, aku akan jaga sendiri anak anak aku”. Kalau sampai masa diuji, terpaksa keluar bekerja juga bagaimana?
Hmm ibu yang tidak bekerja, ibu yang terpaksa berhenti kerja, ibu yang terpaksa keluar bekerja…apa apa pun kita semua ibu yang mahukan yang terbaik untuk anak anak kita. Mahu anak anak kita sentiasa selamat dan bahagia kan?
Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon pada Mu agar Kau lindungilah anak anak ku pada setiap masa, hadirkanlah orang orang yang baik untuk menjaga anak anak ku ketika aku keluar bekerja, Aaminn…
9,352 total views, 2 views today




sedih dengan berita Adam.. semoga dohnya tenang di sana..
ibu2 pun dah boleh stop buat perbandingan antara bekerja atau tak kan.. dua2 ade pro dan cons masing-masing.. ibu mana tak sayangkan anak kan..
Betul, tak perlu nak banding banding
Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.. Kalau kat rumah jaga sndr pun, klu dah nama ajal, tetap akan jadi juga..
Tu lah. Mintak simpang lah dr terjadi apa apa yg tak diingini.
Ksaya pun sedih. asyik menangis je tengok muka Adam ngan ibunya. semoga Arwah adik Adam tenang di syurga
Aaminnnn
Amin.. semoga kedua ibu bapanya tabah..
Jemput join segmen ejulz jika sudi 🙂
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html
Entry terkini :
http://ejulz.blogspot.com/2018/07/hindari-sifat-malas.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/5-julai-2018-bday-furqan.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/mood-blogwalking.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/nasi-lemak-isteri-tercinta.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/ranking-alexa-5-jul-2018.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/giveaway-nak-hadiah-jawab-dulu-by.html
Aaminnnn
rezeki setiap orang kan berbeza,aturan hidup juga,kalau kita tahu buku kehidupan kita bukan hiduplah namanya kannn….tak usah banding2….
Yup tak yah banding banding