Salam dears,
Petang semalam mesin basuh baru Mama dah sampai, yayyy! Masa tu Mama kerja, Ayah je kat rumah menyambut ketibaan mesin tu. Sebaik saja tahu mesin dah sampai, Mama kat ofis excited dah nak balik rumah basuh baju guna mesin baru kununnya. Biasalah, orang pompuan kan, mesin basuh ni benda penting wehhh. Sayang mesin basuh umpama lelaki sayangkan kereta kot, kan, kan?
Tetapi, sampai je kat rumah niat nak terus basuh kain baju terbantut jap. Sebab rupa rupanya mesin tu lebar sangat dan tak muat nak masuk melalui pintu balkoni dapur. Dok tersadai segedebuk tengah dapur ja. Aiyooo ini lah akibatnya bila tak pikir panjang, tak ingat yang rumah kecik, main beli je ikut apa yang berkenan! Sekali sampai, tak muat pintu hahaha
Pikir punya pikir, Ayah kata cuba kopek je lah palang kat tepi pintu tu (entah betul ke tidak itu namanya Mama pun tak tahu). Nasib baik lah pintu jenis cikai je, senang nak kopek.
Cover palang tu dah kena kopek, nasib baik tak yah cabut keluar semua terus.
Nanti nak kena pasang balik lah cover tu, kalau tak, tak leh nak kunci lah pintu.
Setelah setengah jam berhempas pulas, akhirnya berjaya juga tolak mesin basuh melalui pintu tu. Lega! Kalau tak muat, tak tahu lah mana nak letak. Rumah apartment kecil ja macam ni lah, tempat limited kan. Kalau rumah teres tu, boleh laa adjust letak kat laman belakang ke depan ke kan.
Hmm nasib baiklah beli mesin yang muatan 9kg je. Asalnya Ayah dok berkenan yang 14-16 kg. Tapi Mama tak nak, sebab besar sangat. So pengajarannya, lain kali sebelum beli apa apa barangan rumah, terutama benda besar camni, ukur dulu size pintu rumah sendiri! Bukan takat ukur baju dibadan sendiri saja tau…hehehe 😉
7,801 total views, 1 views today







yong dok rumah flat jg.. ituela ilema kita.. mesin basuh muat2 je letak kat dapur.. nak masuk dapur tu mcm 1 lorong kecik je.. huhu
mesti bersemangat kan nak basuh baju lepas ni
kak, sama la dengan saya..kalau beli apa2 takde ukur siap2..pastu mula la timbul masalah
Assalam Mama..Salam Ziarah..
sama la kita…bila rumah kecik..poblem tang nak bawak perabot @ barang letrik plak… kdg2 beli sbb minat sangat sampai lupa tang nak ukur..hehehe
saya punya mesin basuh pun besar dr tempat yang dicadangkan untuk letak mesin basuh. redha jelah rumah kecik kan.
Hihi betul…betul…betul sangat mama…sebab PC pernah alami…kes mesin basuh juga…
Lepas ini…hari2 kerja cuci baju yer puan……macam saya dan suami suka sangat salin baju…tak pernah taj ada baju dalam bakul cucian…
Hahaha. sy kalau mesin basuh baru pun rajin je nak membasuh. Kalau tidak, liat bebenor. hehe
Wah Nani excited ye nak guna mesin basuh baru..nasib baik muat jugak akhirnya kan..hihi..
Hahahhahaahha banyak kali juju ketawa pasal entry ni kak…tetiba terasaaa tau tak muat tang pintu tu hahahhahahhahahha….lepas ni kalau mesin basuh juju rosak kena ukur pintu dulu kalau tak naya nak kena drill semua hahahhahaha…adoiii kak lawak ni…seriussssss lawa gila mesin basuh akak…tetiba macam nak jugakkk…tp kan kak mesin basuh beli mahai bertahunnn nak rosak, macam ju dekat 5 tahun guna yg auto tak rosak2…tp kena jga jangan lebih muatan, kurang takpe nanti cpt rosak.
Wow besar mesin basuh tu