Salam dears… Siapa peminat serawa durian angkat tangan? *Saya! Saya!* Haaa boleh geng ngan Mama, pantang tengok ada mesti nak ngapp! Kalau korang suka serawa durian, maka jangan lupa masukkan Buffet Ramadhan di Hotel Puri Pujangga dalam senarai ‘must go’ untuk bulan Ramadhan nanti tau.
Sebabnya serawa durian kat situ sedap wehhh! Tak minat serawa durian? Jangan risau, banyak lagi hidangan yang sedap lagi enak untuk korang pilih dan makan sampai buncit! Hehe.

Ada nampak Mama happy? Sangattt! hahaha
Macam Mama hari tu, mula mula ambik nasi ngan lauk pauk dan kambing panggang. Pastu 2nd round ambil Koey Teow Goreng yang sedap. Pastu serawa durian semangkuk penuh sebab risau takut habis haha. Pastu sambung makan apam balik rangup plak.

Round 1, penuh pinggan haha

Round 2 😉

Round yang entah keberapa daaa hehehe
Pastu…pastu…ehh memang banyak lagi lah ‘pastu’ nya, entah berapa round dok menambah itu ini. Yang pasti, macam macam aii telan! Nak buat macam mana, semua sedap sedap belaka hehe.
Buffet Ramadhan di Hotel Puri Pujangga Mengimbau ‘Memori Studio Jalan Ampas’
Mengimbau ‘Memori Studio Jalan Ampas’ temanya, memang terasa lah suasana tu malam tu. Siap ada basikal dan projektor tayang filem Melayu lama sebagai deko tau. Boleh laa pakat dok berposing kat situ. Macam si Shehan tu haa, kena elok plak ngan kebaya merah dia pakai malam tu. Terus terbayang zaman P Ramlee ngan Saloma.

Gadis gadis #KBBA9 yang turut hadir malam tu, pakat pakai baju kurung ngan kebaya ikut tema laa kununnya ni hehe.
Buffet Ramadhan untuk tahun ni terdiri daripada makanan tempatan dan antarabangsa. Chef Zahir, Sous Chef kat Hotel Puri Pujangga ni mengetengahkan Asam Claypot Pedas yang akan dihidangkan secara panas mengikut permintaan pelanggan. Di samping tu, ada gak hidangan kegemaran lain iaitu Kuey Teow Daging, Roti Canai yang dimakan bersama Serawa Durian, Ikan Bakar Palembang dan Kambing Panggang.

Beef Kway Teow, puas hati makan ni. Tak kedekut daging.

Kambing panggang, makan dengan nasi beriyani dan kuah dalca tu memang fuhh terangkat!

Ikan Bakar Palembang

Serawa durian dimakan dengan pulut, kecuq ayaq liuq wehh teringat ni!

Sedap! Siap ada cebisan buah durian tau.
Diantara menu lain yang akan dihidangkan termasuklah Nasi Minyak, Nasi Jagung, Nasi Arab, Ayam Kerutup, Daging Rendang Minang, Daging Dendeng, Udang Butter, Kambing Masala, Ayam Percik Jalan Ampas, Udang Sambal Petai, Kambing Masak Briyani dan macam macam lagi lah! Menu yang berbeza akan dihidangkan setiap hari dalam seminggu, jadi kena lah datang setiap hari untuk rasa hidangan yang berlainan, kan kan? Hehe
Ehh meh laaa nak tayang gambar lagi kat korang. Sediakan tisu siap siap tau, kang meleleh air liur tu leh cepat cepat lap hahaha

Pertama kali Mama rasa Asam Pedas Tetel, memang sedap lah! Lembut jaa dagingnya.

Ayam Percik Jalan Ampas, secukup rasa.

Pajeri terung serius sedap! Kuah pekat just nice, bertambah nasi sebab pajeri ni tau.

Sambal dan ulam ulaman.

Aneka kerabu.

Bread & Butter Pudding ni yummy!

Apam balik dimasak on-the-spot, panas panas sedap wehhh

Apam balik rangup ni special, tak ada kacang tapi diganti dengan nestum, sedap!
Harga Buffet Ramadhan 2018 di Hotel Puri Pujangga
Buffet Ramadhan di Begonia Coffee House di Hotel Puri Pujangga ni akan bermula pada 19 Mei 2018 hingga 13 June 2018. Makanan akan dihidangkan dari jam pukul 7.00 malam hingga 10.00 malam. Bagi Mama harga buffet Ramadhan kat sini memang berbaloi lah dengan pilihan yang ada. Ni harganya untuk makluman korang:
- Dewasa: RM70 nett / Early bird voucher RM60 nett.
- Kanak-kanak (6-12 tahun): RM35 nett.
- Kanak-kanak 6 tahun kebawah adalah percuma.
- Istimewa warga UKM: Beli 5, Percuma 1.
- Pakej Penginapan: RM160 nett semalam, termasuk Bufet Makan Malam untuk seorang.
Haa ok sangat kan harga tu? Jadi sila lah bawa famili ke kawan kawan pergi enjoy makan kat buffet Ramadhan di Hotel Puri Pujangga. Kalau nak buat tempahan atau nak tau maklumat lanjut, korang hubungi jer nombor kat bawah ni yer…
Hotel Puri Pujangga
Alamat: Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor.
Telefon: 03-8922 2891 / 03-8927 4128 / 03-8926 2443
Website: www.puripujangga.com.my
Facebook: Hotel Puri Pujangga
Instagram: hotelpuripujangga
E-mail: reservation@puripujangga.com.my
9,438 total views, 2 views today
Semakin dekat Ramadhan semakin meriah ni….alhamdulillah.
Alhamdulillah 🙂
menyelerakan!
Yup sangat!
Aduhhh…. Jelesnya! Nak gak serawa durian.
Nak gakk…… Sambil hentak² kaki ni..
Nanti belanja ai berbuka pose kat sini ehh
Hahaha terbayang Nina hentak hentak kaki comelnya hehehe
Serawa durian tu siap biji durian berenang renang.. suka sgt. Payah nak dpt pesen mcm ni kalau kat hotel.
Kat rmh je dpt …heheh
Betoi tu, memang terbaik
Rasa nak repeat lagi hehehe
Sama lah, nak repeat serawa tu dapnya