Salam dears,
Zaman sekarang ni, hampir semua benda boleh beli online kan? Yang Mama nampak, bisnes makanan adalah antara yang makin tumbuh macam cendawan di alam online skarang.
Mama rasa dulu makanan yang dijual online biasanya kek, biskut, coklat, kerepek dan jenis makanan yang boleh tahan agak lama camtu lah. Tapi sekarang ni, nasi dan lauk pauk pun dah dijual secara online. Siap ada delivery service lagi tau.
Mama dan kawan kawan ofis sekarang ni, jarang dah keluar beli makanan atau pergi makan kat food court. Lebih suka order je set makan tengah hari dari online seller. Biasanya kitorang order dari kedai kedai yang ada dalam Instagram je.
Mama suka macam ni sebab bukan sekadar lebih murah, tak payah nak keluar membeli, beratur kat food court semua. Tapi yang penting lebih jimat. Kerja di KL Sentral ni, makan minum memang mahal. Kalau makan nasi berlauk kat food court je pun dah boleh sampai RM8-10 tau! Tu belum campur air minum lagi tu.
Tapi bila order food delivery ni, boleh dapat 1 set nasi + 1 lauk + 1 sayur dengan harga serendah RM5, ok sangat lah kan? Kumpul order ramai ramai, boleh dapat penghantaran percuma. Pastu, minum air kat opis free je, jimat lagi.
Lagi satu, tak payah penat fikir nak pilih lauk apa. Sebab biasanya seller dah tetapkan hari ni set lauk apa e.g. ayam goreng kunyit + sayur campur. Kalau nak…order, kalau tak nak, cari kedai lain. Senang kan?
Salah satu kedai yang kitorang biasa order. Seller dah set kan apa lauknya.
Senang tak payah fikir dah hehe 🙂
Korang pernah tak order makanan camni?
4,946 total views, 1 views today





Mudah kan mama..lagi satu dah lengkap menu disediakan..
Mudahnya !
Wahhh harga jauh lebih murah lah kak…ish suka la cara mcm ni…seronokkkk ye nak order kan sekali sekala…boleh concentrate buat kerja sambil makan…nak save lah ig dia…kot2 malas nak keluar mkn order je awal2 hehe
tak pernah .. tp menarik klu kat putrajaya ada mmg aku order ni ….
beli nasi ayam pun rm5.50 kot sini
Pengacara FBI dan isteri dia pun buat bisnes ni..
Bagus tu…perkhidmatan ni kalau ada di Perak (Bota) kan best….tak payahlah kami keluar sejauh 7 km untuk tawaf nak ke kedai makan ( u turn jauh)
Kat putrajaya banyak jual gini. Cuba join group fb kelab komuniti putrajaya
Mudah kan sekarang semua dihujung jari. Cuma buat pilihan je.bagus camni kalo semua tempat ada pun baik
untung laaaa,opis kita posmen delivery tak leh masuk huwaaaa
tu la kak..Fidah pun ada terfikir gak nak buat bisnes mcm ni..Ada tanya pendapat husband..dia kata terpulang..kalau itu minat..Lagipun kat kg mama Fidah memang berniaga kecik-kecik ni
senangnya kak..order order je kan..bab pilih lauk tu paling senang hahahahaha..sbb sy bab tu yg paling stress nak pikir hari2 hahhahahaha