Salam dears… Korang suka makan steamboat? Dok mencari kat mana steamboat murah di KL dan Selangor? Haaa Mama dah jumpa dah kat mana restoran untuk makan steamboat best, harga berpatutan dan rasa kuahnya…wallaweh sedap! Meh baca meh…
Restoran Nelayan Ampang Kini Dibuka!
Baru baru ni Mama dan beberapa orang geng Kelab Blogger Ben Ashaari telah berpeluang menghadiri majlis ‘soft launch’ pembukaan Restoran Nelayan Ampang yang terletak di Ampang Waterfront.
Mama ni jarang nak join food review malam malam, sebab memikirkan nanti balik lewat lah apa lah. Tapi bila dapat jemputan ni Mama teruja plak nak pergi, sebabnya dah pernah rasa masakan dari Restoran Nelayan Ampang semasa Bengkel Fotofon dulu, dan memang kena dengan selera Mama. Ishh terus teringat berketul ketul karipap aii bedal masa tu hehehe.

Restoran Nelayan Ampang kini dibuka, yayyy!
Oleh kerana terbayangkan makan sedap sedap semua tu lah Mama sanggup nak pergi ke majlis tu walaupun kena travel jauh (padahal sejam lebih ja pun haha) dan balik lewat.
Dan…memang tak rugi lah Mama pergi sebab rasa seronok sangat malam tu! Tempat selesa, majlis yang happening, dapat lepak dengan kawan-kawan dan paling penting – makanan sedap! Puas hati lah, Alhamdulillah.

Tahniah! Dalam masa setahun setengah saja dah berjaya buka cawangan yang kedua.

Geng KBBA9 bergambar dengan pemilik Restoran Nelayan Ampang, En. Fairiz
Steamboat Murah di KL
Dalam banyak banyak menu yang dihidangkan pada malam tu, paling syiok bagi Mama ialah steamboat dan ‘seafood lambak’. Fuhhh teringat ingat kuah tom yam steamboat tu…marvelous!
Dan bagi Mama, harganya pun berpatutan dengan pilihan makanan yang ada. Jadi kalau korang nak cari steamboat murah di KL…haaa meh laa cuba yang kat Restoran Nelayan Ampang ni. Macam macam ada!

Kecuq ayaq liuq dah aih bila teringat rasa kuahnya…

Rambang mata memilih apa nak makan hehe

Sedappp!

Air ada ‘free refill’

Ada harga promosi sampai 31 Mac ni, cepat serbuuu hehehe
Harga Steamboat (normal price)
Dewasa: RM28
Kanak-kanak: RM16 (5-11 tahun)
Seafood Lambak
Yer…ini sebenarnya shellout laa ni, tapi kat sini ‘Seafood Lambak’ nama diberi. Malam tu kitorang disajikan dengan dua jenis kuah iaitu Green Curry dan Hong Kong Spicy.
Ikut tekak Mama, Green Curry tu perghhh sedap! Pakat berebut kitorang siap cedok kuah guna kulit siput tau. Tapi Mama lah yang paling untung, sebab bila dituang jer kuah tu dengan sendirinya meleleh menghala ke nasi Mama, yahooo! Geng yang lain pakat jeling jer nengoknya hahaha

Seafood Lambak dengan kuah ‘Green Curry’ (kiri) dan ‘Hong Kong Spicy’ (kanan).

Kuah Hong Kong Spicy ni tak lah pedas sangat, just nice.
Harga Seafood Lambak:
2 pax RM39.90
4 pax RM75.90
8 pax RM150.00
Set Makan Tengahari RM3.50 Saja? Murahnya!
Biar betul, nasi dengan lauk RM3.50 saja? Iyer, betul. Set nasi putih bersama lauk ayam goreng atau ikan goreng dan sayur. Pastu boleh pilih kuah samada asam pedas, masak lemak atau kari…..harganya RM3.50 saja, murah!

Murah ni oiii!
Mana nak cari makan tengahari semurah ni kat restoran di KL ni wehh. Kalaulah Restoran Nelayan ni dekat ngan ofis Mama kan ke best, tiap tiap hari aii tapau lunch kat sini ja, jimat!
Haa selain daripada steamboat, seafood lambak dan set lunch tu, ada bermacam macam menu hidangan lain kat sini, nak yang ‘ala carte’ pun ada.
Restoran Nelayan Bukan Sekadar Restoran
Ohh yaa…kalau nak buat apa apa majlis di Restoran Nelayan Ampang ni pun boleh tau. Sebab floor plan rangkaian Restoran Nelayan ni telah disusun agar sesuai untuk mengadakan pelbagai majlis dan acara macam gathering, annual dinner, kenduri, majlis perkahwinan dan sebagainya.

Luas dan selesa
Lagipun, diorang ni memang ada perkhidmatan katering dan berpengalaman dalam ‘event management’ jadi InsyaAllah boleh uruskan apa apa event kalau nak buat kat Restoran ni.
Ehhh panjang plak cerita hehe. Kalau korang nak tau lebih lanjut, hubungi ja diorang ikut maklumat kat bawah ni yer. Selamat menjamu selera!
Maklumat Lanjut:
Alamat
Restoran Nelayan Ampang
33A-1 Jalan AWF 1
Ampang Waterfront
58000 Ampang Selangor
Waktu Operasi
Selasa – Ahad (Isnin Tutup)
11 pagi – 12 pagi
Facebook: Restoran Nelayan Ampang
Telefon: 011-3960 6966 / 03-61858400 / 019-2279017
E-mail: nelayangombak@gmail.com
4,284 total views, 9 views today
Adududuhhh.. .. seafood lambak kuah green curry tuu dok manggil-manggil. Nak repeat ni. Jom!
Jom….lepak makan steamboat pun syiok
aduhai… lapar yer perut lepas baca pasal restoren nelayan ni. Serius harga murah camni kat KL? Restoren pun nampak cantik dan kondusif.
Nak try la makan kt sini nanti.
Pi laa try Huda, sementara ada promo ni lagi untung
Bestnya… Dah lama tak makan SteamBoat… Harga promosi pun murah ni… Kalau dekat boleh pergi ni…
Sila sila 🙂
Wahhh menarik promo ni, dahlah kita peminat steamboat. Kena terjah ni sebelum 31 Mac.
Haaa pi laa Mas, enjoy!