Salam dears,
Hari Sabtu lepas Mama ikut adik Mama pergi cari cadar patchwork di GM Klang. Orang kata kat sana murah. Mama ni kalau bab ajak pi shopping, ok…on saja hehe. Tapi dalam hati “aku tak beli apa apa kot”, sebabnya bab membeli cadar Mama tak minat sangat. Bagi Mama, cadar ada 2 set dah cukup untuk basuh-tukar-basuh-tukar dah.
Kitorang pergi tu dah agak lewat, dalam pukul 5.30 petang sampai sana. Kedai kedai kat GM Klang tutup kul 7 malam. So masa tak banyak, dan hanya sempat jalan kat satu tingkat je, tingkat 4. Tapi dalam masa sejam lebih tu pun, sempat merembat menghabiskan duit huhu. Sebabnya, dalam tak dak apa nak beli tu, aii telah terrrbeli karpet patchwork!
Diantara corak yang ada. Masa tu Mama tak teringat nak snap pics banyak banyak.
Sebelum ni Mama tak pernah tau pun wujudnya karpet patchwork ni. Tapi bila tengok di GM Klang tu, macam ehhh terbekenan laa pula. Sebab material tak tebal sangat, jenis cotton dan tak panas. Pastu senang nak basuh, boleh masuk dalam mesin basuh je ni dan InsyaAllah cepat kering. Ini penting untuk orang yang ada anak kecik yang selalu bagi tumpah makanan/minuman kat karpet kan, kan?
Alaa sebenarnya karpet printed patchwork ni ala ala toto je pun, tapi nipis sikit dan bahagian bawahnya kasar berbiji halus untuk bagi karpet tu tak bergerak gerak. Ehhh aii tatau laa camna nak describe, tapi korang faham laa kot kan?
Mama beli yang ni, feeling munger munger
Sedap je golek golek
Ada budak sibuk nak posing ngan karpet baru hehe
Selain daripada karpet patchwork tu, Mama beli gak lapik kaki sebab murah RM10.00 je sekeping. Kalau beli 5 keping RM50 & dapat free 1 keping. So kongsi kongsi laa ngan adik Mama membeli. Adik Mama beli juga cadar 1 set dan runner panjang yang nak buat lapik kaki boleh, nak buat table runner pun boleh. Meh nak tanyang pics….
Ni set cadar saiz queen, ada 4 sarung bantal & 1 bolstercase. Dapat harga borong RM130.00 sebab beli barang lain juga dari kedai tu. Kalau beli satu je, harganya RM145 kalau tak silap.
Toto adik Mama beli ni RM160, saiz queen. Besar & tebal elok je.
Yang panjang tu runner, RM35.00 lepas diskaun.
Yang kecik tu lapik kaki. Gambar rumah comel je kan?
Hmm kalau korang jenis yang suka benda patchwork ni semua, boleh laa pergi tengok karpet dan cadar patchwork di GM Klang tu. Mama yang tak minat sangat ni pun boleh rambang mata tengok design yang lawa lawa comei comei, kalau korang? Siap bawak duit banyak banyak je laa yer hehe.
Haaa parking kat sana cuma RM1.00 saja. Korang nak bershopping dari kedai buka sampai kedai tutup pun silakan lah, parking murah kan hehe. Mama? InsyaAllah akan pergi lagi, pasni nak shopping kain baju plak kat situ. Adik Mama kata kat sana memang ada macam macam barang, banyak pilihan dan harga berbaloi baloi kalau beli borong. Ishhh tak sabar nak pi shopping lagi 😉
34,459 total views, 1 views today











Memang rambang mata…biasanya peniaga akan beli barang cara borong di gm klang ni..berbaloi..PC pernah pergi sekali..ikut kawan cari blouse..hihi..
hai mama…yaya dah follow mama..harap sudi untuk follow yaya 🙂
http://www.yayacendana.com
Dalam tak nak beli apa apa tu kan sempat jugak rembat ye kak. Heheh 😀
memang murah la..berbaloi beli.=D
Saya pun nak cari gak…tp rasanya kat Kenanga Whosale RM100 aja utk cadar
kalau SA pun confirm rambang mata ni…
karpet patchwork ni dulu zaman saya kecik pernah ada dah..dah popular balik sekarang ni..dulu memang guna time raya je..heheh
Gm klang memnag tempat shoping murah..ehhehe
Cantiknya kak karpetnya. ni rasa nak mai hujung minggu ni. nak beli barang bilik
kalau pergi mase weekdays lagi murah. beza banyak gak harga dari weekend.
Cantiknya….tk pernah lg pegi GM klang..
selalu pernah pergi GM KL..dekat klang belum lg..in sya Allah satu hari..
Kenanga Lebih murah berbanding gm klang… saya baru beli cadar di sana…
Sape2 yg bminat nk beli cadar blh pm sy. Toto pun ada. Sume brand patchwork. 0196426245
I see interesting posts here. Your website can go viral easily, you need some initial traffic only, you should read about Bushano’s traffic sources
Memang cantik-cantik patchwork tu
Ell recently posted…Tips Asas Pilih Vitamin Shaklee Yang Betul Untuk Kulit Jerawat Dan Kusam
Banyak pilihan plak tu