Salam dears… Saat melahirkan adalah salah satu detik paling indah…dan juga detik paling mendebarkan bagi seorang ibu. Teruja, tapi pada masa yang sama risau dengan seribu satu kemungkinan. Tu belum tambah dengan ‘debar’ memikirkan pasal layanan lepas bersalin dan bil bil hospital juga.
Bukan kecil punya hal tu kan? Sebab tu lah sebaiknya, bab nak bersalin kat hospital mana, pakej bersalin macam mana, elok difikirkan dari awal. Bukan dah dekat masa nak ‘meletup’ baru kelam kabut nak cari kan?

Melahirkan si kembar adalah salah satu kenangan terindah bagi Mama 🙂
Macam Mana Nak Pilih Pakej Bersalin Yang Sesuai?
Hmm macam mana nak buat keputusan nak bersalin kat hospital mana? Pakej bersalin apa yang terbaik? Well…ni Mama nak kongsikan sedikit info yang Mama tahu tentang camna nak memilih pakej bersalin…
– Lokasi hospital. Pada kebiasaanya orang akan pilih hospital yang berdekatan dengan tempat tinggal supaya senang nak berulang alik, terutamanya jika ada kecemasan. Kalau menetap di Shah Alam, tentulah cari pakej bersalin di Shah Alam juga kan.
– Dapatkan maklumat berkaitan hospital tersebut. Kalau ada beberapa hospital yang berdekatan, buat lah survey dan bandingkan yang mana lebih menarik dan berkredibiliti. Rajin rajin lah Google cari testimoni dan pengalaman bersalin daripada patients yang pernah bersalin kat sesuatu hospital tu.
– Lawati hospital tersebut. Boleh juga pergi ke hospital tu untuk tengok macam mana suasananya, keadaan bilik dan ambil tahu tentang segala kemudahan yang ada disana.
– Staff yang berpengalaman dan berkelayakan adalah sangat penting. Kalau nak doktor wanita, check dulu ngan hospital tu ada tak doktor pakar wanita untuk sambut kelahiran bayi nanti.
– Dapatkan maklumat tentang harga dan pakej bersalin yang ditawarkan. Sesuai atau tidak dengan kehendak dan bajet korang? Ada caj caj tersembunyi (hidden charges) atau tidak?
Ohh yaa..Mama ni tak mengandung tau hehe. Tapi adik Mama sedang mengandung dan InsyaAllah bakal melahirkan lepas Raya nanti. Dia menetap di Shah Alam, jadi kakaknya ni tumpang excited lah survey juga pasal pakej bersalin di Shah Alam hehehe.
Pengalaman Bersalin di Hospital UMRA
Salah satu hospital yang Mama jumpa banyak review yang bagus ialah Hospital UMRA di Seksyen 13, Shah Alam. Daripada apa yang Mama baca, ramai puji sikap professional dan mesra nurse serta doktor kat Hospital UMRA. Mama rasa seronok plak bila baca review tu semua tau.
Ye laa kan biasa dok baca orang cerita dah lah tengah sakit, nurse ka doktor ka marah dan kasar plak…buat risau je dengar benda benda gini kan. Jadi bila baca komen komen positif puji nurse ngan doktor kat Hospital UMRA ni, haishh sejuk hati aii!
Ehh meh laa Mama kongsikan sikit review yang ada…
Tuu dia gigih kan aii meng’printscreen’ testimoni tu semua nak bagi korang tengok hahaha. Sebab Mama tahu, testimoni camni lah yang sangat membantu bila nak decide nak bersalin kat hospital mana, betul kan, kan?
Kalau korang nak baca sendiri review lain, korang boleh Google je ‘pengalaman bersalin di Hospital UMRA’ mesti jumpa punya lah. Baca lah sendiri biar puas hati hehe
Pakej Bersalin di Shah Alam: Hospital UMRA
Bertambah tambah terpikat bila tengok harga pakej bersalin di Hospital UMRA ni yang Mama rasa memang berpatutan. Untuk hospital swasta di Selangor, harganya sangat menarik!
Harga pakej bersalin secara normal bermula dari RM1,999 dan kalau bersalin secara pembedahan plak pakej bermula dari RM4,999. Ehh zaman sekarang ni bukan senang nak jumpa harga gini kat hospital swasta oiii.

Pakej bersalin di Hospital UMRA Shah Alam
Haaa selain daripada pakej bersalin, Hospital UMRA juga ada menawarkan rawatan kesuburan untuk pasangan yang sedang berusaha nak dapatkan anak. Ada pakej untuk buat rawatan IUI dan juga rawatan IVF.
Hmm…kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi tentang semua pakej bersalin dan juga rawatan kesuburan yang ada kat Hospital UMRA tu, boleh tengok kat laman web atau Facebook dan Instagram diorang gak.
Nak melahirkan anak ni bukan satu hal yang remeh temeh kan, jadi pastikan korang buat pilihan yang terbaik ok? 🙂
Maklumat Lanjut Pakej Bersalin di Hospital UMRA:
Alamat: No. 12-18, Jalan Bola Tampar 13/14,
Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor
Laman Web: Hospital UMRA
Facebook: Hospital UMRA
Instagram: Hospital UMRA
No. Telefon: 03-5518 4319 / 019-644 4319
Waktu Operasi: Klinik buka 7 hari seminggu 9am-9pm (termasuk cuti am)
30,519 total views, 2 views today
Nak bersalin memang kena ada checklist. Dan pastikan pilihan yg tepat.
Nina Mirza recently posted…Buffet Ramadhan Hotel Royal KL Khazanah Warisan Melayu
Betul tu, sebab tu kena survey awal awal.
Friendly hospital. Doctors pun detailed. 👍😊
Yup, banyak good review pasal doktor & staff kat hospital UMRA ni
Menarik.. leh bgtau jiran2 yg nk bsalin nih..
Haa sila sila war war kan hehe
Paling penting pilihan bersalin itu adalah doktor perempuankan.
Itu antara concern pertama isteri ketika melahirkan dahulu.
Yup ada yg prefer gitu, boleh request doktor perempuan
Bagusnya dh banyak hospital yang buat pakej mcm ni.
Lagi senang kita nak decide bila pakej gini kan
Tunggu kita mengandung la pilih hospital ni.. Hahahaha… Macam best je
Haaa masuk list utk next pregnancy ehh hehehe
wahhh dah baca sampai habis ….tu kalau sampai ada pelanggan repeat berkali kali maknanya hospital ni memang bagus ….ruginya baru tahu , tapi takper boleh bagitahu pada ahli keluarga yg lain2 ….
saidila@kaklong recently posted…BENARKAH CETAPHIL GENTLE SKIN CLEANSER SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT ?
Yup betul, tu tandanya patient percaya & puas hati ngan servis kat hospital UMRA ni
tersentuh tengok gambar2 baby.. masyaAllah comelnya ,, baby bau sgt wangi. saya dulu di HUKM ngn Prof Zainul. Alhamdulillah baby sy selamat membesar hingga sekrang walau xcukup bulan
Kan…sedapnya bau baby
wow, the package at Hospital UMRA di Seksyen 13, Shah Alam sounds good. Last time I delivered also much more expensive than this. Good for ppl in Shah Alam
Yaa, UMRA’s package are affordable
Baru tau ada pakej bersalin kat Hospital UMRA ni. Kalau Qiss pun mesti nak survey dulu sebelum bersalin kan. Informasi yang bagus ni. Boleh buat persediaan bagi ibu-ibu yang mengandung. Mesti ramai juga Yang tengah survey kan
Yup, bila ada pakej gini lg senang nak survey
Bestnya ada baby kembar.airah yang baru satu pun rasa struggle hahahah yang baru kahwin tu kena simpan duit siap2 untuk prepare bersalin nanti. Selesa sikit bersalin dekat hospital ni
Banyak perkara perlu dipikirkan bila nak bersalin. Salah 1 nya hospital yang terbaik dan juga dari segi layanan la..
Teringin nak bersalin di hospital yang boleh request nak doc ppuan dsbg.
Cuma tengok kawasan juga la..
Ni antara hospital yang saya nak bersalin masa anak pertama dan anak kedua baru baru ni. Tapi end up bersalin yang pertama dekat PPUM dan yang kedua dekat avisena
Tak pernah dengar pun nama hospital ni first time tahu ada pasal hospital ni hehehehe tengok best juga harga berpatutan dan yang penting selesa dan kemahiran dalam memberi khidmat untuk menyambut orang baru ni….. Kita tak ada keluarga lagi nak plan semua ni hehehe tapi good info..
seronok la bakal ibu dapat bersalin kat hospital ni..selasa, luas & lengkap dengan kemudahan terkini. harga pun boleh tahan berbaloi kalu ambil insurance ni. yang penting ibu & anak dilahirkan selamat..
budak bandung laici recently posted…Persembahan Robot AI Menari Hanya Di Hotel Grand Ion Delemen, Genting Higland
kalau begitu feedback memang bagus la service hospital ni. plus.. mommies pun bayar quite an amount jadi harusla elok2. lagipun xde salahnya layan elok2..
org tengah emosi takut perlukan moral support..
Banyak jugak feedback bagus daripada pesakit yang pernah warded di UMRA. Layanan yang bagus dan mesra daripada doktor dan nurse tu yang kita nak kan. Yela bila sakit bersalin ni mestilah kita nak tenang je kan. Bila dapat sokongan doktor dan nurse tu yang buat kita suka dan puas hati dengan perkhodmatan mereka.
Dah dekat dengan rumah ni.
Not bad harga package yg ditawarkan. Paling best tempatnya pun selesa dengan kemudahan pun tip top. Nanti nak rekomen kat kawan2 hospital ini
Have to make sure that we always compare different prices and read the feedback and surveys given before making any decision. Glad to know that this hospital offers top notch service for mothers and babies. 🙂
Tekkaus recently posted…Beat The Haze & Heatwave With My Dyson Pure Cool Purifying Tower Fan
Wah ini ada tips ni… Bagus juga utk para ibu buat rujukan.. Tp betullah dpt hospital jenis friendly pon ok gak kan… Xdelah rasa resah gelisah je.. Lokasi tu penting. Better plh yg dekat2 saja…
Wawa Ashihara recently posted…Muka Tampak Natural dengan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream
hospital umra? tak pernah dengar. hospital swasta eh? btw emi sokong sangat2. sebelum buat keputusan nak bersalin kat hospital mana, memang kena study dulu sesiket pasal faktor2 penting ni.
Menarik dan taklah mahal mana, compare un kena di KMC RM8k huhuuuu
Uishh jauh beza huhu
IUI package looks quite affordable for couple that in needs as in included all-in-fees. No more additional charges, am I right?
Wui Kathy recently posted…Wedding | Corporate | Scientific Meeting With MAHSA Events, Bandar Saujana Putra!