Salam dears,
Semalam ada sambutan Hari Guru di sekolah si kembar 3. Balik rumah je seronok si kembar bercerita tentang persembahan yang cikgu cikgu buat untuk hiburkan hati anak murid. Kata si kembar, cikgu menari kelakar! Diorang suka hehe. Hmm..sekali sekala, cikgu pun nak enjoy juga kan. Mama yakin, cikgu cikgu tau jaga batasan & adab masa buat persembahan tu, InsyaAllah 🙂
Anyways, ni nak cerita tentang hadiah Hari Guru. Sebenarnyakan, tahun ni dalam kesibukan kerja, Mama terlupa nak sediakan hadiah sempena Hari Guru ni. Bukan lupa Hari Guru, tapi hadiah je terlupa nak beli.
Hari Ahad lepas baru kelam kabut pikir “alamak apa nak bagi ni? nak bagi kat semua cikgu ke cikgu kelas je ke camna?”. Almaklumlah, ni tahun pertama si kembar 3 masuk sekolah rendah. Pastu 3 orang dalam 3 kelas yang berasingan plak tu. Satu kelas dah 10 orang cikgu…so 3 kelas = 30 orang cikgu ke nak kena bagi hadiah? Terkonpius aii disitu hehe
Mama tanya kawan kawan & diorang kata bagi je ikut apa yang termampu. Dan biasanya bagi kat cikgu kelas dan cikgu favourite anak anak. Hmm…Mama tau cikgu tak harapkan apa apa hadiah pun kan daripada anak anak murid.
Tapi Mama rasa kalau boleh nak juga bagi ‘something’ kat semua cikgu yang mengajar si kembar 3 ni dalam kelas. Sebab Mama hargai jasa baik cikgu cikgu mendidik anak anak Mama. So pikir punya pikir punya pikir…akhirnya Mama sediakan simple gift jer…
Letak coklat camni je. Buat pemanis mulut 🙂
A simple gift.
Tapi ikhlas dari hati.
Saya hargai jasa & penat lelah cikgu mengajar anak anak saya.
Terima kasih cikgu!
8,164 total views, 1 views today







saya pun bagi coklat je..bagi kat 3 orang cikgu yang paling anak2 suka..:)
Comel jee hadiahh.. apapun, janji ikhlas nak memberi.. ena dulu bagi biskut marie je kat cikgu2
Alahai comelnya. Kalau yaya jadi cikgu happy dapat beg comel camni. hee. Nanti dah jadi ibu pun nak buat macam sis jugalah. :'D
betul tu, bila dipikir2 nak jugak bagi semua cikgu yang mengajar anak2 kan..tk pe kecil pun, janji ikhlas…sbg tanda t.kasih kita kepada cikgu2 ;-))
bagus juga idea macam ni
Nani pun ada anak murid bagi macam ni. Hihi. Kecik ke besar ke hadiah yang penting ikhlas.