Salam dears,
Sejak Jumaat malam, si Fahmi asyik dok mengadu sakit gigi. Ingatkan sebab gigi berlubang lagi. Mula mula Mama just suruh dia gosok gigi & berkumur dengan air garam. Tapi bila dia terus juga mengadu sakit, kitorang pun bawa jumpa doktor gigi semalam. Nasib baik klinik gigi tu tak perlu buat appoinment & buka pula sampai ke petang. Sebab biasanya klinik gigi kan kena buat appointment dulu kan. Rezeki 🙂
Bila masuk, si Fahmi dengan confidentnya bagitau doktor “saya sakit gigi…gigi saya berlubang!”. Yang Mama nya pulak, dengan confidentnya dok snap snap pics, as usual, mamarazzi laa katakan hehe
Nasib baik doktor sporting, biar je Mama ambik gambar. Plus, doktor plak yang panggil Mama “come closer…this one you mesti nak ambik gambar ni!”. Mama terpanik skit time tu “why doctor?!”. “His 1st molar teeth is growing!” pastu doc siap suruh nurse halakan lampu ke gigi Fahmi tu supaya Mama boleh snap snap pics.
Owhhh thank you doctor, for being so sporting & understanding. Yup, every ‘first’ for your child, is a precious memory & sebolehnya nak ambik gambar buat kenangan, tak gitu ibu ibu dan bapa bapa sekalian? 😉
Gigi kekal permata si Fahmi sedang tumbuh.
Anak Mama dah big boy 🙂
Doktor kata akan ambik masa dalam 5-7 hari untuk gigi tu tumbuh. Sakit, memang akan sakit so doc suruh bagi makan Paracetamol je lah. Melainkan sakit sangat sangat baru ambik pain killer. But so far, paracetamol je lah dulu.
Lagi, doktor pesan supaya jangan makan gula gula & sebaiknya makan benda yang lembut lembut saja. Dan memandangkan ni gigi kekal, kena jaga sebaik mungkin. InsyaAllah will do that.

Gigi susu. Ada 20 batang.
(source)

Gigi kekal.
Gigi Fahmi yang sedang tumbuh ialah yang ‘first molar’ bahagian bawah, kanan.
(source)
Daripada apa yang Mama baca di internet, gigi kekal biasanya akan mula tumbuh bila kanak-kanak berusia 6 tahun. Si kembar 3 ni dah 6 tahun 6 bulan, jadi memang ‘kena’ masa lah gigi tumbuh. Rasanya tak lama lagi, gigi kekal si Faris dan Fauzi pun mesti akan mula tumbuh juga laa kan.
Ohhh Mama, bersedialah untuk hadapi 3 cranky children huhu. Ye laa, bila tumbuh gigi kan sakit, so memang expect diorang akan lebih kuat meragam & buat perangai lah. Budak, biasa lah kan. Kita pun bila tak sihat, cepat je nak sentap kan.
Takpa, takpa, InsyaAllah boleh lebihkan bersabar layan kerenah diorang. Yang penting ialah perkembangan anak anak seperti apa yang sepatutnya, InsyaAllah 🙂
6,347 total views, 1 views today





good info sharing, banyak juga sy blaja psl gigi dari entri ni..
selamat jaga gigi kekal ye fahmi 🙂
anak adaa yang sulung tahun ni 6 tahun tapi dah 4 batang gigi susu tercabut hehe kurang minum susu gamaknya ..
memang excited bila anak first time cabut gigi, tumbuh gigi..memang jadi mamarazi lah!
jemput join segmen..mana tahu lucky 😀
http://adaa-inspiration.com/2015/02/10/segment-harmonize-with-nature/
kena gosok gigi sellau lah bila dah ada gigi kekal ni. heee ^^
Alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian.. esok ena ada anak boleh dah bersiap sedia
Baru tahu puncanya ye..tengok gigi2 dia macam cantik je..maknanya tak de la gigi berlubang tu ye??