Salam dears….Masa pegi sesi Taklimat Tahun 1 di sekolah si kembar 3 hari tu, kitorang dah ambik semua buku teks jugak. Yup, buku teks sekolah rendah semua dapat free jer. Masa ambik hari tu, Mama tak belek betul betul setiap satu buku tu, sebab dah diikat dalam bundle.
Jumaat lepas masa dok balut buku baru perasan ada beberapa buah buku yang Mama rasa macam…ermm…teruklah, dah lunyai terkoyak sana sini. Well, buku free kan, tak leh laa nak harap dapat buku baru yang cantik berseri. Lagipun, buku teks sekolah rendah yang budak Darjah 1 yang guna, budak kecil camtu mana laa nak pandai jaga buku elok elok kan. Si kembar 3 ni punya buku pun ntah apa rupa laa akhir tahun nanti…
Kiri – buku English, kulit depan dah terkoyak hilang. Kanan – buku Matematik, kulit belakang dan beberapa muka surat semua dah tak ada!
Lagi satu buku English, beberapa mukasurat kat dalam pun ada yang koyak.
Bila tengok buku-buku ni, si Faris tanya “kenapa buku ni tak cantik ni? Kenapa rosak?” pastu muka macam konpius kata nak masuk sekolah baru tapi apsal buku lama gitu hehe.
Beli Buku Teks Sekolah Rendah Online
Disebabkan tak sampai hati nak bagi si kembar 3 guna buku camni dan sebab harga buku teks sekolah rendah ni masih dalam kategori mampu milik, kitorang buat keputusan untuk beli je yang baru. So semalam dah Mama beli online dari SINI. Dah sudah bayar semua baru terpikir, ehh ntah ntah kat kedai buku sekolah pun ada jual hahaha *kaki online shopping memang camni*
Mama beli 9 buah buku – 3 each untuk buku Bahasa Malaysia, English dan Matematik. Actually untuk buku Matematik tu, perlukan 1 jer sebab lagi 2 yang sekolah bagi tu masih boleh digunakan. Tapi sebab harganya cuma RM5.80 je sebuah, Mama belilah 3 terus, biar adil semua dapat buku baru. Moga-moga bila dapat buku baru yang elok, si kembar 3 ni akan lebih bersemangat nak belajar, InsyaAllah. Lagipun, Mama rasa tak rugi sebab nanti bagi je lah kat sekolah, boleh budak lain guna tahun depan 🙂
By the way, ni senarai buku teks sekolah rendah Tahun 1 dan harganya, kot kot sesapa nak buat rujukan:
- Bahasa Malaysia Tahun 1 Sekolah Kebangsaan – RM8.80
- English Year 1 Sekolah Kebangsaan – RM8.20
- Matematik Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Jilid 1 – RM5.80
- Matematik Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Jilid 2 – RM4.20
- Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 1 Sekolah Kebangsaan – RM6.00
- Pendidikan Islam Tahun 1 Sekolah Kebangsaan – RM7.20
- Bahasa Arab Tahun 1 – RM5.00
- Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tahun 1 Sekolah Kebangsaan – RM5.60
Hmm ni rujukan untuk Mama gak ni, sebab kalau buku teks hilang, kena ganti balik. Harap harap takdak laa yang hilang & rosak teruk dikerjakan si kembar 3 ni nanti kan…
*nervous nya nak start sekolah esok, gulppp!*
15,375 total views, 3 views today







Good luck Faris Fauzi dan Fahmi!!
Esok sekolah dh bermula.. hrp kembar ok kat sane.. dh ade kwn kan hihi. Lain la sorg2.. bljr rjin2 ye
Alahai..banyak tu beli sdiri buku teks utk ank2. Kalau tunggu, biasa boleh ditukar dengan buku yg lebih elok..Biasanya buku yg tak elok ni cikgu akan ganti dgn stok baharu yang biasanya pihak kpm akn hantar ke sekolah bila dah belajar.. sb masa agih buku tu cikgu spbt akan buat report dan antara sekolah2 berdekatan pun akan diarah hantar stok buku yg lebih kepada sekolah yg bhampiran..
bgsnye mama siap blikan lagi..ptt blh je p tukar dgn skolah
yes. bcoz kembar ber3 batch ke 5 kssr.
nurin, batch ke2, buku2 semua masih ok. but buku2 syuhada, batch ke 4 kssr this year pun byk yg aida repair semula. selotep kan. balut semula… sebab nakkan keselesaan anak2 kita kan 🙂
Mila Hilas & Aisy Nasiha: tau boleh tukar, tapi takpa lah beli je sbb tak lah mahal sgt & tak semua kena ganti. Lg pun pikir kalau buku novel boleh slalu beli, buku teks anak guna setahun & nnt bg kat sekolah so tak rugi 🙂
Miz Eija & Ai Kajiwara: thanks! 🙂
adianiez AIDA: yup btul tu, nak anak selesa & semangat belajar
Teruknya lahai buku test. hurmmm Apapun selamat bersekolah kepada kembar akk yang comel momel tu.. hehehe
mama kenapa tak mintak tukar bila buka sekolah nanti? kalau teruk sangat biasa dia bagi tukar 😀
Semoga kembar ini akan lebih semangat untuk belajar… Good Luck…
buku teks saya dulu selalu hilang..kesian mak bapak saya kena keluar duit beli.huhu… =(
Pasti jaya la Mama & kembar 3!!!
Tenkiu bebanyak sbb sharekan online online bookstore tu, kat Kuching ni payah sikit nak cari buku teks.