Salam dears… Macam biasa lah, lepas raya ja mesti akan kedengaran desas desus kisah kanak-kanak buat onar semasa pergi beraya kat rumah orang kan?
Tapi tahun ni, macam extreme plak cerita yang jadi viral…TV plasma pecah berkecai, anak kucing mati kena rendam, 1kg makanan ikan dituang dalam kolam sampai mati ikan ikan mahal dalam tu.
Adoii…apa yang terlintas dalam fikiran korang bila baca cerita camtu? Salah siapa bila benda camni terjadi – ibubapa atau tuan rumah?
Salah Siapa?
Mama setuju dengan mommy Shehan bila dia kata kedua dua belah pihak main peranan. Dua dua belah pihak boleh ambil tindakan yang sewajarnya sebagai ‘preventive measures’.
Tuan rumah boleh beringat lebih sikit dan ambil langkah langkah yang bersesuaian untuk elak perkara yang tak diingini terjadi. Simpan laa siap siap barang berharga, karpet mahal lipat simpan atau bentang tikar alas, meja kaca mahal mahal simpan dan apa apa je lah yang patut. Tapi…tak, Mama tak salahkan tuan rumah.
Sebab walau apa pun, Mama rasa tetap tanggungjawab ibubapa untuk pastikan anak anak tak buat hal kat rumah orang. Dalam kisah TV plasma pecah tu, bagi Mama, reaksi ibubapa budak tu yang buat tuan rumah lagi marah. Nah ni kisahnya…
Amboi terus angkat kaki dan nak blah? Dah anak buat salah, mak pak pun sama naik gak? Ish ish ish…tak patut sungguh! Kalau mak pak budak tu minta maaf dan terus bincang dengan elok untuk settle, rasanya tuan rumah pun tak lah hangin sampai paksa suruh bayar on the spot atau bercerita kat sosial media.
Ini tidak, berkecai ja TV plasma tuan rumah, bapak budak tu terus angkat kaki keluar rumah nak balik! Apa punya tetamu tu perangai gitu? Mana perginya adab sebagai tetamu?
Kalau Mama ni lah kan, mesti kelam kabut minta maaf, tolong pi kemas apa yang berterabur dan terus offer nak bayar. Tak mampu bayar on the spot, minta bayar ansuran. Kalau gitu, Mama rasa tuan rumah pun tak lah hangin sangat kan, kan?
Tanggungjawab Ibu Bapa
Ibubapa tentu tau perangai anak anak sendiri macam mana kan. Kalau anak yang terlalu lasak dan tak makan saman, sebaiknya tak payah laa pergi berjalan rumah orang sampai umur anak tu dah ‘cerdik’ sikit. Kitorang ni masa si kembar kecil memang boleh dikatakan tak pergi beraya mana pun lah. Risau tak mampu kawal.
Kalau nak bawa juga, ibubapa mesti pantau anak anak setiap masa! Pantau dan ambil tindakan, bukan sekadar larang “jangan lari, jangan pegang tu…jangan itu jangan ini” saja. Tapi, bangun dan ambil lah anak tu duduk sama sama. Atau ikut lah anak tu kemana mana. Jangan mak pak ni dok relaks lepak makan ja dan biar anak anak buat rumah orang macam rumah sendiri plak.
Macam Mama dulu, pernah ja pergi kenduri ka pergi beraya, tapi tak makan apa pun. Sebab dok sibuk mengikut si kembar ke hulu kehilir untuk pastikan diorang tak buat onar. Pergi tu sekadar untuk tunjuk muka dan menghormati jemputan saja.
Semasa anak anak dok makan pun kena pantau. Tolong ambilkan makanan dan minuman untuk anak, suapkan kalau perlu. Bukan apa, risau kang makanan tertumpah ka pinggan pecah ka.
Mama dulu, kadang kalau pergi tu siap bawa pinggan dan cawan plastik untuk si kembar ni tau. Bukannya berat nak usung cawan ngan pinggan plastik dua tiga ketul ja pun, masukkan dalam beg kecil dan bawa je lah. Kalau perlu, guna.
Sebabnya Mama tak harap tuan rumah untuk sediakan pinggan mangkuk pakai buang atau pinggan plastik, melainkan Mama tau tuan rumah tu pun ada anak kecil dan kemungkinan besar ada perkakas yang sesuai untuk anak anak guna. So nak selamat, bawa je lah sendiri.
Dah Benda Nak Jadi…
Kalau dalam dok pantau tu pun tetap terjadi insiden yang tak diingini, cepat cepat lah minta maaf dengan bersungguh sungguh, tolong bersihkan apa yang patut. Bukan setakat minta maaf sambil gelak gelak pastu biar ja anak anak sambung buat hal lagi.
Mama faham situasi mak bapak yang anaknya lasak. Sebab si kembar ni pun jenis lasak tahap mintak rotan gak lah, dan tak boleh duduk diam. Sebab tu Mama ni jadi nervous dan seboleh bolehnya nak pantau setiap masa. Tapi dengan budak budak ni…kejadian ‘tak sengaja’ tu payah nak elak huhu.
Mama pun pernah alami dengan si kembar ni, dalam dok mengekor 2 orang, lagi sorang sempat buat onar. Pranggg pecah itik hiasan kat kolam rumah bos Mama. Ya Rabbi masa tu rasa berderau darah! Pulun minta maaf dan offer nak bayar gantirugi.
Dan automatik jadi mak singa, tangan terus cubit si kembar sambil mulut dok marah. Sampai kan bos Mama plak tegur tak yah laa marah dah, sian budak kecil tak sengaja. Adakah dia serik jemput kitorang? Tak, lepas tu dia jemput lagi kitorang pergi rumah dia, tapi kitorang yang tak berani nak pergi dah hahaha
Ya, benda kalau nak jadi, pantau macam mana pun tetap jadi. Budak kan, biasalah. Kaki ngan tangan pendek, tapi laju wehh tak sempat kita ni nak bertindak kadang tu. Tapi bila dah jadi, cara mak bapak respons pun boleh menentukan macam mana reaksi tuan rumah.
Kalau mak pak jenis yang masih boleh relaks gelak gelak, rasa rasa tuan rumah nak gelak juga ka? Mungkin muka ada senyum, dalam hati…haaa siap laa jadi viral terus huhu.
Hmm lagi satu, bila anak anak nampak gaya macam tak boleh dikawal, tak perlu fikir panjang…angkut je laa anak beranak dan balik! Tuan rumah tak kecil hati punya aihh. Ntah ntah, tuan rumah rasa lega adalah kot hehe 😉
Apa apa pun, sebagai ibubapa kita tau anak anak kita ni macam mana. Jadi kita patutnya tahu lah apa yang perlu dibuat kan kan? Bagi Mama, biarlah dikatakan sombong pun takpalah, daripada dikata tak reti didik anak huhu…
Moga moga si kembar ni akan membesar jadi insan yang beriman, beramal dan beradab baik, Aamin…
7,681 total views, 4 views today
PC belum jadi ibu..tapi buat masa ini banyak memerhati,belajar dan kutip pengalaman..raya balik kampung baik di rumah bba mma atau mertua..memang cabaran ada tetamu kecil..seronok..melihat telatah mereka..cuma kurang selesa bila ada ibu bapa yang buat2 tak nampak telatah extreme anak2 mereka..bila beraya rumah orang ibu bapa jangan ambil mudah walau beraya di ruma saudara mara atau kenalan akrab..ala nenek saudara…ala rumah sepupu..ala tuan rumah tak kisah..jangan!..
Parents yang jenis buat buat tak nampak atau tak kisah tu yang tak patut tu.
macam-macam perasaan bila baca pasal benda ni.. huhu.. pernah tegur anak duk berlari kat umah orang in the end org kata tak payah nak garang sangat kat anak kang hati dia jadi keras.. tegur salah tak tegur pun salah..
Pernah kena gitu gak, tapi kalau tak tegur lagi payah huhu
Yes memang tanggujawab ibu bapa. Kita tidak mcmana susah payah org tu untuk kumpul duit beli sesuatu barang. Sebagai ibu bapa, hanya kita tahuperangai anak kita mcmana dan cara untuk control dia.
Yup, kena tau apa yang perlu dibuat.
ada parent jns.. biarlah biar je.. heh.. tensen.. ank aku yg spesel lg mudah dkawal tau.. yg pnting, kita bgn tgk depa..
Betoi, bila parents tu jenis biaq yg org marah tu.
tanggungjawab ibu bapa kena pastikan anak dikawal apatah lagi beraya di rumah orang. IQ sendiri memang dianggap garang bila berkaitan dengan anak, biar garang dan marah dia asalkan tak jadi kes macam ni, tapi tak ada la sampai marah kuat2 dia kan. bagi 1 st warning, 2nd warning, 3rd warning memang kena cubit. biar anak nangis, jangan mak bapak nangis bayor benda2 yang tak sepatutnya dan yang boleh dielakkan. huhu
Betul tu, biar lah garang drpd jadi masalah lain plak
Juju mmg menyinga pi beraya rumah org kalau abg Qi naik setakok hahaha…tu tak leh beraya rumah org lama2…setakat setengah jam cukup. Nanti mcm2 perangai lagi keluaq susah haha
Ok laa gitu, pergi tunjuk muka ja
sgt la setuju.
kita yg kena jaga anak kita. jgn amik sikap mudah.
sebab tu la aida ni sgt la kepochi dgn anak kalau ke mana-mana.
especially Izzat ni. aduhai.
ari tu ke rumah kawan, abis dia panjat sofa. sib baik kawan baik.
memang kena cubit la kan.
asben kawan tu, kebetulan, cikgu skola rendah, ajar darjah 1.
dia faham keadaan anak umur gini.
meskipun dia faham, aida tetap jadik rimau mata bulat pandang Izzat yg terkebil-kebil lepas kena cubit 🙂 ha ha ha ha
Yup meskipun kawan faham, tapi kita ni still risau & rasa tak syiok lah kan
samalah..fariza sekrg dah mula melasak..dekat rumah orang kena pantau..kena marah sikit
Pantau takpa Nad, yang jenis biar je yg risau