Salam dears,
Haaa ni lah dia bendanya yang menyebabkan Mama dah tanak pi stesen Petronas dah. Seboleh bolehnya tanak pi sana at least sampai bulan Januari tahun depan. Kalau pi pun, kena make sure time tu tak bawak si kembar 3 nih skali. Sebab kalau diorang ada dalam keta time tu, sure kopakkkk huhuhu…
Dijual 2 design setiap bulan.
Harga RM19.90 seketul, tinggi 6 inci.
Actually cantik gak BoBoi Boy nih.
Buttt….Mama kena beli 3 skali wehhh.
Kalau 1 bulan 2 design, means 6 ketul means RM119.40! *fengsan*
So untuk kesejahteraan bersama kitorang kena lah elakkan pi stesen Petronas especially time si kembar ada skali dalam keta. If diorang ada konpem diorang akan mintak. Cam hari tu, pakat meraung berjemaah sampai bingit telinga & terpaksa belikan sebab tak tahan dengar bising dalam keta.
Kalau tak belikan? Maka Mama & Ayah kenalah tabahkan diri & sabarkan hati dengar anak anak anak meraung macam tak bagi makan setahun huhuhu….
Ishhh susah laa kan bila stesen minyak pun nak jual menan camni, dah laa harga agak mahal (untuk Mama laa mahal). Ye laa kalau compared to menan kat McD & KFC tu, stakat 5 hinggit boleh laa tahan lagi nak beli. Lagipun compared to McD & KFC, rasanya kita lagi kerap pi stesen minyak kan? So kalau tiap kali pi stesen minyak pun kena ‘berhati hati’, susah laaa… kes naya weiiii.
Bukannya nak berkira sangat ngan anak anak. Tapi bendalah ni sekadar menan, bukan keperluan. And not even educational toys pun. So setakat beli satu cukup laa kan. Kalau educational toys ka buku kaa rasanya berbaloi gak nak beli banyak banyak. Betul tak kawan kawan? 😉
5,013 total views, 1 views today








hehe….budak2 kan..nasib saya xisi dekat petronas…pgi shell je..tp ari tu telalu la kat petronas..ada nampak patung 2 dekat luar…nasib baik anak sebut nak je…xnangis guling2 depan 2..klau xnaya nak kena beli..mahal jgk rs..klau menan mekdi 2 bebaloi la jgk,dpt sekali dgn mkn..
Assalamualaikum mama..
Saya penggemar setia blog mama la…hehe..
Jumpa blog mama tahun lalu masa saya pregnant si kembar yang sekarang dah 5 bulan…tiap hari mesti baca..terbayang repotnya mama sebab saya punya lima anak..dan lima2nya di bawa lima tahun laa…betul lah hidup ni harus hemat sehemathematnya..bila tak tak cukup uang tuk satu bulan..( oiya mama saya dari indonesia mungkin bahasanya agak berbeda)..salam kissskissskisss untuk kembar tiga..
Mama AMRAFAHAN dah belikan kat diorang sorang satu…. esoknya tangan dah tercabut.. kepala tercabut.. kaki tercabut.. huhuhu…
HEHEHE..STUJU DGN PNDAPAT MAMA,, ANAK WAWA (2TAHUN) PN MnGAMUK GAK SMALAM KT DLM PETRONAS,COZ DIA TRNMPAK yAya n BOBOI..wawa CPT2 BWK MASUK DLM KETE PUJUK MNUM SUSU..HEHEHE..
wawa putarajaya
yer…bonda sgt2 setuju!!. Bonda pun tengah mengalami nasib yang sama tapi keadaan lebih meruncing sebab 4 ketol dan bukan nya 3 ketol yang akan menangis berjemaah..adehh!!. Macam makin banyak pulak tempat nak kena elak sejak dua menjak nih…ekeke!!
itu lah kan, nak beli 1 dah tentu 2 yg lain nangis. hihi
sbar je la smentara diorg nk bsar kan mama .
nnt dh besar diorg pulak belikan kat mama ,heheh
nnt mama ppulak meraungg tau mintak beg ke kasut ke . haha . balas ma ! balas . haha
Terbaekkk….hehe.. Pepun pasni mama kena berhati2lah kalau nk lalu petronas..Nt 3F nampak..heh.
kelakar la ayat meraung jemaah.. hihihi… pening2…
mahalnya mainan kecik nonet je.. pasni g kedai rm2 je mama.. hihi… 🙂
TO ALL: Thank u for your comments. muahhhh hehe 😉
selamat ufairah kecik lagi..
Saya kena jgk dulu … Tp kat shell rase nyer … masa tu errmmm keta ferari … Berbelas jgk rege nyer … Walaupun anak saya x kembar, ttp kena beli 3 jgk … Sume nak, nnt bergaduh ..
Agreed.sy ada ank buah 2 org.tgk mainan kt petronas melalak dia melalak nk.dorg amik boboi boy rm19.90. Sorg amik kereta mainan rm70.00 kopak mak bapak dia nk blk kg.hihi
cik hani: mmg kopak! huhuhu
Honey: anak kembar ke tak kembar ke, kalau beli kat sorang mesti laa kena beli utk yg lain gak kan, baru adil. nasib badan laaa hehe
Fifi Nadhrah: siap laa get ready perkara sama mungkin terjadi bila dia besar nanti ahaha 😉
betul tu mama… setakat nak beli menan yg cinonet harga 20 hengget… tak berbaloi rasanya. lagi2lah cam izan ni, askar2 dah masuk 5. cer bayangkan kalau semuanya mintak. mujurlah takde sapa pun yg buat cubaan nak mintak tiap kali ayah isi minyak kat petronas.
Betoi la mama oi.
La ni anak main tunjuk je nak apa.tak dapat pakat meraung guling2 kat kedai.Nak tak nak belikan jugak.Tapi sebanarnya salah tu sebab seolah2 kita mengajar dia. Asal tunjuk dapat. Banyak kali jugak la tak belikan apa dia nak, tapi hingaq nya ya ampun..
Kami pun now kalau nk travel, kena siap2 isi minyak dan beli snack. kalau tak memang kedai stesen minyak mesti kena jenguk.kurang2 rm10 di situ.Pernah anak mintak beli setengah dozen air kotak milo.Mak mengamok la!! tu belum benda kecik2 yang disusun cantek dekat kaunter. Pernah habis rm30 beli brg makanan kat shell.Pengsan hokeyhh!!