Salam dears… Ini bukan pakej bercuti di Korea yang manja manja. Bukan trip ‘pegang tangan’ sepanjang masa. Ini trip penuh adventure, yang memberi seribu satu kenangan indah untuk ku bawa hingga ke akhir nyawa! Bak kata kak long Saidila, Kembara #KBBA9-Cosmoderm ke Korea bersama Ayden Averroes Travel baru baru ni, telah membuatkan kami rasa seperti warga kota Seoul! Kenapa? Haaa meh nak cerita meh…
Menginap di Namsan Hostel Semasa Bercuti di Korea
Sebelum cerita pasal aktiviti, meh nak bagitau dulu yang sepanjang bercuti di Korea hari tu kitorang menginap di Namsan Hostel. Ini memang penginapan yang dah termasuk dalam pakej kitorang. Bagi Mama, Namsan Hostel ni cukup selesa dan lokasi strategik.

Namsan Hostel, Seoul, Korea

Bilik kecil tapi selesa dan bersih.

Muat elok untuk dua orang.

Hellooo hehehe

Ada pantri lengkap dengan microwave jadi senang nak panaskan makanan.

Ada seterika, mesin basuh dan dryer
Namsan Hostel ni tak jauh dari pengangkutan awam. Jalan kaki dalam 10 minit gitu dah boleh sampai ke stesen subway tren dan perhentian bas. Pastu sekitar kawasan tu ada kedai runcit GS25 (macam 7Eleven) jadi senang lah nak beli apa apa. Nak ke Myeongdong Street dan Namsan Tower pun dekat, boleh menapak jer. So daripada segi penginapan, Mama puas hati!

Jalan turun bukit sikit, sampai lah ke jalan besar, ada stesen tren dan hentian bas.
Menaiki Pengangkutan Awam Untuk Kemana Mana
Haaa ini adalah diantara sebab kenapa Mama kata trip ni bukan trip manja manja. Sebab nak pergi kemana mana pun kena menapak sendiri naik turun pengangkutan awam! Tak ada bas sewa, tak ada istilah duduk rehat lena dalam bas yer. No relax relax, sebaliknya sepanjang masa ‘on the move’ saja! Penat gak hokeyyy…
Mana tak nya, asyik naik turun panjat tangga dan menapak naik turun kawasan berbukit! Ada sesetengah stesen tu tak ada eskalator tau. So panjat laa tangga tu haa. Pastu, dari stesen nak ke destinasi lain kena jalan kaki. Dalam sejuk gedi tu menapak laa kesana kemari, banyak kawasan yang jalannya macam berbukit plak tu, boleh tahan penat wehhh! Tu belum tambah dengan kes jatuh tergolek dan sesat lagi huhuhu
Tapi…serius best! Beberapa tahun yang lalu, Mama pernah laa ikut company trip pergi ke luar negara. Masa tu, nak kemana mana pun naik bas sewa khas. Tak letih, tapi tak best! Haaa…memang bila dibandingkan, walaupun trip kali ni buat rasa macam nak tercabut lutut pun ada, tapi best! Serius best! Ehh ntah brapa kali nak ulang kata best ntah hahaha

Rutin wajib sebelum keluar merayau, sapu Cosmoderm Deep Heat Lotion dulu bagi kurang lenguh. Barulah dapat bertahan jalan sepanjang hari.

Guna T-money ni (macam Touch & Go) untuk naik tren dan bas kat Seoul ni.

Dalam stesen pun ada macam macam kedai.

Macam kat Malaysia jer rupanya

Orang berbaris, aii sibuk bergambar hehehe

Haruslah selfie dalam tren, jakun kannn hehehe

Pening kepala tengok ni! Ada sampai 9 line tren hokey, kalau tak reti memang sesat lah jawabnya.

Ada gak hiasan sepanjang jalan dalam stesen bawah tanah ni.
Mama suka sangat trip ala ala ‘backpackers style’ gini. Sebab dapat merasai sendiri macam mana penduduk bandar Seoul ni menjalani kehidupan seharian diorang.
Sepanjang naik tren dan berjalan tu, dapatlah tengok gaya hidup diorang. Merasa laa juga terkejar kejar kesana kemari, berbaris tunggu tren, kelam kabut bila tak sempat masuk tren pintu dah nak tutup dan kejung tunggu bas dalam salji lebat tapi bas tak datang datang. Haaa kiranya diri ni terasa macam sebahagian daripada penduduk bandar Seoul lah juga, gitteww hehehe
Gyeongbokgung Palace
Okeh…jom sambung cerita pasal tempat yang kitorang lawati plak. Kalau dah bercuti di Korea tu, mesti lah nak melawat tempat tempat menarik kan?

Gyeongbokgung Palace
Pertama sekali kitorang pergi ke Gyeongbokgung Palace. Istana ni dibina pada tahun 1395, maksudnya dah berusia 622 tahun dah! Tapi, masih dalam keadaan elok dan terjaga, dan katanya ini istana yang paling cantik diantara 5 istana yang ada. Tiket masuk ke Gyeongbokgung Palace ni ialah 3,000 won tapi harga tiket tu dah termasuk dalam pakej kitorang dah. Jadi kitorang melepak je tunggu tour leader pergi belikan tiket.
Kawasan istana ni memang luas dan cantik! Rasanya kitorang tak sempat nak cover seluruh kawasan istana tu, sebab ralit bergambar kat lokasi yang nampak cantik dimata kitorang hehehe

Kak Long Saidila dan Syahir, tour leader kitorang.

Nak tepek gak gambar ni sebab ada awek pakai baju Korea tu hehehe

Ini pun kena letak gak sebab ada awek Malaysia tu kat situ hahaha

Jalan masuk ke jalan keluar ntah, tak ingat hehe

Mama berkenan tengok design bumbung tu, cantik!

Jenuh ketuk, tak dak sapa pun mai bukak pintu…haishhh 😉

Kawasan taman sekitar istana ni memang lawa!

KBBA9 was here 🙂

Kagum dengan keindahan alam kat sini…

Air tasik pun beku hokey, sejuk sangat!

Fefeeling photoshoot la kunun ni hehehe
Semasa kat Gyeongbokgung Palace tu, kitorang sempat laa tengok upacara pertukaran pengawal istana. Nasib baik Syahir, tour leader kitorang dah pesan siap siap kalau nak tengok ‘Gate Guard Changing Ceremony’, sila berada di pintu masuk istana tepat jam 2 petang. Kalau dia tak cakap tu, mungkin kitorang terlepas peluang menyaksikan upacara yang penuh adat istiadat tu.

Penat aii bebel, tapi oppa baju biru tu buat dunno jer…cisss

Cosmoderm Vitamin E Cream dan BB Cream ni lah teman setia Mama masa bercuti di Korea
Masa kat istana tu walaupun cuaca sejuk, tapi matahari terpacak atas kepala dan angin bertiup kuat tau. Nasib baik lah Mama dah pakai siap siap Vitamin E Cream dan BB Cream Cosmoderm ni sebelum keluar jalan jalan, jadi tak risau kulit sunburn atau kering. Selesa je kulit aii sepanjang kat sana, kulit cun kalah wanita Korea…ehhh? Hahaha 😉
Kena Tinggal Sudah!
Lepas jalan jalan kat Gyeongbokgung Palace ni lah lagi satu kejadian yang buat Mama kata ini bukan trip manja manja. Masa ni kami kena tinggal! Huwaaa! Syahir memang dah bagitau awal awal lagi, siapa lambat…tinggal! Ye lah sebab kumpulan besar sampai 25 orang dan dengan keadaan cuaca yang sejuk gedi tu, tak boleh expect laa group tunggu sampai semua orang ada baru gerak. Mau beku keras kejung semua kang hehe
Sebenarnya masa tu Mama ngan kak long memang dah ada kat depan pintu masuk istana tu dah. Tapi mungkin sebab ralit sangat dok bergambar dengan pak guard istana, kitorang terlepas pandang agaknya kat mana geng lain berkumpul. Bila wassap tanya dalam group, huwaaa kena tinggal sudah hahaha. Tapi ok gak laa sebab diorang wassap dalam group gambar restoran tempat kena berkumpul kat Insadong.

Kat depan istana ni hari tu ada perhimpunan apa ntah, dok ralit tengok tu sama agaknya kitorang ni masa tu hehe
Pastu kak long telefon Syahir, dan dia bagi arahan nak ikut jalan mana ke mana. Cumanya ye lah kita ni first time datang Korea kan, Syahir bagitau landmark pun tercangak cangak gak laa mencari jalan. Sempat laa gak tanya jalan kat oppa polis encem seorang dua, tapi semua tanya kitorang balik “you got map?”.
Sudah…kitorang ni map pun takdak! Apa lagi pilihan, jalan je laa menonong berdua. “Nak ke kiri ke kanan..ke depan? Ehh betoi kaa jalan kita ni? Mananya patung J ni??” Haa gitu laa lebih kurang kitorang masa tu hahaha.

Berpandukan gambar macam ni melalui wassap jer untuk cari jalan
Alhamdulillah, akhirnya dengan bantuan daripada tour leader melalui telefon, berjaya jumpa jalan dan sampai ke Insadong dengan selamat. Nasib baik juga lah si Syahir ni jenis yang cool je bagi arahan, senang nak faham. Dan sebab dia tenang, kitorang pun tak dak lah panik.
Makan Tengah Hari di Insadong
Sampai je Insadong, Syahir tanya nak jalan dulu ke nak makan? Sebulat suara kitorang jawab “makannn!”. Memang kebulur wehh masa tu, dah tak leh fikir benda lain dah hahaha. Kitorang makan kat Restoran Authentic Indian Cuisine & Asian Fusion.

Di Insadong Street

Restoran makanan Halal di Insadong Street

Pergi Korea, jumpa Shah Rukh Khan hahaha

Keadaan dalam restoran, selesa.

Kitorang makan Nasi Beriyani Kambing dan Beriyani Ayam
Kitorang makan Nasi Beriyani Kambing dan Nasi Beriyani Ayam, ngan air teh panas sorang secawan. Masa tu kebulur kan, semangat order sorang satu. Tup tup sampai tengok mak aih portion besar, sepinggan tu boleh kongsi dua orang. Memang makan tak habis, kitorang tapau bawak balik makan masa dinner plak.
Ohh yaa jumlah harga makan tengah hari kitorang tu ialah 44,000 won, lebih kurang RM166++! Nasib lah masa makan tu kitorang tak convert ke nilai duit RM, kalau convert memang tercekik tulang kambing lah kat situ jugak hahaha.
Mencuba Pakaian Tradisi Korea
Lepas dah isi perut dan panaskan badan, kitorang gerak ke tempat sewa pakaian tradisi Korea plak. Masih di Insadong, tak jauh dari restoran tempat kitorang makan tu. Kos untuk sewa baju Hanbok kat situ ialah 3,000 won untuk 20 minit. Baju Mama ketat sikit, tapi belasah je lah pakai. Dalam gambar, nampak comel gak kan, kan? Hehehe

Ahjumma ni yang layan kitorang masa kat situ.

Bam bam itu comel kan? Hahahaha
Tu…si Saidila tu haa…nak jadi ‘rare’ lain dari yang lain kataya. So dia bantai pakai baju Maharaja! Pastu mengaku dia lah King Joseon hahaha. Adehhh..nasib baik DD tak ada (suami Dila), kalau tak mau dia geleng kepala kat situ jugak tengok perangai bininya hahaha.

Geleng kepala ahjumma tu bila Kak Long cakap nak pakai baju Maharaja, tak pernah dibuat orang kot hahaha
Namsangol Hanok Village
Dah puas bergambar persis wanita Korea, kitorang gerak ke Namsangol Hanok Village plak. Sampai sana dalam pukul 4 lebih kot. Masa winter ni kan cuaca cepat gelap, jadi Syahir dah bagitau cepat cepat masuk tengok dan bergambar sebelum gelap.
Ada lima buah rumah tradisional Korea yang telah dibaikpulih kat Hanok Village ni. dan Syahir bagitahu lah kat area mana kena pergi tengok dulu etc etc. Tapi kitorang dua orang #bloggerkampungjakun ni kan, ntah kemana mana kitorang pergi dulu.
Sudahnya sampai dah gelap kitorang berdua masih kat sana. Pastu rasa ish ish macam ngeri plak tak dak orang lain kat situ dah. Mama ni haa terbayang bayang macam ada orang dalam rumah lama tu…ehh mainan perasaan jer tu. Aii is memang penakut hehehe

Air sungai beku wehhh!

#KBBA9 selamanya, InsyaAllah 🙂

Tengok real lagi cantik tau
Sesat di Kota Seoul!
Ini lagi satu pengalaman yang sangat ‘priceless’ semasa Mama bercuti di Korea ni. Dua #bloggerkampung ni sesat di kota Seoul uolls! Sesat sampai berjam jam lamanya tau huhuhu. Ceritanya gini, lepas Hanok Village tu Syahir dah bagitau dah cara macam mana nak jalan balik ke Namsan Hostel. Yup, dia hantar ke Hanok Village dan tinggalkan kat situ. Sebab lepas tu adalah waktu ‘free & easy’ jadi terpulanglah pada masing masing nak balik ke nak pergi mana mana pun lepas tu.
Masa Syahir cerita bagitau direction tu kemain lagi kitorang ni dok hangguk, ya ya…faham faham. Tapi bila sampai masanya nak balik, sesat! Memang #bloggerkampungjakun betul lah ini dua orang unni ni hahaha. Syahir dah cakap, cari Uniqlo, turun stesen kat situ keluar exit no. 3 dan ikut je jalan straight sampai ke hostel. Tapi kitorang berdua ni, Uniqlo pun tak jumpa jumpa!

Walaupun sesat dan sejuk namatey, kita harus berhenti posing hehehe
Ntah berapa kali daaa pusing pusing…ehhh sampai tempat sama balik? Dah laa malam gelap, pastu sejuk yang amat. Cuaca -4 ka -6 degrees ntah masa tu, yang pasti memang sejuk giler lah! Nasib baik lah sepanjang jalan tu ada kedai runcit GS25, asal jumpa kedai tu ja kitorang masuk menyinggah. Tengok tengok barang, acah acah macam nak beli. Pastu “ehh ni tak dak tanda Halal ni, jom lah keluar”…letak barang dan blah. Yang sebenarnya kitorang masuk tu nak panaskan badan je pun hahaha 😉

Keluar masuk ntah berapa kedai, susu ni je yang kitorang beli kikiki
Masa cari jalan tu, kitorang guna Waze lah…Google map lah. Tapi dok sesat barat jugak, sebabnya terpusing bangunan yang sama beberapa kali. Fikir nak naik teksi, tapi takut mahal, duit ada cukup cukup je untuk belanja sepanjang trip ni. Nak tak nak, kitorang call Syahir lagi. Tanya camna nak balik dari sini ke sini. Alhamdulillah dengan arahan daripada dia, kitorang berjaya jumpa jalan pulang…yahooo!

Rasa nak joget joget bila nampak Uniqlo ni hahaha
Yang heran dan kagum dengan diri sendiri masa tu ialah….walaupun sesat dinegara orang tapi kitorang berdua tak cuak sangat, masih berfikiran waras. Syukurlah dapat travel partner yang sama sama cool. Kalau dapat yang jenis gelabah atau ‘manja’, ada yang esoknya masuk berita ‘warga Malaysia meroyan di tengah bandar Seoul!’. Buat malu #KBBA9 jer kalau gitu hehehe.
Singgah Myeongdong Street Dulu
Tapi dalam penat penat tu, sempat lagi menyinggah ke Myeongdong Street. Sebab dah memang on the way nak balik hostel tu pun. Pastu kebetulan sarung tangan Mama koyak, jadi ajak kak long pergi cari kedai jual glove. Mulanya kitorang masuk ke Uniqlo tapi tak dak plak saiz Mama, tangan aweks Korea ni memang kecil comel agaknya, masuk sekerat tangan aii jaa cisss.
Nasib baik lah kat kedai apa ntah namanya, ada gak laa glove yang muat. Cumanya bukan sarung tangan kulit jadi tak berapa tahan sejuk. Tapi dah itu je yang ada, bedal je lah beli.

Beli glove kat kedai ni, tak ingat plak apa nama kedai. Tapi bedal je beli sebab ada sale.
Alang alang dah ada kat Myeongdong tu, kitorang jalan jalan gak laa kejap walaupun kaki dah rasa macam nak tercabut dah haha. Sempat laa beli bun seketul makan kongsi berdua, bun ni Halal yer. Nak beli sorang satu rasa macam mahal, seketul tu jaa dah 2000 won (dalam RM7.50 kot). Ambik rasa sorang sikit je jadilah hehe

Egg bun, dimasak guna kacang dan sunflower seed.

Ada inti telur rebus sebiji. Rasa? Lemak manis. Sedap!

Teringin nak cuba yang ni gak, tapi bila fikir duit…balik makan nasi yang tapau tadi je lah hehehe
Sampai dekat kul 11 malam gak rasanya kitorang kat Myeongdong tu. Ikut hati nak je jalan jalan lagi. Tapi mengenangkan esoknya seawal jam 5.30 pagi dah nak kena gerak, maka kitorang balik lah ke hostel. Lagipun memang dah penat giler dah masa ni. Hati je yang meronta nak jalan jalan lagi, jasad dah kata ‘no thank you’ dah hahaha.
Sampai je bilik, terus terbongkang! Dengan baju tudung semua tak bukak, landing atas katil terus. Ikutkan nak tidur je dengan baju seluar tu semua, senang esok pagi bangun jalan terus ja hahaha. Bukannya busuk pun, tak peluh pun wehh. Tapi kan kita orang Malaysia ni kan, tak sah kalau tak mandi kan. So..bangun mandi ler juga sebelum tidur. Pastu turun makan dulu…

Panaskan nasi beriyani tengah hari tu ngan ramen sorang sebekas. Kenyang…burppp!
Lepas makan, naik ke bilik dan letak je kepala atas bantal terus ZZzzZzzzz… Tidur dalam senyuman, puas hati bercuti di Korea ni walaupun keletihan…gitteww hehehe
Esoknya punya cerita…nanti aii sambung naaa. Tungguuuu 😉
9,726 total views, 2 views today
Terujanya baca pengalama Nani, best betul walaupun merasa kena tinggal dan sesat. Tak sabar nak rasa pengalaman camni suatu hari nanti.
InsyaAllah one day, jom menabung pi Korea hehe
wah memang bestke sana nampaknya. Pengalaman tu yg best. jom temankan i pulak
Bila? Jommm hehehehe
hahaha i love this ….best moment ever …..saranghae unni
Saranghae kak long hehehe
Wah…TQ..
Refresh memori..sy pun dah mula lupa bila dah mula berkerja..kawan2 tanya Korea ok…Saya just say ok lah…cantik.. hahaha
Tak cerita ka romantika di Namsan Tower? hehehe
Tak pandai nak citer..hahaha
Tak pandai menulis,awak tulih lah,kitaorang seronok baca
InsyaAllah 🙂
Fuhhh…nasib baik jumpa jalan balik..
Tu lah legaaa
Nervous seyhhh tertinggal group!
Cantik laaa view kat sana. Bertambah lawa ngan Nani pose bersama baju sejuk purple tu.. Cantik!
Tetiba jatuh cinta ngan purple dan korea.
Aii pun dah jatuh cinta ngan Korea hehe
Ya Allah. Seronoknya baca entri akak. Bestnya dapat berjalan tempat orang. Satu pengalaman lain dapat dirasai. Bila la dapat pi oversea pun xtaw.
Kumpul duit pi Korea Ty, ambik pakej cam akak ni. Best!
i is jelessss. nak juga rasa travel ala backpacker ni. nakkkk nakkkk
Jom plan next trip jommm
bestnya kak dapat gi korea.. tempat cantik2.. lagi2 time winter ni mcm best jer.. gigih tau saya baca walaupun panjang giler entry ni.. haha..
Hahaha panjang sebab semua benda nak cerita. TQ sudi baca hehe
Bestnya berjalan-jalan di Korea, kalau festime jejak mesti kena ada tour guide juga kan. Kang tersesat jenuh
NORIZA ABDUL RAHMAN recently posted…Tangan Kebas Menyucuk seperti Sindrom Carpal Tunnel Semasa Hamil
Yup, at least apa apa jadi boleh mintak bantuan drpd tour guide.
Sukanye baca pengalaman ber-backpacker… Bunyi penatnya tapi seronok tu priceless coz dpt rasa n lihat sekeliling dgn in depth. Cerita u sesat tu cute sgt… Mesti kecohkan. Tq for sharing!
Yup, mmg sgt priceless. Rinduuu Korea huhu
Banyaknya tempat menarik di Korea.. pergi waktu musim sejuk pulak tu.. memang best..
anuar recently posted…Cara Nak Download Ebook “Senarai Homestay Di Malaysia”
Yup, banyak tempat menarik dan sangat cantik!
Bilaaa laaaa cek nak sampai sana. Takder dlm travel kuat abam.. payah tul nak racun
Hahaha kena pi gegirls trip je laa kot gini
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna ini.
Kami dari Team Naracards ingin menjemput tuan blog dan pembaca untuk mengunjungi website kami kerana kami menyediakan bantuan panduan untuk travel ke Korea secara independent buat yang pertama kali ingin melancong ke Korea.
Salam perkenalan dari kami Team Naracards.