Salam dears,
Yesterday Mama hantar si kembar for trial kat tadika baru tu, untuk tengok ok ke tak kat situ kan. And the result? Cikgu kelas tak dapat nak handle si kembar 3 nih 🙁
Sebabnya si kembar ni ada Atention Deficit Disorder (ADD), so diorang tak leh nak duduk diam dalam kelas sampai menggangu kelas tu. Kat tadika tu kelas untuk 4 yrs old ada 2 ja. Memula cikgu try asingkan kelas – sorang masuk kelas a and 2 lagi kelas b. Tapi tak berjaya, sebabnya masing masing sibuk nak kluar kelas cari each other.
But bila tiga tiga orang duduk sekelas plak, pun tak leh blajar gak. Sebab bila sorang bangun or tanak blajar or buat apa apa, yang lagi dua orang pun ikut buat benda yang sama. Sudah nya, cikgu tak dapat nak handle. Ye laa kan, dalam kelas ada 10 orang student, susah laa untuk cikgu nak pay attention kat si kembar 3 ni je kan? Lagipun ikut kata owner tadika tu, cikgu cikgu kat situ is not trained untuk handle budak yang perlukan special attention cam si kembar nih 🙁
But the good thing is, Pn Siti (the owner) ni tau camna nak handle kids with ADD, sebab dia pernah keja ngan NGO yang deal with kids like this, pernah pegi training and pernah handle special needs child. So she suggested 2 things:
1) Asingkan and hantar si kembar ke 3 tadika yang berlainan. Maybe bila hantar asing asing camtu, lebih senang untuk cikgu nak handle. Lagipun bila diorang beramai ramai ada geng tu yang jadi lagi susah, banyak distraction. Tapi petang hantar kat Pn Siti for daycare and dia akan personally help to teach my boys.
OR
2) Tunggu bulan 3 tahun depan baru hantar si kembar tiga tiga orang ke tadika Pn Siti. Sebabnya time tu Pn Siti akan pindah rumah baru yang dekat dengan tadika dia. And rumah tu akan dibuat as tempat transit also. So Pn Siti kata bila camtu dia sendiri akan handle si kembar. Pagi si kembar join kelas tadika selama mana yang boleh, just to expose them to the classroom environment. But bila diorang dah restless and cikgu kelas tak leh handle, Pn Siti akan hantar balik ke umah transit. Petang plak bila dia dah free skit (pagi banyak urusan admin), dia akan bawak si kembar datang balik ke taska and dia sendiri akan have a session specially for diorang bertiga je. And dia nak buat extra class untuk si kembar saja on Saturdays. Dia kata dia nak cuba tolong my boys setakat mana yang boleh.
So Mama & Ayah rasa, the best for us is solution no 2 lah. Sebab kalau hantar tadika berasingan, susah nak coordinate semua. Cuma Mama harap sangat sangat yang Pn Siti tak akan tukar fikiran. Hopefully bulan 3 nanti dia masih sudi nak terima si kembar ni.
Frankly, Mama tersentuh gak bila tengok Pn Siti concern about my boys. Dia siap suggest kalau nak hantar ke tadika berasingan, masa trial kalau tadika lain tak leh handle or kembar buat hal, then dia sanggup nak tolong pegi ambik and bawak ke tadika dia. Coz Mama & Ayah keja jauh dari situ, tadika plak 1/2 day je. Memang laa kitorang tak leh nak balik ambik si kembar kalau diorang buat hal.
As for si kembar, smalam nampak diorang happy je kat tadika tu. Mana tak happy nya, mainan banyak. Siap menangis nak bawak balik patung omen & kapal terbang tau, so Pn Siti bagi je, sian kat budak budak katanya. Alahai anak anak ku, buat malu kompeni je laa hehehe
Apa apa pun, Mama bersyukur sebab kitorang dapat detect problem si kembar ni agak awal gak. Bayangkan kalau kitorang biar sampai umur 5, 6 tahun baru nak try? Lagi lah susah kan. Or imagine if dibiarkan sampai darjah satu, then masuk kelas cikgu skolah tak leh handle, camna? Kalau dapat cikgu yang concern and nak tolong ok lah. Kalau dapat cikgu yang give up and biarkan je, then tak blajar lah budak budak tu nanti.
But skarang si kembar baru umur 3 tahun lebih, we still got time to help them. InsyaAllah with early intervention, therapy and proper guideance, si kembar will be okay. Amin. 🙂
4,371 total views, 1 views today




Cuba try tanya kat Brainy Bunch..derang pakai konsep montessori so maybe dia tak kisah sangat if kembar nak buat urusan sendiri dalam kelas.
baiknya pn.siti..mama pilih solution no.2 tau..3F ni bijak nanti..percayalah..insyaAllah=)
alhamdulillah, ada juga yg sudi membantu. tak apa la kakNani, susun pelan-pelan. nak bagi yg terbaik pd anak mcm tu la. rasanya, masa oni sok kita nak duduk rumah je, biar kita yg pergi hantar dan ambil anak-anak sekolah. time tu taknak la duduk KL. peninggg.
insyaAllah mama… kembar3 baru 3 thn kan. mujurlah masalah dpt dikesan awal… harap2 semuanya akan berjalan lancar lepas ni…
Izan Ishak: harap harap camtu laa izan.
ch@: kalau dapat jd full time house wife & jaga sendiri anak anak, mmg tu laa yg paling best kan cha.
PutriesNoora: InsyaAllah. Thanks noora 🙂
Papa, Mama & Azra: tq for d infor. td mama dah tgk website brainy bunch. nampak cam menarik. tp monthly fee mahal sgt laa plak, kalau full day 3 org dah almost RM2k, mama tak mampu 🙁
Baguslah Pn Siti tuuu.siap bg solution utk kembar3 lagi.
owh,ada ADD rupanya.nasib baik dapat treatment awal
Ohh me faham. Too bad bila takleh focus and too much distraction sampai takleh belajar cam org lain. Cuba try ajar with games 🙂 and diff method every day so that diaorang wont get bored easily. Me kan kalau nak focus 10 mins je. lepas tu bosan, and rasa cam nak blah je tp dah besar kan kena tahan lah. tp buat hal jugak :/
Adeeya: 10 min je? ish kejap je tu, pastu mesti terseksa kena stay in class kan.
Rozuan Ismail: hopefully with early treatment ni they will be okay lah, InsyaAllah 🙂
Qaseh: tu laa, lega gak jumpa cikgu camtu, sudi nak tolong kita.
mama kembar 3 ni mesti tabah orangnya..tp early treatment boleh recover dari ADD. insyaAllah
Bonda Adam: rasanya tak tabah kot, biasa biasa ja, a normal mom 🙂 By the way, doc baru je diagnose actually bukan ADD. nanti mama story mori dlm 1 entry yer 🙂
Bagusnya pn ct ni