Salam dears… Korang biasa guna serum rambut tak? Mama memang guna, tiap kali lepas syampu rambut mesti nak letak serum juga. Sebab yang Mama perasan, guna serum sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan rambut boleh bantu kurangkan rambut gugur, rawat rambut rosak, elakkan rambut kering dan juga rambut jadi lebih lembut dan cantik. Kebetulan baru baru ni serum yang Mama biasa guna dah habis, baru je nak order terbaca plak kat blog Mas Saari pasal serum rambut FreshR.
Ehhh macam menarik je, terus nak cuba juga. Adehhh…mudah terpengaruh betul lah aii ni kan hehehe. Tapi tak menyesal terpengaruh tu tau, sebabnya serum FreshR ni memang bestlah! Dari kali pertama guna, Mama dah terus teruja ‘yesss I like!’ gitu hehehe. Kenapa? Haaa meh nak cerita 😉

Serum Rambut FreshR – solusi masalah rambut anda, betul ka? Kena lah cuba 🙂
Apa Itu Serum Rambut FreshR?
Ok sebelum nak cerita panjang meh nak bagitau serba sedikit tentang serum rambut FreshR ni, Mama buat dalam point form laa yer senang korang nak baca hehehe:
- Serum rambut FreshR ni ialah serum yang dihasilkan daripada 100% bahan-bahan organik yang membantu mengekalkan kesegaran rambut dan mengatasi masalah rambut gugur.
- Selain daripada rambut gugur, FreshR juga dapat membantu mengatasi banyak lagi masalah rambut dan kulit kepala contohnya botak tengah, gatal kulit kepala, rambut bercabang, kelemumur dan rambut beruban.
- FreshR dijamin selamat untuk digunakan kerana ia tidak mengandungi bahan kimia merbahaya. FreshR juga telah didaftarkan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia dengan nombor pendaftaran: NOT170505181K.
- FreshR diformulasikan dengan menggunakan bahan yang halal dan tidak merbahaya dan sah dibawa solat. Jadi tak payah ragu-ragu bila guna serum ni kan.
Apa Bahan Organik Dalam Serum Rambut FreshR?
Ohh yaa FreshR ni menggabungkan bahan-bahan organik yang memang diketahui banyak kebaikkanya untuk merawat rambut dan kulit kepala, antaranya ialah:
- Minyak Argan yang mengandungi Vitamin E tocopherols yang baik untuk mengembalikan kesegaran rambut dan kulit kepala.
- Kandungan Daun Lidah Buaya atau Aloe Vera yang lembab mampu mengekalkan kelembapan rambut sekaligus mengelakkan masalah rambut gugur.
- Minyak Jojoba merupakan bahan pe-nyah-fungus. Ia membantu menghilangkan masalah rambut berbau / gatal akibat fungus dan kutu.
- Minyak Kelapa Dara (virgin coconut oil) boleh mengembalikan warna hitam pada rambut dan membantu pertumbuhan rambut. Keberkesanannya terjamin.
- Ekstrak Semburi (Swertia Japonic) yang berfungsi untuk merangsang pertumbuhan rambut baru dan juga boleh mengelakkan keguguran rambut dan memulihkan sel rambut yang telah rosak.
- Minyak Kayu Putih dan bau pudina boleh membantu mengurangkan sakit kepala, migrain dan stress. Bab ni memang extra best lah untuk Mama, sebab Mama ada migrain.
Gitu lah serba sedikit pasal serum rambut FreshR ni, kalau korang nak tahu lebih banyak boleh baca sendiri kat website FreshR yer. Sekarang Mama nak cerita pasal kesan yang Mama dapat rasa lepas guna FreshR ni.
Kesan Selepas Menggunakan Serum Rambut FreshR
Mama dah seminggu guna serum FreshR ni, tiap tiap hari pakai. Memang tak lupa walau sehari pun dan tak ada istilah malas nak sapu sebab…memang best! Tambah plak Mama suka dengan rasa rambut sendiri lepas dah sapu FreshR ni tau. Ye lah kalau tak best, tak kan lah aii rajin nak tepek setiap hari kan, kan? hehehe

Cara guna serum FreshR
Anyways, ini lah sebab kenapa Mama suka guna serum rambut FreshR:
- Rasa sejuk dan segar kulit kepala! Rasa macam berangin ja. Paling syiok pakai masa nak tidur, rasa tenang ja. Terus lena aii tell u hehehe
- Rambut nampak sihat dan berkilat. Duduk depan cermin, rasa nak goyang goyang je kepala kekiri kekanan macam dalam iklan, sebab rasa rambut lawa. Chehh perasan sungguh laa kan hehehe. Tapi serius, memang rasa rambut hitam berkilat cantik jer.
- Rambut mudah diurus, senang nak sikat. Tak dak lah bergumpal atau tersangkut sangkut kat sikat. Jadi rambut yang gugur atau putus sebab tersangkut kat sikat pun tak dak lah.
- Rambut tak berbau busuk walaupun seharian bertudung. Mungkin sebab serum ni memang wangi baunya, macam bau vanilla dan pudina (minty). Ayah kata bau ni buat rasa nak kiss kiss je rambut Mama ni…ehhh hehehe 😉
- Boleh digunakan bersama syampu jenama lain. Kalau dah ada syampu yang serasi dan biasa guna, boleh add-on je FreshR ni sebagai panjagaan tambahan untuk rambut. Bab ni Mama suka, sebab kalau pergi travel ka balik kampung ka, bawa serum ni ja pastu guna lah dengan syampu yang dah ada kat kampung tu. Tak payah nak dok usung syampu lain lagi dah. Senang kan?
- Guna kuantiti sikit je dah cukup. Macam Mama ni tiap kali pakai Mama tekan dua kali ja, banyak mana serum yang keluar, itulah yang Mama sapukan ke kepala. Mama fokus pada kulit kepala, urut urut sikit bagi meresap. Jadi Mama rasa sebotol tu boleh tahan berbulan bulan lamanya tu, jimat!
- Tak perlu dibilas dan tak perlu cuci rambut setiap hari. Kalau ikutkan, sebaiknya syampu rambut setiap hari supaya rambut tak berbau dan kulit kepala tak berminyak. Tambah untuk yang bertudung macam Mama ni. Tapi…kadang sibuk kan keluar kerja awal dan balik lambat, nak syampu rambut pun tak sempat. Jadi dengan FreshR ni Mama tak perlu risau, pakai je FreshR supaya rambut wangi dan segar.

Kuantiti yang Mama biasa guna – dua kali tekan je. Kalau rambut pendek, sekali tekan pun dah cukup kot.
Errr hari tu kan… 3 hari Mama tak syampu rambut tau, tapi rambut tak busuk dan kulit kepala tak gatal pun. Rasa selesa ja, sebab guna FreshR ni. Tapi jangan lah sampai seminggu tak syampu plak, kalau gitu punya kes kan pakai produk apa pun rambut tetap bau kepam kot hehehe
Testimoni Pengguna Serum FreshR
Ni saja Mama nak kongsikan beberapa testimoni pengguna yang dah cuba guna dan dapat rasa kesan positif serum rambut FreshR ni…

Berjaya rawat rambut gugur dan gatal kulit kepala selepas guna serum FreshR

Testimoni pengguna serum rambut FreshR

Ada yang berjaya kurangkan uban lepas guna serum rambut FreshR ni, bestnya!

Ehhh macam kenal je aweks ni… Nak bagi testimoni gak lah – dengan FreshR, rambut saya tidak berbau busuk dan kepala terasa segar je walaupun seharian bertudung, yayyy! 😉
Kat Mana Nak Beli Serum Rambut FreshR?
Haaa sekarang ni tengah ada harga promosi untuk FreshR ni tau. Jadi kalau korang berminat nak cuba, now is the time lah omputih kata hehehe. Harga biasa RM90 sebotol. Tapi ni tengah promosi, hanya RM70 ja sebotol. Beli 2 botol, dapat harga RM120 saja. Pos percuma. Bagi Mama berbaloi beli, sebab pakai sikit je jadi sebotol tu boleh tahan lama.
Ajak laa kawan kawan ke adik kakak ke emak ke suami korang ke kongsi beli (yup, lelaki pun boleh guna FreshR ni). Jimat tu beli masa tengah promosi ni. Ehh sampai bila promosi Mama pun tak pasti. Korang tanya sendiri lah kat seller tu naa… Korang boleh SMS/Whatsapp ‘FRESHR’ ke 60136467824 (Adi Aslam).
Maklumat lanjut:
Website: FreshR
Facebook: FreshR.KL
Whatsapp: http://www.wasap.my/60136467824 (Adi Aslam, Seremban)
13,940 total views, 2 views today
memang best.. rambut pun rasa lembut je. kan…
Lembut & mudah diurus, suka!
Nama jenama serum rambut ni memang menarik.. ada tarikan yang tersendiri..
anuar recently posted…Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS
Kan..nama nya dah menggambarkan rasa bila pakai 🙂
Memang menarik serum FreshR ni, terutama untuk kita yang bertudung ni.
Yup, tak risau rambut busuk walau seharian bertudung
Jom bertukar ke serum pelindung rambut FreahR..memang best sangat2 .. Bau dia wangi dan kulit kepala rasa nyaman jer bila guna.. berangin gitu..
Setuju! hehehe
Freshh! Wajib dapatkan ni..
Yup, best guna ni tau
Murah hg dia… 2 botol 120 je… menarik ni…
Beli…beli… hehehe
Serum rambut mmg penting lagi2 utk yg bertudung! Ade rezeki lebih boleh try ni
Try laa, best guna ni
Yang tak cuba lagi memang wajib cuba , boleh hlgkan masalah gatal dan bau hapak rmbut
Betul! Tak rugi cuba
sesuai dengan nama kan.. FreshR, fresh je rambut ni..seleas
Yup, suka rasa sejuk segar tu
bagus juga rambut ada kena serum…
selain membaikpuih yang dah rosak..
ia juga boleh menyegarkan kepala..
satu solusi yang bagus
Betul betul
elok sangat untuk yang pakai tudung
Betul, betul, rambut tak berbau busuk walau seharian bertudung
dengar kata fresh bila pakai kat kepala tu yang best…kalau sehari tak shampoo pun dah rasa berminyak je kepala ni..kena cuba jugak ni
Yup, Mama pakai serum ni kepala tak rasa gatal gatal walaupun tak syampu rambut setiap hari
Alamak.. Nina pun dah terpengaruh gak ni..!!
Apa lagi, cuba lah Nina hehe
wahhh, macam menarik je, kalau serum dalam botol macam ni mesti tahan lama kan?
Yg ni guna sikit sikit je bila pakai, InsyaAllah tahan lama
bukan muka je perlu serum, rambut pun. banyak toi maintenance diri kita ni kan kak? beauty is pain. pain kat poket. hahahahahha
Sebab tu kena cari yang betul betul sesuai & jimat, baru berbaloi kan
Memang bagus yer serum ni. Banyak juga baca review dari Blogger lain. teruja pula rasa nak cuba jugak!
Blogwalking here =)
Jemput singgah >> http://www.ceritahuda.com
Memang best, rambut lembut ja. Cuba lah
tertarik dengan serum rambut ni
Try la Nad
Macam besttttt je! Wah wah wah
Memang besttt hehehe