Salam dears,
Pernah tak korang dok syiok syiok skodeng barang kat online seller di Facebook ke Instagram ke, jenuh scroll tapi tak nampak pun harganya berapa. Skali nun di bawah nampak ayat ‘Pm me for price. Serious buyer only’. Perghhh terus terbantut niat nak membeli! Pernah tak? Kalau pernah, kita geng! hehehe
Hmm I can only seriously decide whether I want to buy or not, only if I know the price. Kalau harga pun belum tahu lagi, camna nak jadi a serius buyer?
Lain laa kalau duit ada berjuta juta, sebut brapa harga pun aii mampu beli. Atau pun produk/servis yang rare, yang susah cari & tak dak tempat lain jual. Atau produk/servis yang seller memang nak buat private bidding untuk tengok which buyer sanggup bayar paling tinggi ke…ok lah kot.
Ataupun harga produk/servis tu bergantung kepada beberapa kriteria & pakej yang berbeza ikut kehendak pelanggan, contohnya servis review atau iklan di blog. Sebab tak ada seorang blogger pun yang nilainya, pegaruhnya & ‘produknya’ yang sama, sebijik & serupa dengan blogger lain.
Tapi kalau produk yang generik atau yang biasa biasa je contohnya kain baju, tudung, shawl, sabun, kelambu pun kena pm…. Hmm aii terus mengGoogle cari online shop yang jual benda yang sama & paparkan harga π
Haaa lagi satu, Mama pernah jumpa online seller yang tulis something like “murah sampai nak bagitau harga pun malu…bukan RM50, bukan RM40, RM30 pun bukan!”…camtu lah lebih kurang.
Oleh kerana aii jenis tak gemar nak pm pm ni semua, aii tanya je pakcik Google sampai jumpa harga barang tu – RM46! Erkkk apakah RM46 tu murah giler? Kalau 46 sen barulah murah giler. And oh yeah the seller tak tipu, harganya memang bukan RM50 atau RM40, sebab ianya RM46! Tapikan…aii tetap rasa cam tipah tertipu jugak hehehe
Oleh kerana aii jenis tak gemar nak pm pm ni semua, aii tanya je pakcik Google sampai jumpa harga barang tu – RM46! Erkkk apakah RM46 tu murah giler? Kalau 46 sen barulah murah giler. And oh yeah the seller tak tipu, harganya memang bukan RM50 atau RM40, sebab ianya RM46! Tapikan…aii tetap rasa cam tipah tertipu jugak hehehe
Yes, I know it’s a marketing strategy. But if it could push your potential buyers away, daripada berminat nak beli tu terus tak jadi beli, then I couldn’t help but wonder why use that strategy? Risau kalau papar harga, nanti ada seller lain ‘potong line’ dan bagi harga lagi murah? Yes, kemungkinan tu ada. But that’s the risk in business.
Hmm…bayangkan situasi ni plak…. Ada buyer Cik Kiah ni (bukan nama sebenar) pm pada seller A tanya harga & macam macam soalan, pastu cik kiah juga pm seller B, C dan D pada masa yang sama untuk tanya harga produk yang sama. Seller A yang paling baik layan jawab semua soalan melalui pm.
Tapi disebabkan harga seller C lagi murah, Cik Kiah beli dari seller C. Dengan seller A, Cik Kiah ucapkan terima kasih berjuta juta lemon sambil kata nak pikir dulu, walhal dia dah pikir siap dah “nak beli yang paling murah!”. Kesian seller A kan, dah rugi time & effort di situ. But then again, that’s the risk in business. Lagipun, bukan semua buyer yang notty camtu kan π
Lagi satu, seller janganlah marah atau jadi ‘pushy’ kalau lepas dah 10 juta kali dok pi mai pi mai ber’pm’, last last buyer cakap ‘takpa lah, maybe next time…sebenarnya I nak tau harga je. Memandangkan harganya pat ploh nam hinggit, tapi aii cuma ada pat ploh pat hinggit tiga ploh tiga sen saja skarang, nanti ada bajet I pm u lagi yer ‘.
Anyways, ni pendapat Mama je la ye. Kalau ada seller & buyer yang memang suka ber’private message’ ni, up to you lah. Tepuk keypad, tanya selera π
Anyways, ni pendapat Mama je la ye. Kalau ada seller & buyer yang memang suka ber’private message’ ni, up to you lah. Tepuk keypad, tanya selera π
6,484 total views, 1 views today





adoi..marah ke mama twin..sy pn nyampah kalau post camtu..umpama kite p kedai xde arge..tauke kedai tampal "sila tanya harga di kaunter" mcm tu la kan..
ummialyaanas: ehh bukan marah lah dear. cuma tak berapa gemar bila asyik kena pm tanya harga, padahal nak beli benda biasa je pun hehe
orang mcm tu kami label tak ikut adab
meniaga takde adaba
yang paling pentingnya meniaga ni
ikut sunnah rasullah saw and percaya serta yakin rezeki tu ttp ada
lama dah stop sales bakes good online.
bercuti
tpi seronok tgk kwn2 yg meniaga betul2 and growth
tak suka jugak yang macam tuu. yg privatekan IG pon sama. kalau nani terus pangkah lah bila macam tu
sama la..saya pun tak suka la peniaga sorok2 harga ni..mungkin tu taktik dia berniaga..tapi taktik tu tak berguna untuk pikat pelanggan,tak guna jugak kan..dah tentu2 kita berniga ni sebab nak jual barang pada pelanggan..
bab nak ber"pm" tu yg kadang tu liat sikit..kan senang letak terus harga pada barangan yg hendak dijual….memudahkan customer nak beli atau tidak…on the spot masa tengok barangan tu…..
Hehe …cam kami ni mmg kami papar harga …klu harga lbh murah kena la pm…..ade sbb tertentu karang kena terminated kang kami ni…kih kih…aku xde hal jwb soalan cust …ade rezeki ade …kku x de itu kerja Allah yg penting aku dh seikhlas hati lyn cust …..
Saya pun tak berapa suka nak beli dengan seller yang suka ber'pm' ni… Kadang-kadang memang berkenan barang yang dijual, tapi bila kena pm, memang hilang nafsu nak beli.
nak tau harga, kna pm..mmg agak 'kureng' mesra pengguna. hmm~
sy setuju sgt kalu tunjuk rega.. baru boleh kita buat kira2 mampu ke idak nak beli.. kannnn
hehe
saya pernah alami perkara camtu. serious terus takde mood nak membeli.hilang mood nak kena pm or whatsapp bagai kan.
Setuju sangat2… saya lah salah seorang potential buyer yang akan tak jadi beli bila seller x letak harga. Malas nak pm2 ni.
SETUJU 200%
Ayat camni yg nyampah…"murah sampai nak bagitau harga pun malu…bukan RM50, bukan RM40, RM30 pun bukan!"…tp hakikatnya bl pm kadang hrga mahal serupa tu jugak