Salam dears,
Bayangkan camna susah payah yang terpaksa dihadapi untuk membesarkan anak kembar tiga dengan pendapatan hanya RM400 sebulan? Nak beli pampers, susu and keperluan lain untuk tiga orang bayi serentak, mana laa nak cukup dengan RM400 tu je kan.
Tapi itulah realiti yang dihadapi oleh En Mansor & keluarganya, seperti yang dilaporkan dalam berita Utusan Malaysia baru baru ni. Berita leh baca kat sini: Dibelenggu masalah kewangan
Mansor Ibrahim meriba Nurul Farisha dan Yusniza Yusof memangku Nurul Fasihah dan Nurul Farishah bersama Mohd. Adam Haikal di rumahnya di Kampung Kubang Rusa, Kampung Lalang, Baling, Kedah, semalam. – BERNAMA
First time Mama baca berita tu, Mama yang termenung memikirkan membayangkan camna dia sara hidup sekeluarga dengan hanya RM400 tu? Especially sebab Mama sendiri ada anak kembar tiga gak, and RM400 is definitely not enough. Dah laa dia ada lagi sorang anak umur 3 tahun…
Hati tersentuh bila En Mansor tu kata dia langsung tak dapat nak buat apa apa persiapan untuk raya ni. Di kala kita semua tengah sibuk pikir nak shopping baju baru, nak beli kuih muih itu ini, tapi dia and family camna? Maybe dia hanya pikir camna nak survive nak beli susu untuk anak anaknya esok? 🙁
Jadi jom laa kita sama sama hulurkan bantuan untuk keluarga En Mansor. Tak banyak pun takpa. Kalau setiap seorang yang baca blog ni derma RM5 je pun, kalau 300 orang dah RM1,500 dah kan?
Cam kata Abah AMRAFAHAN, moga moga dengan usaha yang kecil ini dapat membantu keluarga beliau menyara dan menjaga anak-anaknya dengan sempurna. InsyaAllah.
Bantuan boleh diberikan melalui:
Akaun Bank Islam En. Mansor Bin Ibrahim: 02-048-02-051121-2
Atau disalurkan terus ke
Alamat: Jalan Telekom, Kubang Rusa, Kampung Lalang, Mukim Siong, 09100 Baling, Kedah.
No HP: 013-4214573
**********************************
Nota (copied from blog AMRAFAHAN):
**No. akaun, alamat dan no telefon adalah hasil usaha sahabat sahabat saya di Kelab Kembar Malaysia. Moga aktiviti kemasyarakatan seperti ini menjadi agenda utama kelab kami. Kami juga ada mengadakan kutipan sesama ahli untuk disalurkan kepada keluarga ini. InsyaAllah setiap bantuan yang dihulurkan diberikan pahala yang banyak oleh Allah SWT. Amin..
**No. akaun, alamat dan no telefon adalah hasil usaha sahabat sahabat saya di Kelab Kembar Malaysia. Moga aktiviti kemasyarakatan seperti ini menjadi agenda utama kelab kami. Kami juga ada mengadakan kutipan sesama ahli untuk disalurkan kepada keluarga ini. InsyaAllah setiap bantuan yang dihulurkan diberikan pahala yang banyak oleh Allah SWT. Amin..
5,565 total views, 1 views today
Insya Allah sumbangan dari saya akan menyusul…
semoga mereka terus tabah.
feel free to visit _piNk sitE_
saya ada tengok kisah keluarga ni di TV3 baru2 ni..memang kesian dan walaupun saya belum berkeluarga saya tau macam mana kos nak jaga baby sebab saya ada kawan yang ada baby sorang tapi cukup suusah nak beli itu beli ini untuk si anak….moga nasib dia akan terbela….nice
kesian nyer, 400 mana nk cukup…
mudah2an murah rezeki En Mansor sama2 lah kita hulur bantuan
tak rugi kita jadi pemurah. kan kak? hehe
whoaa.. ade kelab kembar ke? hak3
ala kesiannya..insayallah..sempena bulan mulia ni jomlah sama2 kita menderma …
Slam Mama Kembar 3, mmg terharu baca kisah ni…namun setiap anak merupakan satu anugerah yang tak ternilai….. insyallah adalah rezeki mereka nanti…TQ mamaK3 sbb tolong sebarkan maklumat ni… bolehlah sama2 kita membantukann…
Cuma satu nak ingatkan, pastikan no akuan tu betul2 dia orang yang punya sebab ada terbaca kat satu blog tu kisah norma & talib, ada org ambil kesempatan ubah no akaun norma spt kata moon..I just found out that ada org telah menukar nom acc Norma dalam email yg di forwardkan.. bacalah kisahnya kat miera301.blogspot.com….. takut lain nak yang nak dibantu lain yang dapat…..
TO ALL: Moga moga berkat bulan ramadhan ni murah lah rezeki en mansor & family.
Anonymous: ishh tak patut betul, org tgh susah, tp diorang ambik kesempatan camtu. InsyaAllah Mama double check acc no, thanks for the reminder 🙂
moga dengan usaha yang ada dapat meringankan beban keluarga itu.. dan moga tiada yang cuba mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.. insyaAllah..
Salam,
Kami dari NGO PEMBELA (www.pembelasp.blogspot.com).
Baru baru ni, kami ada buat lawatan terhadap keluarga terbabit.
Sila layari: http://pembelasp.blogspot.com/2011/08/misi-bantuan-bayi-kembar-3-keluarga.html