Salam dears… Annyeonghaseyo! I’m back! Ada yang rindukan aii tak? Hahaha. Mama baru balik ke KL, petang semalam sampai sini. Penat pun tak hilang lagi ni. Penat tapi seronok! Itu lah yang dapat Mama katakan tentang percutian ke Seoul, Korea baru baru ni.

Hati ku tertinggal di Korea…
Ishhh tak sabar nak bercerita kat korang tentang pengalaman Mama disana, tapi tak tahu kat mana nak mula…sebab setiap momen sangat priceless! Rasa macam nak kena tulis setiap saat punya cerita hahaha. Gambar tak yah cakap lah, beribu ribu keping aii ambil hokey! Mana tak nya, semua tempat cantik! Semua benda rasa nak rakam tau hehe.
Banyak Tempat Menarik di Seoul…
Semasa disana, rasa macam masa berlalu terlalu cepat. Setiap hari diisi dengan aktiviti yang best. Diantara tempat menarik di Seoul, Korea yang kitorang pergi termasuklah Gyeongbukgung Palace, Hanok Village, cuba pakaian tradisi Korea iaitu Hanbook, Lotte Tower dan Lotte World Mall, Seoul Central Mosque, Namsan Tower dan Nami Island yang super cantik!

Mama dan kak long Saidila, travel partner Mama semasa mengembara di bumi Seoul

Di Nami Island yang sangat cantik!
Dan ohh yaa…tempat ‘bahaya’ iaitu Myeongdong Street dan Namdaemun Market. Bahaya sebab rasa nak beli, beli, dan beli ja! Nasib baik lah bawak duit sikit jer, kalau tak…memang pokai lah habis shopping kat situ hahaha

Pengalaman makan tepi jalan dalam cuaca sejuk gedi hehe
Paling best sekali ialah Mama dapat merasa salji! Yesss…dihari terakhir Mama di Seoul, Allah kurniakan rezeki merasai sendiri salji berguguran indah. Subhanallah, serius satu perasaan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata masa tu 🙂

Muka happy mengalahkan si kembar dapat mainan hehehe
Korang nak tengok lebih banyak gambar tak? Nak baca cerita seorang mak anak tiga ni bercuti di Korea tak? Nak baca kan kan? Kalau korang tak nak baca pun aii nak cerita jugak hahaha. Tungguuu… 😉
———
Kerjasama Kembara @kelabbloggerbenashaari ke Korea bersama :
@Cosmoderm
@AydenAverroes_Travel
@PakejMurahMurahKakJoyah
FB : fb.com/Cosmoderm
FB : fb.com/AydenAverroesTravel
FB : fb.com/PakejMurahMurahKakJoyah
10,468 total views, 1 views today
bes bes.. cpt sket
Sabarrr hehehe
Best ni…Tak sabar nak baca
InsyaAllah coming soon hehehe
Menarik sangat.
Yup, Seoul banyak tempat menarik
Best kan jalan.. mesti ketagih nak p lagi
Memang pun hehe
Bestnya dapat main salji. ok nak tunggu next entri.
Tungguuu hehehe
nak baca lagi…pegang ais tu macam kita pegang ais batu campur yang dikisar tak…hehehe
Lebih halus, tapi hari tu pegang kejap ja sbb sejuk sangat beku jari hahaha
bestnya mama dapat ke korea.
Alhamdulillah, rezeki 🙂
Bestnya..cepat wat sambungan..tazabarrr nak baca
On the way hehehehe
Wah…menarik blog Puan Nani
Alhamdulillah, TQ cik Dan
Nampak keseronokan tu, ai jeles sangat. Tapi tak sabar nak baca cerita jalan² kat sana.
Moga ada rezeki Mas plak nak kesana nanti, InsyaAllah
memang jeles tengok oiii
Hehehe jom pi Korea