Famili Mama terlewat sampai situ, around kul 5 petang. Si kembar 3 ni dah tak pandang kiri kanan dah, takde nye nak bagi salam ke apa ke, excitedly terus terjah tempat main main kat padang permainan tu. But tak sempat bebudak tu nak puas main wartawan Harian Metro ajak semua orang bergambar ramai ramai, apa lagi terus laa si kembar ni nanges protes! Salah kitorang jugak, sapa suh pegi lambat kan?*malu*. Selesai je bergambar, start hujan plak dah. Terus tak leh main main & lagi laa mengamuk si kembar nih, nasib baik bila pujuk bagi makanan nak jugak diam *lega*.
Disebabkan hujan, kitorang terpaksa berteduh kat satu wakaf yang ada kat situ, ramai ramai bersempit rapat rapat, okay wat..lagi mesra alam uuu ;-). Dan yang tambah meramaikan tu famili Mama la kot – Mama 5 branak, my parents & sister, my parents in law & bro in law pun ikut sekali – ambik ko sekampung Mama bawak hehehe.
Meriah tau ramai ramai camtu, especially keletah budak budak yang excited jumpa geng, ada yang pulun makan, ada yang ‘memasak’, ada yang asyik nak ‘rasa’ semua makanan, ada yang ‘siram’ lantai & macam macam lagi lah, alaa dah namanya pun budak budak kan? Tapi yang Mama perasan, yang gegirl semua baik je, well behaved. Tapi yang boboy, aduhai lasak! Si kembar 3 F ni opkos laa kan, and tengok Darwishes pun sama kes jugak hehehe.
Ben Ashaari & wife pun datang gak. So Ben Ashaari tu macam mana orangnya? Uishh rupa garang macam pengetua skolah asrama wokeh! Dah laa body tuff, terus takut nak tegur. Tak lah, Mama tipu jer (bab body tuff tak tipu laa hehe), sebenarnya Mama yang malu malu kucing nak interframe sebab tengok dia dok rancak berborak ngan Zaini. Tapi dapat laa bersembang ngan wife dia, Zila, very nice & friendly orang nya, untung u Ben π
All in all, it was a fun day for all of us, BEST! Thanks Zaini sebab anjurkan program ni, pasni buat lagi yer…
Mee goreng Mama Qiestina sodappp, terangkat uuu!
Takpa, tengok sorang pun dah cukup, sama je rupa diorang hehe
Kat belakang tu tengah berlangsung acara sukaneka mengutip spaghetti *sigh*
Tak puas tengok pics kitorang berkelah? Sila lah terjah blogs diorang ni plak yer:
3,648 total views, 1 views today



























Leave a Reply