Salam dears… Dua benda ni mesti sentiasa ada kat rumah Mama…

Cosmoderm Tea Tree Oil Magic Body Lotion dan Vanity’s Favourite Deep Heat Lotion
Kenapa? Sebab sejak kena gatal gatal ketiak, Mama dah tak boleh pakai deodoran. Jadi Magic Body Lotion tu lah yang Mama guna sebagai pengganti. Serius best, ketiak tak berbau sepanjang hari tau. Tak percaya? Pi tanya Ayah..ehh? Hahaha 😉
Yang Deep Heat Lotion tu plak, entah dah tiub keberapa dah tu Mama guna. Asal tinggal sikit je, mesti beli lagi buat stok. Sebabnya Mama ni kan keja ofis, asyik duduk ja sepanjang hari kadang tu lenguh pinggang gak. Maklumlah, badan ‘comel’ kan hehe. Pastu pergi dan balik kerja naik tren, banyak berjalan dan berdiri dalam tren tu memang boleh sakit dan lenguh kaki. Jadi sebelum tidur sapu Deep Heat Lotion ni bagi lega. Baru lah sedap lena ZzzZzzzz gitu hehe.
Deep Heat Lotion tu pastikan korang simpan kat tempat yang budak budak tak boleh ambil tau. Dan lepas sapu, cepat cepat cuci tangan ngan sabun. Sebab memang panas wehh! Kot tercalit kat mata kaa, pedih wooo…
Ohh yaa…ni lagi satu benda mesti ada kat rumah Mama….

Vitamin E Cream with Rosehip Oil
Vitamin E Cream ni memang dah bertahun Mama guna untuk pastikan kulit muka Mama elok dan tak kering. Ada dua jenis tau – 1,000 I.U. dan 3,000 I.U. Dua dua pun Mama boleh guna, sesuai ngan kulit jadi Mama beli jaa bergantung pada yang mana tengah ada stok kat kedai.
Tapikan, kalau nak pergi travel ke tempat yang cuacanya sangat panas atau sejuk, macam bila pergi Umrah dan Haji ke kan, lebih elok guna yang 3,000 I.U. macam yang ada dalam Travel Set Umrah dan Haji Cosmoderm tu.
Travel Set Umrah dan Haji Cosmoderm
Walaupun Mama tak pernah ke Mekah, tapi Mama biasa lah dengar orang cerita tentang cuaca kat sana yang samada panas sangat atau sejuk yang amat. Bila cuaca macam tu boleh menyebabkan kulit jadi kering dan mungkin juga naik gatal gatal kan. Pastu bila banyak berjalan, dah laa kaki lenguh, tumit merekah pun boleh jadi masalah juga. Jadi elok sangatlah bawa Travel Set Cosmoderm ni…
Set yang diformulasi khas untuk di bawa bersama semasa menunaikan Umrah & Haji ni adalah tanpa haruman/bebas wangian, dan item yang ada ialah:
Vitamin E Cream 3,000iu (50 ml)
– Melembapkan kulit wajah yang kering dan tidak selesa dalam keadaan cuaca panas terik atau dingin di Tanah Suci
– Sesuai untuk kulit normal dan kombinasi
– Tak rasa melekit dan mudah meresap
Tea Tree Oil Magic Body Lotion (60 ml)
– Memberikan kesegaran dan meredakan kegatalan kulit akibat cuaca panas kering atau dingin di Tanah Suci.
– Penghalau nyamuk, serangga, pepijat katil dan redakan gigitan serangga
– Anti-bau badan dengan deodoran asli
– Ada rasa sejuk bila sapu Magic Body Lotion ni, selesa ja..best!
Advanced Moisture Therapy Cream (50 ml)
– Memulihkan tumit kaki yang merekah dan meredakan kepedihan akibat rekahan semasa melakukan Saie
– Krim pekat dan kaya dengan khasiat tanpa rasa berminyak
– Sapu je krim di tumit yang merekah dan tangan kering
Vanity’s Favourite Deep Heat Lotion (100 ml) – PERCUMA
– Melegakan otot-otot yang lenguh akibat berjalan jauh
– Tak berminyak atau melekit
– Elakkan daripada terkena mata tau, pedih wehh kalau kena
6 kelebihan menggunakan Travel Set Umrah dan Haji Cosmoderm ni ialah:
– Tidak mengandungi wangian
– Tidak mengandungi Paraben
– Saiz kompak dan mudah dibawa bersama kemana mana
– Boleh digunakan ketika ihram
– Efektik dan pelbagai fungsi
– Mempunyai sijil Halal dari Jakim

Tengah ada harga promo lah! Untung beli masa sales ni…
Ingat Travel, Ingat Cosmoderm
Ohh yaa…set ni bukan sesuai untuk pergi Umrah dan Haji saja tau, tapi nak travel kemana mana pun elok sangatlah bawa juga. Ada beg kecil jadi senang ja nak usung merata, pastu seisi keluarga boleh guna. Kot tengah syok syok berjalan tu kulit jadi kering ka, tumit merekah ka, sakit lenguh kaki ka…sapu ja mana yang sesuai, InsyaAllah lega. Pastu boleh laa sambung jalan jalan atau menunaikan ibadah dengan tenang kan?
So kat mana nak beli ni? Produk Cosmoderm ada jual di Vitacare, Guardian, Watsons, AEON Wellness dan…alaa  Mama tak ingat kat mana lagi ada. Korang tengok sendiri lah kat website Cosmoderm ye. Nak senang, beli online je dari website Cosmoderm, Lazada, 11Street dan Shoppee. Ingat naaa…bak kata Shehan – ingat travel, ingat Cosmoderm!
Maklumat lanjut di:
Website: Cosmoderm
Instagram: Cosmoderm
Facebook: Cosmoderm
#pengembaraancosmoderm #cosmodermreview #cosmodermtestimoni #cosmodermproduk
5,293 total views, 1 views today
Hahahaha. Tq kak. Ingat tagline tu tau. Hahahaha.. mmg bes kak. Sama la. Deep Heat wajib k..
Opkos, tak boleh putus stok haha
samalah mama mmg kemana pergi bawa jer.. cream vit e mmg bawa
Baru rasa selesa kulit muka kan
Memang best! fiza pun guna 🙂
Geng! hehe
Deep heat lotion tu mmg best,hilangkan lenguh2 badan
Bila rasa kembung perut pun sapu ni lega rasa
Bagus Cosmoderm buat pack come gini. Tak yah bawak yang besar.
Travel pack Cosmoderm memang berbaloi..
Nina pun suka Vit E 3000.
Betul betul
Suka betul dengan travel set ni, best! Sekarang kalau nak pi mana² memang tak akan lupa bawak.
Berguna sgt kan
Deep heat sesuai utk lenguh2 kaki dan badan x?
Memang sesuai, bila rasa sakit sakit pinggang pun Mama sapu ni
Memang best travel set ni… paling suke deep heat
Sama lah kita hehe
betul tuu .. wajib ada set travel dari cosmoderm ni. huhuhu. friendly user pulak tuu. sesuai utk jemmah hajji utk cuaca kat sana
Yup, elok bawa kesana
Tati memang jenis susah nak dapat apa2 minyak atau losyen panas yang boleh terasa kat kulit. Orang lain kata panas tapi Tati tak rasa apa pun. Lepas ni nak try yang Deep Heat Cosmoderm la.. Manalah tau sesuai ngan kulit Tati kan…
Setakat yang Mama guna, losyen ni lah yg terasa panasnya
Wajib beli dah nie sebab sekarang suka keluar travel..
Beli beli…
Mudah ade pack ni..deep heat boleh tak guna utk pantang..hhaha..
Fariza nak dapat adik dah ka?
cikza peminat setia magic lotion ! wajib pakai sebab punca utama gatal-gatal and nak halau nyamuk je tau.
Kita geng lah hehe
deep heat lotion je belum ada , nak kena dapatkan stok jugak ni
Best Deep Heat Lotion tu
NICE! TQ for sharing mama
Welcome 🙂
Menariknya magic lotion tu
Nak kena Tanya ayah dulu ttg magic lotion Tu ngengee
Hahahah 😉
Wah terbaik losyen ni.
Yup, memang terbaik