Salam dears,
Mama nak join satu lagi segmen yang Mr Ben buat iaitu kena pilih 5 blog yang kita suka sangat masuk & bagitau kenapa. Aduhh…penat pikir nak list blog mana, sebab blog yang Mama suka masuk lebih daripada 5! hehehe…. At last Mama pilih the following blogs & ini antara blog yang InsyaAllah tiap tiap hari akan di terjah:
1) Ben Ashaari – suka sebab cara penulisan yang menarik, selalu kongsi tips & tak kedekut ilmu tentang blogging, kerap di update jadi sentiasa tertanya tanya apa laa plak Mr Ben nak bebel kali ni hehehe
2) Kerna Kasih Kita – tiap hari terasa nak pergi jenguk perkembangan Rayyan Ian Ariff, an amazing little boy. Mama pun turut rasa happy bila Rayyan dapat buat sesuatu yang baru & sehari tak tengok dia rasa rindu walaupun setakat kenal di alam maya saja π
3) Kemba Tolo – suka cara penceritaan yang selamba & lucu juga, tapi seringkali diselitkan dengan nasihat & unsur keagamaan, seronok tengok gelagat si kembar yang dah besar panjang nih.
4) Dua Hati Menjadi Satu – suka blog ni sebab suka baca tentang anak-anaknya especially si kembar Affan & Afnan yang comel.
5) Cikidong Dong Dong – suka cara penulisan Apak yang selamba & lucu jugak. Apak mostly tulis tentang kehidupan harian & of course anak terunanya si Cikidong, bila baca Mama selalu tersengih sengih sorang diri.
Mama mengetahui segmen ini dari blog Ben Ashaari sendiri sebab memang sentiasa terjah kan… Jom la ramai-ramai join π
3,175 total views, 1 views today



alamak ai.. terharu plak.. ada orang highlight… nak kena blanja apa ni? nan ados ok? hihihi