Salam dears,
Mama suka tengok orang pakai make up lawa lawa, especially gaya make up yang simple & natural. Tapi Mama tak pandai make up, takat tepek bedak, calit eyeliner , lipstick & blusher skit – siap! So Mama slalu baca blogs yang ada tutorial pasal make up and berangan kunun kunun satu hari nanti nak jadi pandai make up gak hehehe.
Suka make up camni, nampak natural jer
(pic from google)
Rata rata blogs about make up ni kata sangat penting untuk pakai foundation sebagai asas dalam bermake up. Sebab foundation dapat help cover apa apa cacat cela yang ada kat kulit muka kita & buat kulit nampak halus mulus gebu gitu. Dalam hati ni dah lama laa teringin nak beli foundation untuk cuba try test pakai, tapi sampai hari ni tak beli beli lagi *sigh*
Salah satu foundation yang Mama dok aim ialah Kryolan Naturactor Cover Cream. Mama tringin nak cuba yang ni sebab rata rata komen yang Mama jumpa kat internet kata it’s good and ramai mak/pak andam memang guna yang ni. Tengok harga pun affordable, kalau beli online RM45.00, not bad laa kan harga tu? For me masih dalam kategori affordable lah.
Ni lah Kryolan Naturactor Cover Cream
(pic from google)
So ni nak tanya, ada tak sesapa yang pernah atau memang guna Kryolan Naturactor Cover Cream ni? Elok ke tak? Senang tak nak apply? Harap korang sudi kongsikan your experience using it, sebab ni dah gatal gatal tangan nak beli tapi still tak konfiden hehehe. Thanks dears 🙂
2,918 total views, 6 views today
slm mama,
sy guna produk nie. bagus, sbb ada kwn tegur, muka sy sgt nampak lain, n cantik kulit. ada beberapa org kwn terpengaruh dgn sy n beli produk nie..boleyla cuba ya. sy guna kod 141
Naturactor leh pki ari2.but kryolan.utk.mekap pegantin dan xdisyorkn.pki ari2.. rase kualiti dua2 full coverage
What's up it's me, I am also visiting this web page
daily, this website is really fastidious and the
visitors are truly sharing fastidious thoughts.
kryolan satu brand, naturactor another. celah mana datang kryolan naturactor
I pakai naturactor foundation…memg best u olls sume patut try tau…
Coz i ni banyak bekas jerawat lama2, pastu pimple..tapi bila i pakai naturactor ni semua problem tu selesai… Nak jumpa client pun i confident tak macam dulu.. Dulu nak kuar umah pun malu, dahlah keje i ni jumpa client kan.. Tapi i betul- betul rasa hepi skg ni tau. Skg ni i rasa confident sgt2 dgn diri sendiri
I beli kat sini http://riasanggunbeautyconcepts.blogspot.com