Salam dears… Kereta kitorang rosak. Hari Rabu lepas kemalangan, ada kereta lain langgar dan ‘bumper’ rosak sampai tak boleh tutup. Sekarang ni masih kat bengkel. Memandangkan itu satu satunya kereta yang ada, kitorang dok naik Uber je lah dua tiga hari ni.
Ishh nasib baik lah ada Uber, sangat mudah panggil melalui ‘mobile apps’ dan cepat je dapat respons. Kalau nak tunggu teksi mau berjanggut kot, sebab kawasan rumah kitorang tu memang susah nak dapat teksi. Bas pun tak masuk situ.
Lagipun, harga tambang Uber lebih murah berbanding teksi. Dulu Mama pernah naik teksi dari KTM Serdang ke rumah Mama, tambang sampai RM25! Tapi dengan Uber, setakat ni paling mahal kena RM17.55 saja. Itu pun sebab naik UberXL, kereta Estima jadi harga lebih sikit.

Haaa cakap bab kereta ni yang buat Mama suka guna Uber. Sebab kereta selesa dan bersih. Aircond pun berfungsi elok, tak lah panas berpeluh sepanjang jalan. Dah banyak kali Mama terkena naik teksi yang aircond rosak huhu.
Yang Uber ni setakat Mama dok naik ni memang ok sangat lah keadaan keretanya. Kalau korang pernah dapat yang tak elok tak tahu lah kan. Tapi setahu Mama pemandu Uber memang kena jaga kebersihan dan keadaan kereta sebab nanti penumpang boleh bagi ‘rating’ atau markah. Kalau kereta tak elok dan kotor, jatuh lah markah dan buruklah rekod diorang.
Lagi satu Mama suka naik Uber ialah sebab pemandu tu sendiri. Setakat yang Mama dapat memang sopan, berbudi bahasa dan kemas. Pagi semalam Mama dapat pemandu lelaki berbangsa Cina, berpakaian kemeja lengan panjang dan seluar slacks macam bekerja di pejabat. Katanya dia buat Uber sepenuh masa. Itulah kerja hakiki dan itulah ‘pejabat’ baginya dia jadi dia berpakaian macam nak masuk ofis. Bagus kan? Tengok dia berpenampilan professional macam tu buat Mama rasa selesa.

Pemandu Uber (gambar dari Google)
Malam semalam pula dapat pemandu lelaki Melayu yang masih muda. Mama rasa umur dia dalam pertengahan 20an kot. Dia buat Uber separuh masa ja, setiap malam bermula jam 8 sampai 11 malam. Dia kata daripada duduk rumah tak buat apa apa, atau keluar melepak kedai mamak habiskan duit je, baik lah buat Uber. Dapat juga duit poket katanya, lagipun boleh kumpul duit untuk nak kahwin nanti. Serius Mama respek semangat anak muda macam ni. Rajin dan ada perancangan untuk masa depan.
Dan pagi ini, kitorang naik Uber kereta Toyota Estima. Terpaksa panggil UberXL sebab tak ada UberX yang berdekatan masa tu. Ohh yaa UberXL ni tambang mahal sikit dari Uber biasa sebab kereta besar. Pemandunya lelaki Melayu dari golongan pekerja professional. Cara dia bercakap memang ada gaya, boleh agak dia ni orang yang berpendidikan.
Entah macam mana Ayah buka cerita pasal motor besar, dan pemandu Uber ni pun ceritalah dia pernah ikut ‘touring’ ke India bawa motor ‘superbike’ dia…motor BMW apa ntah. Perghhh serius kagum! Pastu apa yang diorang borak Mama dah tak faham sangat dah. Cerita pasal tayar motor tu lah apa lah…orang lelaki punya cerita aii is tak minat nak dengar dah hahaha 😉
Haa katanya dia buat Uber ‘part time’ sebab nak isi masa cuti. Dia banyak baki cuti tahunan, jadi dia ambil cuti sebulan terus. Pagi sampai tengah hari dia bawa Uber, lepas tu dia habiskan masa kat rumah melayan anak anak. Best kan? Gaji kerja hakiki jalan, pendapatan sampingan daripada Uber pun ada. Dan masa bersama keluarga pun dapat. Bijak…bijak!
Selama ni Mama dok dengar je kawan kawan bercerita pasal Uber. Lepas dah beberapa hari merasai sendiri, Mama boleh katakan yang Mama suka dan selesa menggunakannya. Dan Mama kagum dengan para pemandu Uber yang Mama jumpa setakat ni. Banyak Mama dapat belajar dari perkongsian pengalaman diorang tu.
Hmm sebenarnya Ayah teringin juga nak buat Uber, tapi kereta kitorang dah lebih umur jadi tak boleh laa. Mana tahu lepas ni ada rezeki kitorang beli kereta baru, boleh laa Ayah pun jadi pemandu Uber juga kan? Mama bawa Uber? Errr aii pandai bawa lesen jer hehehe 😉
9,528 total views, 1 views today






bagus uber ni. saya pun dah cuba 2kali naik uber, dua2 dapat driver lelaki. sebenarnya kita boleh tak nak pilih pemandu perempuan untuk bawak kita erk?
dorsett pink recently posted…Kasut Kesayangan
Tak pasti plak boleh request ke tidak
ALhamdulillah..
Setakat ni banyak feedback positif yang saya baca tentang Driver UBER…
Rasa semakin bersemangat nak jadi driver UBER… 😉
Anuar recently posted…5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Kalau boleh buat laa
Alhamdulillah.. saya dah pun daftar jadi pemandu Uber.. cuma nak ambil mami tak dpt.. sebab jauh sgt.. hehehe 😉
anuar recently posted…5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Ada kawan pernah naik Uber, yang mana driver Uber tue seorang doktor dan dah ada lebih dari sebiji klinik. Memang kagum lah cara dia treat customer. Sempat jugalah dia promo kan klinik dia sekali, hehe..
arnie recently posted…Jualan Gudang Kasut Bata Warehouse Sale Serendah RM5
Wahh bagus..sempat promo klinik skali hehe
Wah.. menarik pula tengok… Bagus juga buatbaprt time kan.. patut la geng teksi ni marah benar kan..
Persaingan sihat, pengguna untung hehe
Hi mama…Ada tak special ambil penumpang perempuan shj.. sementara Tunggu ambil anak Dari sekolah ataupun tuition boleh saya cari pendapatan extra.
Tak pasti plak, maybe u boleh cuba tengok kat wesbite http://www.rakanuber.com/. Betul, boleh cari extra income isi masa lapang
Saya plan nak guna Uber untuk pertama kalinya pada petang nnt.haha
Tapi risau sebab sorang. Uber boleh pilih driver dak? Kalau boleh, nak cr driver perempuan.😂
Uber tak boleh pilih driver. Ada lagi satu servis Riding Pink untuk perempuan saja, tapi tu Mama tak pernah guna lagi.