Salam dears… Lepas 3 minggu, baru Mama sedar lesen memandu Mama dah tamat tempoh! Apa lagi, kelam kabut laa nak pergi renew. Asalnya Mama pergi ke pejabat Pos je, tapi tak boleh plak nak renew. Pegawai kat kaunter tu kata nombor IC Mama tak ada dalam sistem sebab JPJ baru update sistem dan mungkin ada data yang hilang. Lepas tu Mama cuba renew online guna MyEG pula, tapi tak boleh juga! Aikkk apakah? Jadi Mama call JPJ, dan pegawai tu cadangkan pergi je renew lesen memandu di UTC atau nama panjangnya Urban Transformation Centre.
UTC Kuala Lumpur di Pudu Sentral
So pagi semalam Mama pun pergilah ke UTC Kuala Lumpur yang terletak di Pudu Sentral, sebab situ yang paling senang untuk Mama. Boleh pergi naik LRT dan turun kat stesen Plaza Rakyat, pastu jalan kaki dekat je. Ohh yaa Pudu Sentral ni lah dulunya stesen bas Puduraya! Uishhh tempat banyak kenangan untuk aii tu. Zaman naik bas balik kampung, bersesak berpanas dalam Puduraya tu menunggu bas dengan pakwe. Pakwe teman kan, pastu dah naik bas lambai lambai laa kat pakwe kita hahaha. Ishhh dah berbelas tahun laa Mama tak ke sana, sampai tak tahu pun ianya dah berubah wajah. Nampak cantik bersih ja, tak panas dan aircond pun terasa tadi.
Masuk je terus nampak ni, nasib baik aii tak tergoda bershopping hehehe
Nampak cantik, bersih dan selesa. Berbeza sangat dengan apa yang Mama ingat tentang Puduraya dulu
Macam macam perkhidmatan ada kat UTC ni, bagus betul boleh selesaikan pelbagai urusan kat satu tempat je
Mudahnya Renew Lesen Memandu di UTC Kuala Lumpur
Mama sampai kat Pejabat JPJ di Tingkat 2 dalam UTC tu lebih kurang pukul 10 pagi, orang tak ramai pun. Terus ambil nombor giliran, duduk sekejap je dah naik nombor Mama. Pegawai kat kaunter yang Mama dapat tu friendly, cakap sopan dan senyum je. Mama terkonpius lupa alamat rumah sendiri pun dia sabar je layan hahaha!
Urusan kat kaunter tu cepat je. Bagi IC dan lesen yang lama, bayar duit, pastu tunggu sekejap sementara lesen baru dicetak. Gambar pun tak payah bagi baru, boleh guna gambar yang ada kat IC tu je. Hmm rasanya tak sampai 30 minit Mama kat situ, dah siap semua urusan, tak sempat nak panas montot pun hehe. Bagus betul lah, aii like! 🙂
Kalau renew kat Pejabat Pos, dapat lesen yang keras camni gak ke? Mama lagi suka kad yang macam ni, so lain kali nak renew lesen memandu di UTC lagi lah
Haaa lagi satu yang best ialah pejabat agensi Kerajaan kat UTC ni beroperasi setiap hari kecuali cuti umum. So senang lah boleh pergi hari Sabtu Ahad pun, tak perlu nak ambil cuti semata mata nak renew lesen ke buat passport ke IC ke kan? Nanti Mama nak kesana lagi, untuk tukar IC baru plak. Sebab IC Mama sekarang ni masih guna alamat lama, alamat rumah kat kampung. Tadi tak buat, sebab rasa macam muka sememeh tak pakai make-up & tudung tak cukup cun hehehe 😉
Pusat Transformasi Bandar
Bangunan UTC – Kuala Lumpur
Pudu Sentral
50550 Kuala Lumpur
Email : admin@utc.my
Tel : 0380008000
Waktu Operasi Kaunter JPJ di UTC – Kuala Lumpur
Setiap hari: 8.30 pagi – 9.30 malam (tutup pada hari cuti umum)
Jumaat : 8.00 pagi – 12.00 tgh hari dan 2.45 petang – 9.30 malam
Kaunter ditutup semasa solat Jumaat.
32,873 total views, 5 views today
dah lama tak pergi UTC.. masa adik ipar saya kerja PTPTN dulu rajin juga saya ke UTC Super Kinta.. sekarang adik ipar saya dah tak kerja dkt situ lg..
anuar recently posted…[HASIL SURVEY] Kos Korban dan Aqiqah 2016 Untuk 1 Bahagian Lembu di Seluruh Malaysia
I first time pergi utc tu
Ena renew lesen memandu kat pejabat pos, dapat je yang keras macam IC tu. Bukan kena selaraskan semua lesen kena yang keras tu.
Ina Ainaa recently posted…GIVEAWAY RM400 | ASYAAMIN
Ohh ya ka? Agaknya skarang semua sama laa kot. Last renew kat pejabat pos 2 tahun yg lalu, maybe masa tu blum ada yg kad keras camni kot
Julia pun renew lesen memandu kat sini kak nani…cepat dan mudah sangat…best kan…memudahkan betul
JULIA JOHARI recently posted…CERAMIC PHOTO TILES abadikan kenangan terindah untuk dilihat setiap hari !
Yup, senang sgt tambah plak sebab boleh naik LRT ke UTC tu
x ramai ek.. sng cpt la urusan yak..
Iya cepat je siap semua
Terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat ni. Tahniah
Sama sama 🙂