Salam dears… Masa blogwalking Mama singgah blog Nadia, baca entry dia pasal anaknya suka lagu Ku Rela Dibenci nyanyian Aiman Tino. Terus teringat yang si kembar tiga ni pun suka sangat lagu tu. Tapi…setiap kali diorang menyanyi, Mama mesti suruh berhenti!
Mama ni jenis yang kalau dengar lagu, bukan sekadar dengar melodi nya saja. Tapi Mama akan ambil peduli tentang lirik juga. Kalau lirik yang ada kata kata yang Mama kurang berkenan, maka Mama tak berapa gemar dah lagu tu. Dan lirik lagu Ku Rela Dibenci ni…cer korang baca apa yang dikatakan tu…

Ku Rela Dibenci Aiman Tino
Lirik Lagu “Ku Rela Dibenci”
Ku ketawa kau menangis
Engkau tertawa aku menangis
Hanya dirimu oh sayangku
Kesudahan tiada henti
Hanya yang tinggal
Igauan mimpimu ternanti-nanti
Sering kali aku diuji
Air mataku terus mengalir
Membasahi di dadaku
Hanya ratapan di dalam hati
Moga tercipta kesudahan yang dinanti
Ku inginku dibenci olehmu
Agar kenangan manis terus terpadam
Selamanya
Menghitung menunggu mati
Agar kau jumpa yang dinanti
Semoga pemergianku ini terbaik untukmu
Tak sanggup ku dibohongi
Ku rela dijemput Ilahi
Kerna dia ku sanggup pergi
Hanya di sana kekal dan abadi
Ku inginku dibenci olehmu
Agar kenangan manis terus terpadam
Selamanya
Menghitung menunggu mati
Agar kau jumpa yang dinanti
Semoga pemergianku ini terbaik untukmu
Tak sanggup ku dibohongi
Ku rela dijemput Ilahi
Kerna dia ku sanggup pergi
Hanya di sana kekal dan abadi
Hanya di sana kekal dan abadi
(sumber)
Kenapa Mama Tak Suka Lagu Ku Rela Dibenci Aiman Tino?
Menghitung menunggu mati? Ku sanggup di jemput Illahi, kerna dia ku sanggup pergi? Ishh kenapa sampai macam tu plak? Memang laa kalau ikutkan video klipnya, mamat tu sakit jadi dia rela mati asalkan awek dia bahagia. Tapi kan…kalau tak tengok video klip tu, macam mana korang tafsirkan lirik ni?
Sebelum tengok video klip, Mama ingat lagu ni lagu orang yang kecewa dalam percintaan, sebab ada kata “ku tak rela dibohongi” tu. Dan liriknya macam orang yang dah putus asa sampai dok tunggu mati je! Kalau orang tengah frust dengar, silap silap makin frust dan give-up jadinya!
Hmm cuba lah buat lagu yang menaikkan semangat sikit, bukan kah lebih baik? Macam salah satu lagu favourite Mama iaitu ‘I Will Survive’ nyanyian Gloria Gaynor. Masa tengah frust dulu lagu ni laa yang Mama layan setiap hari, bagi naik balik semangat! Terutama sekali part chorus ni…
I will survive.
Oh, as long as I know how to love I know I’ll stay alive.
I’ve got all my life to live.
I’ve got all my love to give.
And I’ll survive,
I will survive.
Haaaa…bukan ke ini semangat yang kita patut bagi kat orang yang tengah kecewa atau tengah hadapi dugaan? Bukannya menunggu mati, kerna dia ku sanggup dijemput Illahi…betul tak?
Alahh..lirik je pun, nyanyi suka suka je…bukannya apa apa. Betul ke? Kalau dah kerap dok ulang ulang menyanyi benda tu, rasanya mungkin sedikit sebanyak boleh mempengaruhi minda kan? Mungkin pada subconcious mind akan ada kesan? Hmm Mama tak pasti, sebab Mama bukan pakar. Yang pasti, Mama tak suka lirik yang ada unsur negatif dan putus asa. Hidup kena ada semangat dan positif beb! Tak gitu? 😉
Pstt…jom baca perkongsian peminat tegar Aiman Tino ni tentang cara merawat ekzema dan psoriasis.
7,259 total views, 1 views today




anak² pun suka sangat lagu ni! Mas kurang minat.
mas saari recently posted…Pengalaman jadi mangsa banjir
Lagu ni sedap gak sebenarnya, tapi tak suka lirik tu ja
samalah dengan saya. kalau dengar lagu, mesti kisah pasal lirik. kalau liriknya merapu saya tak suka macam lagu khalifah – hang pi mana. Langsung tak ada mesej, it just a conversation when mom or dad ask their children “hang pi mana?” (ni pendapat saya je la, lain orang lain citarasa. hehe)
dorsett pink recently posted…Menikmati Keenakan Mee Udang di Sungai Dua
Hang pi mana tu nyanyi suka suka ok lah, macam berborak ja hehe
Hehe lagu orang putus cinta kan..
adeeya/mrsmayrz recently posted…2017 FIRST GIVEAWAY BY SFRNFZL
Putus cinta laa kena dengar lagu yg kasi semangat balik, it’s not the end of the world gitu 🙂
amboi mama.. tak pernah terfikir sampai macam tu sekali.. huhuhu.. boleh jadi menteri dah ni..
rozita recently posted…Info banjir dan jalan ditutup akibat banjir di seluruh Malaysia
Errkkk menteri? hahahhaha
Betul jugak kan… Kena hayati maksud lirik tu… Kalau ada bahagian yang tak bagus, tak sesuai untuk dijadikan dendangan..
Anuar recently posted…Contest SEO : Belajar Buat Blog
Sebolehnya nyanyi yang elok elok je kan
sama ngan member yang tak suka anak dia nyanyi lagu ni…tapi ai ok jer , lain -lain kita punya tafsiran ..gitulah
saidila@kak long recently posted…Jom Sertai Contest SEO Belajar Buat Blog Anjuran Coretan Anuar
Yup lain org lain cara tafsir, ok je kan
Betul..saya pun kalau nak dengar lagu selain melodi, lirik pun main peranan..lagu ni memang sedap tapi lirik dia…hmmm..tak sesuai..kalau orang tgh frust dengar, makin down…lagu I Will Survive tu, betul..kalau saya dengar, saya pun jadi semangat…
I will survive lagu yg evergreen kan
Betul, x sesuai untuk minda anak.
Kan, takut melekat dlm minda diorang benda negatif
ya kak. disebabkan lirik hispter muda remaja tu la sy mls nak nyanyi sgt. masa AJL baru ni, dia mmg kena tuka lirik part tu. Dah ada versi baru dah. Hehehehe
YB SHEHAN recently posted…CARA MERAWAT EKZEMA DAN PSORIASIS – CUBA BEDAK ASMAK
Ohh ada versi baru eh? Nampak sgt lirik asal tu tak sesuai kan
Saya pun tak suka lagu ni. Liriknya sangat merapu. Ada ke minta mati. Banyak sangat ke pahala dah buat. Huhuhu
Tu laa kan, tak syiok dengar
anak ema pun suka nyanyi lagu aiman tino ni…alamak kena kasi ceramah sikit kat diaorang ni..
ema recently posted…Dekorasi Meja Makeup Orang Perempuan Mesti Sukalah
Rasa budak budak ramai yg suka lagu ni, tapi tu la lirik tak sesuai
Anak-anak pun bukan main suka lagu ni… Music layan…
Yup sbnrnya sedap didengar, cuma lirik tu kureng skit