Salam dears… Petang semalam kitorang ke Putrajaya, sebab si kembar nak wall climbing kat Taman Cabaran. Lepas tu, masing masing kehausan dan kelaparan so pusing pusing laa cari makan. Tup tup sampai kat kedai mamak berhampiran dengan Hospital Putrajaya, tak ingat plak Presint berapa. Tapi…terus teringatkan kenangan semasa mengandung dulu. Sebab setiap kali pergi check-up kat Hospital Putrajaya, Mama Ayah pasti akan singgah makan kat kedai ni.

Fuhhh dah lapan tahun kot tak datang kedai ni. Sampai Ayah kata apsal kedai dah kecil? Ehh mana ada kedai kecil, cuma kawasan nampak sempit sebab semua kedai kat sekeliling tu dah beroperasi dan parking pun penuh, berbanding 8 tahun dulu tempat ni kosong je tak ramai orang.
Bila diingat ingat balik, masa mengandung dulu Mama tak berapa enjoy sangat bab makan. Masa tu tak berapa ada selera dan banyak benda yang tak kena dengan tekak. Ditambah plak dengan asyik nak muntah je, memang tak syiok lah huhu.
Tapi…yang jadi ‘kegilaan’ Mama masa tu ialah suka sangat pergi makan kat kedai mamak. Boleh dikatakan setiap hari dok ulang makan benda yang sama ja. Kalau tak kuey teow goreng, makan roti canai, roti nan atau capati. Hari minggu je mesti bangun awal pagi pergi ke Jalan TAR untuk makan capati sedap kat Restoran Santa Chapati House. Agaknya sebab ni lah kot sekarang si kembar suka sangat makan roti canai. Tiap tiap hari pekena roti canai pun diorang tak boring dan tetap kata sedap! Sampai rasa macam nak kena belajar tebar roti canai je ni hahaha
Haaa…lagi satu benda yang jadi ‘kegilaan’ Mama masa mengandungkan si kembar ni dulu ialah air Slurpee. Tiap tiap hari mesti mau! Padahal sebelum mengandung, Mama tak suka pun Slurpee. Masa mengandung je, tiba tiba mengidam. Tapi bukan sebarang Slurpee tau, nak yang warna hijau jugak jugak! Tak ingat dah apa perasa yang hijau tu. Yang ingat, sanggup round pusing dari satu ke satu 7Eleven semata mata mencari Slurpee hijau! Ayah bertabah je laa melayan, sebab kalau tak dapat, boleh nangis kemurungan wehh hehe.

Slurpee hijau…ntah apa nama perasanya ntah, tak ingat dah (gambar dari Google)
Nasib baik lah tak menurun perangai suka minum Slurpee ni kat si kembar. Kalau tak jenuh laa nak dok beli bendalah tu selalu. Tapi…mungkin sebab ni lah diorang suka minum minuman sejuk kot?
Hmm orang kata ibu mengandung seleranya ikut selera bayi dalam perut. Agaknya sebab tu laa Mama jadi memilih dan susah sangat nak makan masa mengandung dulu…sebab tiga babies serentak, jadi tiga selera yang berlainan. Sampai maknya pun konpius haha. Mungkin juga kan?
12,811 total views, 2 views today


aiyo. tak elok minum slurpee ni. manis.. saya walaupun muda pun tak minum langsung slurpee ni
Uncle Zuan recently posted…Seram Sejuk Menginap Di Cottage Frementle Prison YHA
Tu laa ntah apsal masa ngandung dulu ngidam benda tu. Lepas dah beranak tak teringin langsung dah.
hehehhe..manisnya kenangan kan,sue sekarang asal makan nasi suka makan petai jeruk hahahah,mesti amik walau seulas dua ,sib baik stok petai jeruk ada dalam peti,padahal sebelum ni bukan gemar sgt pun kikiki….
sue izza recently posted…Cara Menyediakan Daging Pekasam : Projek Daging Korban
Haaa kot kot nanti baby sue pun suka makan petai, siap laa menu masakan petai ye mummy sue hehe
Masa Nina pregnant anak ke-2 dulu suka sangat Nasi Goreng Mamak!
Sekarang Eilman (9thn) suka sangat taste Mamak – tiap hari nak lauk KARI
Sabar jer laaaa…. hahahaa
Nina Mirza recently posted…Kat mana Nasi Lemak RM1 sebungkus? Ada lagi ke kat KL ni…??
Geng peminat masakan mamak laa ye ni hehe
laaa… ingatkan mama tengah mengandung sekarang. hehehhe
Errkkkk belum ada rezeki hehe
saya pulak tak suka minuman warna hijau..hahah..
diana recently posted…7 PRODUK INI MAMPU MEMBUATKAN KORANG KONSISTEN DALAM PENJAGAAN KESIHATAN DAN RAWATAN KULIT
Ohh camtu plak hehe
Suwit…hehe
Kenangan 🙂
kadang kegilaan masa mengandung ni kena kontrol juga, especially terhadap benda yang tak elok. untuk kesihatan anak juga dan diri sendiri.
Raihanah recently posted…Vivix Dan Penyakit Berkaitan Neuro
Yup betul
Kegilaan isteri mengandung suka baca majalah… Mcm2 majalah yg dia mau baca..
Bagus gak camtu, rajin membaca.