Salam dears… Mama baru teringat yang Aisy Nasiha mintak share kan nama dan gambar virgin coconut oil (VCO) yang Mama sapu kat kulit Fahmi untuk masalah eczema dia tu. Kalau nak tengok pic Fahmi masa kulit tengah merah merah ada kat SINI dan pic kulit dah elok skit lepas 4 hari pakai vco ada kat entry INI.
Mama guna brand Bio-Rich (dulu known as Bio-Asli), beli dari kawan Mama je. Kalau nak beli online pun boleh, ada jual kat website Bio-Rich. Sebelum ni Mama beli yang perasa lemon, botol kecil tapi guna buat minyak rambut and sekali sekala je sapu kat kulit.
Sekarang dah tau sesuai untuk kulit dia, Mama beli botol besar terus 300ml tu harga RM70. Tak lah mahal sangat kan. Rasanya boleh tahan lama gak tu, sebab pakai skit skit je. Mama sapu kat kulit dia 2 kali sehari lepas mandi.
Pernah gak sapukan yang brand ni masa yang Bio-Rich tu belum sampai stok. Tapi Fahmi tak suka, dia komplen busuk sebab bau kelapanya kuat sangat. Tekstur nya pun lebih pekat so rasa melekit sikit. Si Fahmi nak pakai yang Bio-Rich tu ja.
Alhamdulillah selepas 2 minggu lebih guna VCO Bio-Rich ni, kulit dia dah cantik berseri balik dah hehe. Ubat allergi dah tak minum dah. Harap moga moga terus elok laa kulit si Fahmi ni kan, InsyaAllah 🙂
6,639 total views, 1 views today







Saya nak cuba beli vco ni jugalah. Saya dan anak pun sama jenis alergik. Harap berkesan utk saya juga.. thanks sharing ya mama. Saya dah baca jawapan mama di entry lama tu, tapi belum sempat beli sb macam2 hal sblm raya hari tu.
Aisy Nasiha: try laa dear, mana tau berkesan 🙂