Salam dears,
Semalam mak mertua Mama dok bercerita pasal mee kat restoran Murni Discovery, mee halus nipis & sedap katanya. Mama sekeluarga tak pernah pergi ke situ sebelum ni, so terus teringin nak rasa. Lagi pun restoran tu tak lah jauh sangat dari rumah, dekat area Bukit Jalil je.
Bila sampai sana, terus order apa yang special dalam menu – Mee Raja dan Mee Raja Meletup yang lain dari yang lain. Apa yang lainnya?….
Ada petai dalam Mee Raja Meletup ni!
First time makan petai ngan mee hokey. Sedap woo.
Mee Raja Meletup (RM10)
Pedas pedas skit, but not too spicy. Just nice.
‘Meriah’ dalam mee tu dengan udang, sotang, crab fingers & macam macam lah.
Mee Raja (RM8)
Yang ni tak pedas. Budak budak boleh makan ni.
Si Fahmi kata “ishh sedapnya mee ni!” π
Ni pilihan si kembar 3 – Roti Fujima (RM5)
Roti pisang + 2 scoop aiskrim vanila, sedap!
Licin si Faris & Fauzi makan. Fahmi je tak abih, sebabnya dia bedal Mama punya Mee Raja hehehe
Mama suka mee yang diguna untuk hidangan mee kat sini – thin noodles. Rasa macam yee mee skit, tapi lebih ‘kurus’. Errr tatau nak describe camna. Tapi kenyal dan tak rasa ‘kembang’ macam mee kuning yang biasa tu lah.
Portion mee tu pun agak banyak tau. Kalau korang jenis tak makan banyak, boleh kongsi je 2 orang sepinggan. Semalam Mama share je mee tu dengan Fahmi dan Fauzi, still kenyang.
Sekali sekala keluar makan bersama, memang seronok π
Kalau tanak makan mee, hidangan lain pun ada juga – goreng goreng, roti nan, Western food, satay. Mama suka restoran camni – satu tempat je tapi boleh puaskan macam macam selera. Sesuai nak makan beramai ramai kan.
Murni Discovery ni ada beberapa cawangan. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh tengok kat www.murnidiscovery.com atau Facebook Murni Discovery.
8,611 total views, 1 views today










Allhamdulillah… sedapnya sis… tengok udang tu byk terus telan air liur…
Memang puas makan…Alhamdulillah π
dia guna mee apa tu ye??dia buat sendiri kot mee tu..
Saya hari2 lepak kat murni kecuali hari Isnin sebab tutup…hehe…nak wat camne kalau dah murni tu seberang opis je..Murni Usj 9…by the way, Roti Fujima tu favortie saya…sedap!
Murni memang pilihan saya sekeluargan juga.. kami selalu pergi ss2. lamb chop sedap. nasi goreng dia pun sedap makan sampai rasa nk meletop perot. sngt berbaloi
Lepas ni nak try lamb chop plak lah
Sedap kan roti pisang panas panas mkn ngan aiskrim
Mungkin gak, sbb lain dr yg lain
hehe.. lamp chop ke roti ke.. memang berbaloi kan mama kembar 3.:)