Salam dears… Zaman sekarang ni, Mama rasa tentu ramai yang membaca Al-Quran digital di telefon bimbit kan? Namun tak semua orang mampu untuk buat macam tu, terutamanya golongan kurang upaya penglihatan. Mereka memerlukan Al-Quran yang dicetak dalam kod Braille. Tapi…kos Al-Quran dalam kod braille bukan murah. Mama pun baru tahu pasal ni bila baca tentang tabung Waqaf Al-Quran oleh Ensany Global.
Tabung Waqaf Al-Quran dan Kitab Dalam Kod Braille oleh Ensany Global
Semasa lawatan Ensany Global ke Pusat Penerbitan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), mereka dimaklumkan bahawa Al-Quran dan Kitab yang dicetak dalam Kod Braille hanya mampu bertahan selama 5 tahun saja, manakala kos untuk mencetak Al-Quran dan Kitab adalah RM0.50 sehelai!
Disebabkan kos percetakan dan mesin yang mahal, Al-Quran dan Kitab dalam Kod Braille tak dapat disedarkan secara meluas kepada golongan kurang upaya penglihatan di Malaysia.
Bila dapat tahu tentang perkara ni, Ensany Global sebagai satu wadah pengumpulan dana secara atas talian telah melancarkan tabung Waqaf Al-Quran dan kitab dalam Kod Braille sepanjang Ramadan 2020. Turut serta dalam menjayakan kutipan dana ini adalah Yayasan Maghfirah.

Dana tersebut adalah bagi menyokong usaha pihak PERTIS dalam memperjuangkan hak pendidikan golongan kurang Upaya Penglihatan di Malaysia agar Al-Quran dan Kitab Braille dapat diedarkan secara percuma kepada OKU penglihatan.
Alhamdulillah, usaha ini turut mendapat sokongan orang awam bukan sahaja di Malaysia bahkan negara ASIA terdekat dengan dana terkumpul RM668,195.

Majlis rasmi penyerahan sumbangan oleh Ensany Global dan Yayasan Maghfirah kepada pihak PERTIS telah berlangsung pada 10 Julai 2020 di Unit Penerbitan PERTIS di Brickfield.
Tabung Kelestarian Orang-orang Kurang Upaya Penglihatan
Semasa majlis tersebut, turut dilancarkan Tabung Kelestarian orang-orang Kurang Upaya Penglihatan di Malaysia yang ditubuhkan untuk membantu pihak PERTIS mengumpul dana bagi membina kompleks khas untuk orang kurang upaya penglihatan di Malaysia.

Tabung Kelestarian Orang Kurang Upaya Penglihatan Islam Malaysia adalah projek usahama antara Ensany Global, Yayasan Maghfirah dan PERTIS.

Moga usaha murni dalam memperjuangkan hak pendidikan orang-orang Kurang Upaya Penglihatan di Malaysia akan terus mendapat sokongan pihak korporat dan juga masyarakat umumnya, InsyaAllah.
Untuk maklumat lanjut, layari www.ensany.com
4,200 total views, 6 views today




Alhamdulillah ada yang prihatin…
Alhamdulillah
Bagusnya .. Usaha yang murni untuk bantu golongan OKU
Yup, Alhamdulillah
Alhamdulillah, program yang menjadi lubuk pahala
InsyaAllah
Alhamdulillah. Moga terus mendapat sokongan untuk projek seperti ini. InsyaAllah.
InsyaAllah
Semoga yang menyumbang diberi keampunan, kerahmatan dan sentiasa dilindungi Allah. Kalau tak biasakan diri bersedakah, kadang kala kita lupa ada yang lebih susah.
Saiful recently posted…105 Template Headline PADU. Salin dan Pinda Ikut Keperluan.
Ya betul tu