Salam dears… Bila sesekali terasa nak lepak relaks relaks enjoy makan ngan anak anak, Mama tanya Ayah, kita pi makan steamboat nak tak? Bila Ayah kata ok jer, terus mencari kat mana steamboat sedap di Bangi sebab tak lah jauh sangat dari rumah.
Teringat yang Ben Ashaari pernah cerita blog dia kata Asap Steamboat & Grill dah buka cawangan baru kat Bangi…haaa cantikkk! Terus buat booking untuk kesana.

Asap Steamboat & Grill di Bangi
Asap Steamboat & Grill : Steamboat Sedap di Bangi
Hari Jumaat lepas kitorang dah kesana. Tak susah pun cari tempatnya, waze je ‘Langat Katering’ InsyaAllah sampailah ke restoran Asap Steamboat & Grill di Bangi ni.
Mula mula sampai Mama dah rasa wahhh nice! Mama suka restoran yang luas gini, tak risau sangat bila si kembar nak berjalan kesana kemari. Errr…berjalan ka berlari? Hahaha.

Ruang makan luas & selesa.

Mama cadangkan korang buat laa booking dulu, takut orang ramai meja penuh.
Apa pun yang pasti, Mama rasa selesa kat sana. Kitorang lepak makan kat situ daripada jam 8.30 malam sampai kul 11 lebih gak laa. Memang puas lah makan sampai buncit hehe
Kenapa Mama Suka Asap Steamboat & Grill, Bangi
Selain daripada sebab ianya steamboat sedap di Bangi, Mama suka sangat restoran Asap Steamboat & Grill di Bangi ni sebab:
– Pilihan makanan yang banyak dan sedap! Daging, ayam, ikan, seafood…macam macam ada! Sampai rambang mata lah nak memilih hehe. Paling Mama suka ialah yang diperap perap untuk grill tu, memang dok repeat ambil tu ja. Pergghh marvelous!
– Hidangan sampingan macam aiskrim dan Ais Batu Campur layan diri. Si kembar ulang ambil sampai brapa kali pun tatau lah hehe.
– Free flow air panas dan sejuk, refill lah berapa kali pun takpa.
– Ruang makan yang luas dan selesa. Deko simple tapi cantik! Memang sesuai sangatlah untuk lepak makan makan dengan keluarga atau kawan kawan. Nak dok meeting sembang hal bisnes kat sini pun selesa gak.
– Bersih, pinggan mangkuk semua elok ja masa Mama pergi tu. Staff pun rajin kejap kejap datang kemaskan pinggan mangkuk kat meja.
– Ada tandas dan surau juga. So tak risau nak lepak lama kat situ pun. Nak duduk dari restoran bukak sampai tutup pun boleh hehehe
– Parking luas dan khas untuk restoran Asap ni saja.
– Harga berpatutan dengan pilihan makanan yang ada dan sedap plak tu. Udang, ikan, seafood semua rasa fresh ja masa Mama pergi tu.
Ehhh cerita banyak tak payah, meh nak tayang gambar je lah bagi korang tergoda gak hehehe

Ada daging, ayam, ikan…perapannya memang yummy! Mama paling suka yang daging. Berkali kali ambil.

Diantara pilihan seafood yang ada.

Naik rambang mata oiii, banyak pilhan!

Bincang dulu nak ambil apa hehehe

Sayur sayur dan telur puyuh pun ada.

Si Faris nampak ja jagung ni terus ambik semangkuk, favourite dia.

Ada pilihan air panas dan sejuk, refill lah berapa kali korang nak.

Ada 3 pilihan kuah – tomyam, sup dan kari nyonya. Kitorang pilih sup ja sebab si kembar tak nak pedas.

Antara pilihan menu ala carte.

Pertama kali Mama makan Baby Crab. Rangup krup krap krup krap mengunyah, sedap!

Ini macam perli aii jer ni, masa tengah kebulur cepat ja hangin hahahah

Pakat seronok buat Ais Batu Campur sendiri.

3 mangkuk aii makan aiskrim ni hokey hehe. Yang perisa jagung sedapnya lah

Adoii terasa rasa plak kat tekak ni, sedapnyaaa!

Kawasan parking luas.

Tengah ada promosi ni, baik grab cepat.
Haaa menarik kan, kan? So kalau korang mencari tempat nak lepak santai sambil makan makan steamboat sedap, meh laa datang makan kat restoran Asap Steamboat & Grill di Bangi ni naa. Bagi Mama kat sini memang best dan puas makan..burppp! Hehehe 😉
Maklumat Lanjut Asap Steamboat & Grill Bangi:
Alamat: Jalan Taman Sentosa, Desa Sentosa Fasa 2, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Harga: Dewasa RM42 seorang, kanak-kanak RM21 seorang
Waktu Operasi: 6 petang hingga 12 malam
Facebook: Asap Steamboat & Grill
Instagram: AsapSteamboatGrill
22,310 total views, 1 views today



Syok juga ni. Biasa p yg lagi satu tu apa nama x ingat area PKNS. Lepas ni boleh la try makan sini pulak.
Try laa..kedai ni luas sesuai bawak anak anak
kena cubalah. mcm best
. pergi nak lepakk juga sebenarnyam.relaxxx and chill
Mmg sesuai sini
Aduhh…. Silap langkah laaaa singgah sini. Terliur kita..!! Semua menggoda menyelerakan. Menu macam – maca ada! Harga pun not bad tuu..
Berbaloi makan kat sini Nina
Memang best lepak sini, pilihan makanan banyak sangat. Anak² paling suka yang grill² tu, berapa kali ulang makan. Harus repeat ni!
I pun repeat banyak kali yg grill tu
lama tak makan steamboat..kalau pergi bangi bolehla ke sini..tengok murah..pilihan makanan memang banyak..
Banyak dan sedap, berbaloi
Wahhhhhh. banyak pilihan nak makan.
Sampai rambang matalah memilih hehe
dah try jugak makan kat sini…ai suka satu daging tu…rasa dia pedas2 sikit….makan pulak dengan signatured sos dia nama sos asap…memang terangkat sangat
Daging pedas tu mmg best, i dok ulang tu ja
sedapnya steambot.. pilihan makanan pun byk tu
Yup banyak, puas makan