Salam dears… Kulit korang jenis berminyak atau kombinasi? Ada masalah jerawat? Nak cuba serum berasaskan air yang boleh membantu mengawal minyak berlebihan pada wajah?
Kalau ya, ini lah masanya untuk korang dapatkan Tea Tree Oil-Control Serum Cosmoderm (TTO serum) secara PERCUMA! Sebab Mama nak bagi TTO Serum ni kepada 3 orang pemenang bertuah!
Giveaway Tea Tree Oil-Control Serum Cosmoderm by Mama Kembar Tiga
Jom join GIVEAWAY mudah yang Mama buat di Instagram. Perempuan dan lelaki pun boleh join tau.

Caranya senang ja:
.
✔️ Follow instagram @mamakembartiga
✔️ Like post dan komen “Saya nak TTO Serum ini kerana…” di Instagram Mama di link ni:
✔️ Tag 2 orang kawan korang ajak join juga.
🎁 Tarikh tutup penyertaan ialah pada 21 April 2019
🎁 Tiga (3) orang pemenang bertuah akan dipilih secara rawak.
🎁 Hadiah akan dihantar melalui pos di dalam Malaysia sahaja.
Cosmoderm Tea Tree Oil-Control Serum
Mesti korang nak tau apa itu TTO Serum dan kelebihannya kan?
TTO Serum ni ialah serum dalam bentuk gel berasaskan air yang diformulasi dengan minyak tea tree dan niacinamide untuk mengawal penghasilan minyak berlebihan pada wajah. Sesuai untuk kulit berminyak dan kulit berjerawat.

Kandungan utama:
Vitamin B3 (Niacinamide), Aloe Vera, Chamomile dan Tea Tree Oil.
Kelebihan:
– Membantu mengurangkan jerawat, bintik hitam dan bintik putih
– Membantu membersihkan pori tersumbat
– Membantu mengawal penghasilan minyak berlebihan
– Membantu mengembalikan lembapan semulajadi kulit wajah.
Cara penggunaan:
Selepas membersihkan dan menyegarkan wajah, sapu serum pada keseluruhan wajah dan urut lembut sehingga meresap ke bahagian kulit wajah. Untuk digunakan pada waktu pagi dan malam.
Boleh didapati di:
Watsons, Caring & Aeon Wellness atau website Cosmoderm.
Mama dah lebih seminggu guna TTO Serum ni. Bila sapu dimuka, ianya cepat menyerap dan tak melekit. Ada rasa sejuk sikit dan kulit rasa lembut. Muka rasa tak cepat berminyak, aii like 😍
So kalau korang nak cuba juga, jom lah join Giveaway Mama di yer. GOOD LUCK! 😊
5,233 total views, 2 views today




Good luck kepada semua yg join
Jemput join juga 🙂