Salam dears… Walaupun anak anak dah besar, tapi Mama ni memang ‘pantang’ nampak ada sale ka baby fair ka, mesti nak belek belek gak tengok apa yang ada. Tambahan plak Lazada Big Baby Fair ni, sebab Mama memang suka shopping kat Lazada dan selalu jugalah ‘melawat’ cuti mata hahaha.
Ni bila dah nampak ada diskaun sehingga 80%…haaa apa lagi, kemain excited lah nak cerita kat korang gak. Ye laa..kot korang ada anak kecil lagi kan, mesti suka kalau dapat berjimat bila beli barang keperluan anak anak kan?

Lazada Big Baby Fair July 2018
Lazada Big Baby Fair 2018
Kalau tak silap Mama, setiap tahun memang Lazada akan buat Baby Fair ni. Dan untuk kali ni, Lazada Big Baby Fair akan berlangsung dari 25 hingga 29 Julai 2018. Haaa tinggal 4 hari saja lagi uolls! Baik lah korang cepat cepat tengok apa yang ada. Terutama sekali benda benda yang setiap bulan memang akan beli tu haa. Macam pampers, susu, alang alang kena beli…baik beli masa tengah promosi kan?
Nampak gaya banyak gak jenama terkenal yang turut serta dalam Big Baby Fair ni tau. Diantaranya Drypers, Pet Pet, Mamy Poko, Huggies, Friso Gold, NanKid, Enfagrow A+, PediaSure, Poney dan ehh banyak lagi lah..baik korang pergi tengok sendiri ja naaa




Comel je set ni, kalau ada anak pompuan memang aii beli dah ni hehehe
Selain daripada diskaun hebat, ada gak voucher, Flash Sale, Hot Deals Below RM49 dan jualan Bundle. Pastu kan, ada FREE SHIPPING gak wehh. Haishh memang lagi jimat lah gini, best! Korang pandai pandai laa belek apa yang ada kat Lazada Big Baby Fair tu ye. Sila belek sampai juling mata demi mendapatkan harga yang paling jimat hokey? Hehe.

Big Baby Fair Instagram Photo Contest – Mission Adorable!
Ni lagi satu benda best, ada peraduan gak uols! Hadiah memang menarik – voucher bernilai sehingga RM1,000 untuk barangan ibu dan baby. Haa banyak kan tu? Tema peraduan ni ialah ‘Baby Spy’. Cara nak masuk peraduan ni pun senang jer…
- Pakaikan baby korang dengan pakaian bertemakan ‘spy’ atau agen perisik. Mama ni terus terbayang baby pakai baju suit, topi ngan pegang payung macam dalam cerita The Kingsman, mesti comel kan? hehehe
- Muat naik gambar tu di Instagram korang, jangan lupa pastikan Instagram korang tu setting public tau.
- Cerita lah sikit apa inspirasi disebalik kostum tu dan macam mana reaksi baby korang?
- Pastikan guna hastag #LazadaBabySpy

Maklumat lanjut pasal peraduan ni boleh tengok di link ni: https://www.instagram.com/p/BlcvA4Ph06l/
Tapi peraduan ni sampai 26 Julai saja tau dan pemenang akan diumumkan pada 28 Julai. Maknanya, hari ni hari terakhir lah untuk sertai peraduan ni! So cepat cepat laa pergi cari baju yang sesuai dengan tema spy bagi anak anak korang pakai. Dah…dah…pergi ambil gambar cepat! hehehe
Membeli Dengan Bijak…
Hmm teringat masa si kembar ni kecil dulu, Mama memang sentiasa mencari kat mana ada promosi, kat mana murah. Dapat gaji ja, terus plan apa perlu dibeli terutama sekali susu, pampers dan makanan bayi. Pastu baju baju pun selalu gak tengok, kalau ada diskaun jaa cepat cepat grab.

Zaman Mama memborong pampers hehe. Masa tu asal ada murah je beli banyak banyak sebab nak jimat kan…
Maklumlah, anak ramai…beli masa diskaun kaw kaw dapat jimat banyak oiii. Barulah terasa seperti pembeli yang bijak kan, kan? Kalau korang pun macam Mama, baik lah korang pergi jenguk tengok apa ada kat Lazada Big Baby Fair tu. Happy shopping dan selamat berjimat uolls 😉
2,848 total views, 1 views today






comey gila kemboooooooooo
Like the mother lah hahaha
aduiiii rambang mata sudaaaa dok shopping barang humaira huhuu
Untung laa Humaira hehe
waaahh! bestnya .. sesuai lah untuk orang yang ada baby macam saya ni.. hihi
Haa betul, boleh jimat
Baca entry lazada, tapi mata tertarik dengan si kembar tu hhihi..seronokkkk
Hehhee masa diorang kecil memang sakan membeli bila ada sales
Peluang bagus ni untuk shopping
Happy shopping! Hehe
Ai pun pantang tengok baby sales ni, terus gatai tangan nak membeli!
Siap laa shopping sakan laa nanti tu haha
huaa..tengah cari pampers anak ni..harini last kan..
Cepat cepat shopping, sempat lagi ni.