Salam dears… Selalu dok tengok kawan kawan post gambar dan bercerita tentang pengalaman diorang, sampaikan Mama tertanya tanya juga…Bangi Wonderland best ke tak? Ishh mana boleh tahan, opkos laa kena pergi dan merasainya sendiri kan?
Lagipun bukannya jauh sangat dari rumah kitorang ni haa, dalam 40 minit drive dah sampai. Nak ke sana pun tak susah, Waze je Bangi Wonderland konpem jumpa punya lah.
Ehh kalau nak pergi naik tren KTM komuter pun boleh gak, turun kat stesen KTM Bangi pastu ambil Grab ke Bangi Wonderland. Tak jauh rasanya, sebab dari dalam waterpark tu Mama boleh nampak tren lalu kat sebelah.

Jom mandi manda di Bangi Wonderland Themepark & Resort, yahooo!
Pergi Awal Pagi…
Kitorang punya lah semangat, pukul 9.40 pagi dah terpacak kat depan pintu Bangi Wonderland tu. Parking banyak kosong. Kaunter tiket pun tak buka lagi masa tu hehehe

Kaunter tiket di Bangi Wonderland.
Bila gate dibuka, kitorang antara yang terawal masuk kesitu. Masa tu orang tak ramai lagi, terasa seperti satu Bangi Wonderland itu aku yang punya hahaha.
So…kalau korang nak pergi, Mama nasihatkan pergi lah awal pagi gitu. Cuaca pun tak lah panas sangat lagi kan masa tu.
Bila dah tengah hari sikit tu memang panas terik lah ye. Dah namanya pun outdoor waterpark, ruang terbuka jadi memang tak leh nak lari laa dari sinaran matahari.

Kawasan terbuka gini, memang kena siap sedia lah nak hadap terik matahari yer.
Jadi jangan lupa bawa dan pakai sunblock tau. Kitorang awal awal dah tepek BB Cream Cosmoderm nak bagi kurang hitam hahaha
Bangi Wonderland Best Ke?
Kitorang habiskan masa hampir 7 jam kat sana hokeyyy. So…kalau dah duduk dalam tu sampai macam tak nak balik, korang rasa Bangi Wonderland best ke tidak? Haaa tentulah best! Kan, kan, kan? Hehe.
Lagipun ada macam macam permainan atau rides di Bangi Wonderland ni. Ada yang sekali naik tak puas tau, mesti nak ulang ulang naik tu yang jadi berjam jam pun tak terasa tu.

Tengok peta dan rancang apa nak main dulu.
14 Tarikan di Bangi Wonderland Themepark:
- Anaconda Trail
- Body Slide
- Boomeriang
- Green Pearl
- Insane Racer
- Pirate-themed Kid’s Adventure
- Magic Funnel
- Meander River
- Pirates Bay
- Pirates Spa
- Spiralax
- The Fall
- Water Cannon
- Wonder Loop
Haaa banyak kan? Tapi ada yang kitorang tak naik pun, sebab masa tu tak sewa tube dan ada rides yang nak naik mesti ada tube. Lain kali pergi dah tau lah, masuk je pergi sewa tube dulu hokey? Tak mahal pun, RM14 ja satu tube.
Ehh meh laa nak tayang gambar kitorang berjoli katak menikmati pelbagai tarikan yang ada di Bangi Wonderland ni. Paling banyak kitorang habiskan masa kat…
Pirate-themed Kid’s Adventure

Mula mula sekali kitorang terjah sini, jadi Pirate jap hehehe

Air cetek jer, sesuai untuk kanak kanak.

Pakat dok tunggu kena simbah ngan air baldi gergasi ni, syiok wooo

Ntah berapa kali si kembar ni dok ulang naik slides kat sini.
Pirates Bay

Pirates Bay ni ada ‘wave pool’ ikut masa masa tertentu. Bila dengar bunyi macam siren ja cepat cepat laa pergi situ naa

Pakat bergayut kat Ayah bila berombak hehehe

Tube tu si Hannah anak Shehan yang punya, kembar ni selamba je ‘ambil alih’ huhu. Nasib baik lah Hannah ok je nak kongsi. Terima kasih Hannah!
Insane Racer

Perut buncit? Don’t care hahaha

Paling kiri ialah The Fall, tengah tu Anaconda Trail dan kanan ialah Insane Racer.

Ini budak kan, dia sudah naik tangga sampai atas kat The Fall tu tapi tak jadi sebab tinggi sangat katanya! Penakut macam Mama juga rupanya hahaha

Mari berlumba!

Empat kali diorang ulang naik Insane Racer ni tau, empat kali! Berhenti pun sebab Mama ajak pergi main benda lain plak.
Human Water Cannon

Human Water Cannon ni yang pertama di Malaysia tau, korang mesti cuba! Mama? Aii is penakut hahahaha

Dalam tembakan air tu ada orang, nampak tak? Kuat wehh! Mau kecut perut agaknya kalau Mama dalam tu hahaha
Kemudahan Lain di Bangi Wonderland
Nak habiskan seharian dalam Bangi Wonderland ni pun tak risau, sebab ada pelbagai kemudahan yang disediakan kat dalam tu.

Diantara kemudahan yang ada di Bangi Wonderland.
Surau, tandas, bilik persalinan, baby room tu opkos lah mesti ada. Bersih dan selesa. Selain daripada tu, banyak lagi kemudahan yang pastinya memudahkan para pengunjung.

Salah satu bilik persalinan (changing room) yang ada, luas dan bersih.
Locker untuk simpan barang pun ada. Harga daripada RM10 ke RM28, bergantung kepada saiz locker. Ohh ya kena bayar deposit RM10 gak tau. Jadi lepas dan ambil barang, jangan lupa pulangkan ‘gelang’ kunci locker untuk dapatkan balik duit deposit tu.

Locker ada banyak
Sewa Tube harga RM14 satu tube + deposit RM10. Mama cadangkan sewa lah paling kurang 1, sebab ada rides yang nak naik mesti guna tube.
Kafe. Makanan dan minuman dari luar tak dibenarkan tau. Dah main air tu konpem lapar nanti jadi bawa duit siap siap kang kebulur plak kang. Harga makanan standard lah untuk taman tema gini.
Tempat rehat berbumbung ada banyak gak. Kalau nak sewa Cabana pun boleh, harganya RM75 satu Cabana kalau tak silap Mama.

Ada banyak gak tempat berbumbung gini untuk duduk rehat.

Cabana untuk disewa, kalau letih boleh laa baring golek golek jap kan.
Medic Room dan kaunter perubatan disediakan kat sini tau. Walaupun ciri ciri keselamatan dipentingkan, tapi biasalah tempat gini ada je kemungkinan terjadi kecederaan. Jadi bila ada kemudahan perubatan dan first aid dalam kawasan park ni juga, kurang sikit kerisauan kan?

Bagus ada tikar gini, selamat sikit tak lah licin bila berjalan basah basah tu.
Tempat letak kereta (parking) bertutup ada 3 tingkat. Harga RM6 sekali masuk. Pergi awal lah ye untuk senang dapat parking.
Harga Tiket Masuk Bangi Wonderland Themepark & Resort
Harga tiket Bangi Wonderland ni bagi Mama memang berbaloi lah. Sesekali nak enjoy gini, apa salahnya kan? Tambah plak bila ada harga promosi di Bangi Wonderland ni lagi best!
Harga biasa tiket Bangi Wonderland:
Warganegara:
Dewasa – RM55
Kanak-Kanak – RM45 (tinggi bawah 130 cm)
Warga Emas & OKU – RM28
Bayi & Kanak-Kanak tinggi bawah 90cm – Percuma
Bukan Warganegara:
Dewasa – RM66
Kanak-Kanak – RM56 (tinggi bawah 130 cm)
Warga Emas & OKU – RM33
Bayi & Kanak-Kanak tinggi bawah 90cm – Percuma
Haaa ni bulan Julai ni tengah ada harga tiket promosi di Bangi Wonderland, baik korang grab cepat.

Harga promosi Bangi Wonderland
Jadi Mama nasihatkan korang, rajin rajin laa check Facebook dan Instagram Bangi Wonderland untuk tahu bila ada promosi okay?
Bangi Wonderland Best!
Secara keseluruhannya, setelah habiskan hampir 7 jam kat dalam tu, Mama puas hati dan rasa berbaloi sangat bawa si kembar ke sana. Bagi Mama, Bangi Wonderland memang best!
Hmm kumpul duit dan sekali sekala bawa anak anak kesana apa salahnya kan? Senyuman dan gelak tawa anak anak…uishh memang sangat priceless!
Ehh yang belum kahwin ka belum ada anak pun mesti enjoy punyalah pergi Bangi Wonderland ni. Habiskan masa berkualiti dengan keluarga atau kawan kawan, syiokkk wooo 😉

Bangi Wonderland best! Enjoy every moment 😊
Maklumat lanjut:
Website: Bangi Wonderland Themepark & Resort
Facebook: Bangi Wonderland Themepark & Resort
Instagram: OfficalBangiWonderland
Waktu operasi Bangi Wonderland:
Isnin, Rabu, Khamis & Jumaat: 11.00 pagi – 6.00 petang
Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum: 10.00 pagi – 6.00 petang
Tutup setiap hari Selasa kecuali semasa Cuti Sekolah dan Cuti Umum
23,033 total views, 1 views today
Best sangat. Anak2 suka main ombak tu, abes hitam muka berjemur kat situ. Nak datang lagi lain kali
Sama laa si kembar ni, tengah panas pun sanggup sbb best
wow best … ada rezeki sal nak ajak anak2 ke sana …
Bawa laa Sal, mesti heroes you enjoy
Giler tak best?! Best sangat .. Nina pun dah pi last year. Mak nya tak main sangat tapi masyaAllah…. Seronok bahagia tengok anak-anak happy! ♥
Tak yah pi jauh² pun nak buat depa gembira kannn…
Betul, tgk anak anak happy dah cukup dah
Anak ai 8 kali naik Insane Race tu, hehehee!
Uishh lagi sakan tu! Haha
huhu, rindu nak gi Bangi Wonderland, best wooo!! IQ pernah try The Fall tu, seraammm, sebab memang curam habis!!
Beraninya IQ, aii tamau naik takuttt hehehe
Cabana tu mcm baru jer letak. Sblm
Ni tak ada
Ohh ya ka. Tapi baguih ada, memudahkan
geram jer tengok pirate theme kid tu.syok tu kena simbah baldi gergasi.
Si kembaq ni banyak kali dok tunggu kat bawah baldi tu haha
best ker tak ? mestilah best…….tapi bangi wonderland memang best…berbaloi dengan harganya
Betul betul, tak rugi pi
Memang best Bangi Wonderland ni..Bila dah kat dalam tu rasa macam tak nak keluar..
Kan…rasa nak dok jaa lama lama
Water cannon tu, first time ai cuba terus menyesal taknak lagi.
Huh ya ka? Aii tak berani hahaha
best kan datang sini. rasa nak datang lagi kat sini sebab hari tu tak puas
Yup kena pergi lagi ni
best giler..sampai taknak balik oii kalau boleh..mandi dari pagi sampai petang..hahaha..syok sangat..
Tu la kannn hehe
Pemakaian pakaian mandi x semestinya pakaian khas kan….? Saya cukup risau tentang baju mandi…hahaha
Masa I pi tu pakaian biasa pun boleh, tapi jeans tak boleh. Dan apa apa yang ada zip, takut tersangkut kat rides kot.