Salam dears… Hari Jumaat lepas, balik kerja ja si kembar dengan terujanya bagitau diorang dapat result periksa yang bagus, skor A & B subjek Jawi dan Sejarah. Wahhh tahniah, tahniah!
Boleh dapat hadiah tak Mama?
Alamak…hadiah apa, mahal kang *nervous dah dok kira kali tiga huhu*.
Kita nak makanan sedap boleh?
Haaa ok…nak makan apa?
Kita nak makan kat MyTown!
Hmm..ok lah, jom ke MyTown. Kat situ banyak kedai makan, sampai sana kang ada ler tu apa apa yang diorang nak tu.
Lepas berbuka puasa, si kembar kata nak makan something nice and sweet. Haaa..nak Churros! Diorang memang suka churros. Nasib baik kat MyTown tu ada Street Churros.

Nak yang ni!
Pergi sana tengok ada promosi set Ramadhan Combos. Cantik! Disebabkan kitorang berlima, ambil set yang paling besar, set Rahmat Combo. Ada 2 bekas Stick Churros, 2 minuman dan 1 Churro Fries.

Cukup laa share share makan 5 beranak hehe
Punya lah suka, berebut rebut si kembar ni pulun makan. Mama sempat makan satu je Stick Churros tu dan sikit Churro Fries, yang lain semua si kembar ngan Ayah ni bedal. Nasib baik aii tak nangis ala ala batu belah batu bertangkup tau hehehe

Makan makan…Mama ambil gambar je lebih. Macam biasa lah haha
Hmm takpa lah, mak mak memang selalu gini kan, biar tak rasa pun takpa…asalkan anak anak dapat makan dengan puas. Betul tak?
Lepas dah puas makan Churros, dok jalan jalan tu nampak plak kedai Cornery The Popcorn Gallery. Ada promosi jugak. Menyinggah laa kat situ pulak hehe.

Pakat pulun rasa dulu sebelum decide nak yang mana.
Kat situ boleh free tasting. Bila dah rasa itu ini dan konpius sebab semua sedap, makanya Mama ambil yang set Joyful Box. Ada 6 bekas Grab packs, so boleh ambil 6 perisa.

Sedap oiii

Hambik sekotak besar tu haaa
Si kembar pilih perisa Chocolate, Butterscotch, Caramel, White Cheese, Seaweed dan Kimchi. Rare juga kan perisa yang ada. Tapi semua sedap!
Lepas popcorn, Ayah plak tanya…kat Family Mart ada apa? Ada aiskrim! Pantas je si kembar ni jawab hehe. Dah…pakat bantai aiskrim sorang satu pulak. Perghhh sakan betul makan malam tu.
Dah dah sebelum macam macam lagi yang diminta, cepat cepat Mama ajak balik. Risau poket berlubang ja hahahaha.

My cheeky boys. Penyeri hidup ku 😊
Apa apa pun, puas hati sekali sekala dapat gembirakan anak anak. Diorang punya senyum tu, penawar segala duka lara, kan, kan? Syukur Alhamdulillah 😊
6,701 total views, 2 views today


Hehehe. Besar besar dah semuaaa.
Dah darjah 4 dah
Alhamdulillah. terbaek.. comel je kembar 3 ni 🙂
Terima kasih 😊