Salam dears… LEGOLAND, siapa ja yang tak rasa teruja bila diberitahu nak ke Legoland kan? Macam tu juga laa Mama ni haa. Sebaik saja dapat tahu yang Hari Keluarga KBBA9 tahun ni akan diadakan di Legoland Johor, terus joget joget angkat tangan “nak ikut! nak ikut!”. Siap cakap kat Ayah, “saya tak peduli, tolak tepi semua program lain, saya nak pi Legoland jugak jugak!”. Haa nasib lah Ayah, pasrah je lah yer hehe.
Sebenarnya kitorang dah pernah pergi dah tahun 2014 dulu. Masa tu ada promosi diskaun voucher bila beli biskut Oreo kalau tak silap. Si kembar baru umur 6 tahun masa tu. Tapi sampai sekarang diorang ingat betapa seronoknya naik roller coaster di Legoland.

Kali pertama ke Legoland, tahun 2014.
Dan memang selalu lah diorang dok sebut nak pergi lagi. Tambah plak, sekarang ni dah ada macam macam rides dan tarikan baru kat Legoland. Meh laa Mama nak cerita sikit pasal trip kitorang ke Legoland baru baru ni…
Hari Keluarga KBBA9 di Legoland, Johor
Hari Keluarga KBBA9 kali ni disertai oleh seramai 24 blogger bersama keluarga masing masing. Seawal jam 10.30 pagi kitorang dah berkumpul kat depan pintu masuk Legoland. Bayangkan lah, bila ramai ramai tu memang meriah dah havoc lah kat situ. Macam macam kerenah ada.
Dengan nak agihkan tiketnya, berborak beramah mesra, bergambar dan itu ini, dekat pukul 12 juga laa baru masuk ke Legoland. Budak budak ngan mak pak budak semua pakat tak sabar nak enjoy! Seronok tengok keterujaan masing masing masa tu tau.
Ohh yaa…Hari Keluarga KBBA9 kali ni berkonsepkan ‘Free & Easy’ dan masing masing bebas untuk explore sendiri kat dalam tu. Makanya silalah main sampai lembik lutut pun sukati lah hehehehe

Gambar keluarga itu wajib 😉 Shehan ja tak dak dalam ni, dia terlambat sebab silap tempat parking, rugi rugi hehe
Apa Yang Menarik di Legoland?
Banyak! Kalau Mama nak cerita semuanya dalam blog, sampai esok lusa pun belum tentu habis kot. So meh laa aii tepek gambar sikit sikit apa yang kitorang sempat main kat sana especially dua tarikan terbaharu di Legoland yang kalau pergi tapi tak cuba main, memang rugi!

Macam macam ada! Mama cadangkan korang ambil peta Legoland dan rancang kemana nak pergi dulu sebab dalam ni luas.
The Great LEGO Race VR Coaster
Roller coaster ‘The Great LEGO Race’ ni menggantikan Project X yang ada masa Mama pergi dulu. Tapi kali ni ia tampil dengan sesuatu yang baru iaitu naik roller coaster sambil pakai alat VR (Virtual Reality). Haa pakai spek VR dan berlumba dalam ‘The Great LEGO Race’. Terasa macam masuk dalam dunia LEGO aii tell u.

The Great LEGO Race VR Coaster

Ukur tinggi dulu sebelum masuk tau.
Mama mulanya tak mau naik roaller coaster ni sebab aii is penakut! Tapi…Mama kena ‘trick’ ngan Ayah. Dia suruh ikut berbaris sekali, “awak mesti nak ambik gambar” katanya. So Mama pun ikut lah. Tup tup bila sampai kat barisan depan tu dia kata “Fahmi Fauzi naik ngan Ayah, Faris naik ngan Mama”.
Apa?? Terkebil kebil Mama masa tu, aku nak kena naik ka? Pastu staff yang jaga kat situ pun kata “akak dah sampai sini, akak naik je lah kak. Beg akak pergi letak kat sana”. Dengan Faris pun dok tarik tarik tangan ajak masuk ‘kereta’ tu, maka terpaksa lah Mama naik juga huwaaa.

Pakai alat VR tu, pastikan ketat elok takut tercabut kang.
Masa naik tu kan, sebaik saja pakai alat VR tu si Faris ni boleh pi bantai menangis! Belum start dah nangis apa kes? Sebabnya “Mama…Mama mana? Faris tak nampak Mama! Huwaa…huwaaa”. Laaa…dah ko pakai VR, memang laa ko tak nampak Mama dah anak oiii hahaha haru!!
Sepanjang naik VR Coaster tu Mama kena pegang si Faris supaya dia tak nangis, dia nak ada rasa Mama kat sebelah. Padahal Mama sendiri pun penakut, dok “SubhanAllah…subhanAllah” sepanjang jalan hahaha. Ada 15 kona twist & turns plak tu tau, bukan sikit wehhh. Sekali belasah kona lipat, bergegar satu badan dan nak luruh jantung rasa!
Pastu…pastu…ada satu part tu tiba tiba trek tak ada, hilang! Walaupun tahu itu hanya VR, tapi tetap panik gak hoii! Mana pergi trek? Aku nak menjunam ke mana ni? Rasa melayang diawang awangan, perghhh berderau darah! Tak tau lah macam mana anak anak Kak Long tu haa boleh ulang naik sampai 4 kali, Mama sekali pun dah insoff hahaha

Faris kata best! Walaupun mula mula nangis, tapi pastu dia ajak naik lagi sekali tau.
Bila roller coaster tu berenti ja, Mama dah tak sabar sabar nak turun. Tapi si kembar ni boleh plak ajak repeat lagi. Huhh? Nehi nehi, aii takuttt hahaha. Mama pujuk diorang ajak pergi main benda lain dulu, kang nak balik baru repeat.
Diorang ingat oii, masa dah petang nak balik tu diorang ajak pergi lagi ke VR Coaster ni. Tapi masa tu cuaca nak hujan, ada kilat. Jadi tak boleh naik dah roller coaster tu. Kecewa si kembar ni. Mama plak fuhh selamat aku! hahahaha

Lain kali kita naik lagi VR Coaster ni yer anak anak…
LEGO NINJAGO The Ride
Ok dah settle ‘mencabar’ diri sendiri di VR Coaster, kitorang gerak ke ‘LEGO NINJAGO The Ride’ plak. Si kembar ni memang peminat Ninjago, so teruja yang amat lah budak budak ni dapat tengok watak watak Ninjago favourite diorang tu.

Jom test skill Ninja kat sini plak hehe
‘LEGO NINJAGO The Ride’ ni adalah 4D ride yang mana kita akan rasa seolah olah sedang bertarung sebagai seorang ninja untuk mengalahkan musuh dan bala tentera the Great Devourer macam snake tribe dan skeleton semua ada!
Mama mula mula tu blur, apa aku nak kena buat ni? Macam mana nak lawan? Tapi tengok si Faris, sebaik saja ride tu bergerak dia terus tahu apa nak buat, dok ‘hiyahhh…hiyahhh!” gerakkan tangan ke kiri ke kanan persis seorang ninja sedang berlawan.
Ohhh rupa rupanya, ride ni adalah game dan ada sensor yang dapat detect pergerakan tangan kita. Dan akan keluar lah kuasa api, kuasa air bagai kat skrin tu haa. Yang best nya, siap ada rasa panas, sejuk dan angin kat dalam tu. Masa kat skrin ada gambar api, tiba tiba ada rasa bahang panas menerpa muka, macam real ada api ja wehhh. Best!

Kena pakai spek mata 3D kat dalam Ninjago The Ride ni.

Let’s ride!

Markah terpampang kat skrin besar. Bangga si Fauzi markah dia paling tinggi.

Geng Ninja…heeyahhh!
Belajar Sambil Bermain di LEGO Academy
Ini lagi satu tempat yang si kembar excited giler dapat cuba, sebab diorang dapat join kelas robotik dan belajar membina robot. Mama tak pasti sangat macam mana bina robot tu, sebab masa si kembar kat dalam kelas Mama dok melepak kat kafe kat depan The Academy ja dengan Nina ngan Salina. Anak anak syok main, mak mak syok berberborak hehehe
Lama gak si kembar kat dalam tu, dalam 30 minit kot. Bila diorang keluar ja pakat teruja bercerita kat Mama yang diorang menang game bina robot ka apa ntah. Pastu kemain bangga tunjuk sijil masing masing hehe

The LEGO Academy

Kusyuk masing masing.

Yayyy dapat sijil!
Apa Lagi Yang Best di Legoland Tu?
Hmm apa lagi yang best? Banyak sangat kalau nak cerita satu satu, sebab semua best! So ni Mama tepek gambar sikit sikit je lah bagi korang tengok naa…

Si kembar suka sangat roller coaster kat Dragon’s Apprentice ni. Diorang ulang naik sampai 4 ka 5 kali ntah. Mama naik sekali ja pastu terus melarikan diri tunggu kat bawah *penakut*.

Amboi happynya…


Wave Racer ni pun diorang pakat ulang naik. Ngan Ayah pun join sekaki haha

Macam cawan berpusing pusing, 3 kali si kembar ulang naik ni. Mama duduk ambil gambar jer, tak naik sebab takut pening kang naya.

Ni dalam panggung The LEGO Movie 4D, memang best! Siap basah basah kena ‘hujan’ dan merasa lah ‘salji’ berguguran.

Miniland: Asia in LEGO Bricks. Kagum sangat tengok semua bangunan mini yang ada kat sini. Mama dok fikir…berapa lama lah masa diorang ambil untuk siapkan semua ni? Sabar sungguh orang yang buat tu.

Observation Tower

Boleh nampak seluruh LEGOLAND dari Observation Tower ni.

Sempat lagi tu nak cuba main air kat situ haha

Nak beli LEGO? Haaa konpem rambang mata kat sini.
Promosi Annual Pass Legoland – Beli Tiket Setahun Pada Harga Tiket Sehari, Woww!
Sehari ja dalam Legoland memang rasa tak puas. Bila dah pergi sekali, korang akan enjoy giler sampai rasa nak pergi lagi dan lagi dan lagi! Macam Mama hari tu, terus rasa menyesal kenapa laa aku tak bawa duit lebih, kalau tak boleh beli Annual Pass. Dah laa tengah ada promosi ‘kaw kaw’ punya ni wehhh.
Tiket Annual Pass sekarang dijual pada harga tiket sehari iaitu RM199 saja uolss! Bayangkan, beli Annual Pass ni dah boleh ulang alik keluar masuk Legoland selama setahun tanpa had, woww! Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi pasal promosi Annual Pass ni, boleh tengok kat website Legoland yer.




Siapakah bakal pemilik kereta ini?
Hmm ada orang kata mahal lah tiket Legoland tu. Kalau ditengok pada angka ringgit semata mata, yaa harga tiket Legoland tak murah. Tapi percayalah…setiap sen tu berbaloi! Tambah plak bila beli Annual Pass masa promosi ni, memang tak kan menyesal punya lah.
Serius, bila korang dah masuk dalam Legoland tu, korang akan faham kenapa harganya begitu. Well, ingat senang ka nak maintain tempat macam tu? Ada banyak tarikan permainan dan rides dalam tu yang elok terjaga dan tahap keselamatan dipentingkan. Persekitaran semua bersih ja. Memang ‘top notch’ lah omputih kata.

Signage depan pintu tandas pun dah comel wehh.
Setiap sudut nampak cantik elok, waima masuk tandas pun aii terasa “wahhhh cantiknya…bersihnya”. Silap laa masa masuk tandas tu Mama tak bawa handphone. Kalau tak, konpem aii berselfie sedas dua kat dalam tu hahaha
Nak Makan Apa di Legoland?
Ehh ni nak bagitau, bab makan minum ada banyak gak pilihan kat dalam tu. Cuma kena siapkan duit saja. Ohh yaa, tak boleh bawa makanan dan minuman dari luar tau, kena beli kat dalam tu jer. So better korang bawa duit lebih sikit untuk makan minum ni.
Maklumlah kat dalam tu panas, pastu penat berjalan sebab kawasan luas..konpem akan haus punyalah. Macam si kembar ni, kejap kejap minta air nak minum. Nasib baik Mama Ayah dah memang standby bawa duit untuk beli makan minum. Air mineral pun dah RM3 sebotol. Biasa lah, standard harga kat taman tema gitu, korang sendiri sedia maklum lah kan?

Market Restaurant di Legoland
Kat dalam tu ada beberapa kafe dan restoran, ada yang terbuka (open concept) dan ada yang bertutup yakni tempat makan dalam bangunan, bertutup dan ada aircond. Kitorang makan kat Market Restaurant, sebab nak duduk dalam sejuk aircond.

Luas dan selesa. Tambah syiok sebab ada aircond, sejuk nyaman ja.

Nasi Beriyani ni sedap! Mama ambil set Kids Meal ja, harga RM20 dan portion besar gak. Cukup kenyang lah makan ni.

Ni set yang si kembar pilih. Diorang nak ni sebab ada aiskrim juga.
Legoland…Tunggu Kami Datang Lagi!
Melihat senyuman anak anak, betapa terujanya diorang dapat main macam macam permainan yang best….haishh tak tahu macam mana nak zahirkan perasaan tu. Seribu satu rasa – nak senyum, nak nangis…yang pasti, bahagianya laa haii bila dapat menggembirakan anak anak. Priceless!

We love LEGOLAND! hehe
Serius, Mama dah berkira kira nak pergi lagi. Kalau menabung sehari RM5, InsyaAllah tahun depan boleh laa repeat Legoland kan, kan? Jom…kita pakat pakat pi Legoland jom! 😉
Maklumat Lanjut:
Website: www.Legoland.com.my
Facebook: LEGOLAND Malaysia
Instagram: @LegolandMalaysia
10,615 total views, 1 views today




Tiket mmg mahal tp kalau beli annual pass ni mmg berbaloi.. Boleh ulang2 dtg main sbb kalau sehari x ckup nak main smua..
Yup betoi, Annual Pass tu berbaloi sangat
Anak2 seronok layan semua yang diaorang suka kat dlm tu..mak pak pon seronok sama.. mmg enjoy laa pegi legoland..
Betoi betoi, satu family enjoy sakan
Serius seronok giler..!! Tengok anak-anak gembira, aduyai…. Hati ni berbunga-bunga kembang mekar.
Jom menabung sesama… Tahun depan kita pi sesama eh.
Jom jom, semangat ni nak menabung hehe
oooo part yg track hilang tu yang asben k.azni ckp semua retak and pecah tu.. hahah nasib baik tak naik..
Panik oiii time tu hahaha
Bestnya! Saya teringin sangat nak bawa anak-anak tapi si kecik baru 2 tahun, takut banyak ride tak dapat naik. Dah besar sikit dan ada rezeki lebih memang niat nak bawa diorang pergi. Terima kasih untuk infonya!
Yup tunggu besar lebih kurang umur si kembar ni InsyaAllah semua rides boleh main, berbaloi!
seronoknya ke legoland bawa anak2 kan..tak de peluang lagi nak ke sana sbb jauhh huhu
Nnt plan laa trip ke sana, best
bestnyaaaa. budak2 suka kan
Mak pak budak pun suka gak hehe
Waahhhh bestnya, kalau ai ulang 2-3 kali gak naik VR Coaster tu. Ai tgh menabung ni nak bawak anak² ke sini, dah lama depa dok ajak pergi.
Bagus bagus, mesti enjoy depa bila pi nanti
walaupun dah dok johor nih, tak pernah lagi pi sana.
tunggu masa yang sesuai dulu la jawabnya.
Pi laa, at least merasa sekali masuk pun ok dah
Saya teringin sangat nak pergi , tapi saya tak mampu . Setelah saya melihat saya hanya dapat berangan angan sahaja . Saya teringan sangat …
Kalaulah saya dapat pergi … saya gembira sangat
Saya hanya dapt melihat keseronok sahaja…..
Moga suatu hari nanti ada rezeki u untuk dapat pergi ke Legoland, Aamiin