Salam dears…. Uishh Mama pun sama naik excited ni! Sebab bukan selalu nak dapat peluang bawa anak anak naik tren ERL KLIA Transit dan KLIA Ekspres ni oiii. Kalau tak dak hal nak ke airport, kemungkinan untuk saja saja bawa si kembar ke KLIA atau KLIA2 tu memang tipis lah hehehe. Tapi ni bila boleh naik KLIA Transit dan KLIA Ekspres percuma ni, ehh tiba tiba rasa macam nak bawa anak anak ke airport la plak masa cuti sekolah ni.

Bawa anak anak naik tren KLIA Transit dan KLIA Ekspres percuma hujung minggu ni jom, pada 17 & 18 Mac 2018
Asalkan ada seorang anak berumur 12 tahun dan kebawah, satu famili boleh naik tren tu secara percuma, untung ni! Tapi famili tu maksudnya mak bapak dan adik beradik je la yer, bukan atuk nenek sepupu sepapat semua tau. Kang pakat usung sekampung plak naya kang hehehe
Hmm walaupun bukannya nak naik kapal terbang pun. Saja saja ambil feel, dapat tengok kapal terbang berlepas dan mendarat pun jadi lah.. Lagipun kat airport tu ada macam macam kedai. Nak lepak makan makan ka nak shopping ka nak cuci mata tengok tengok saja pun boleh.
Ehh asalkan dapat keluar jalan jalan, mesti anak anak suka punya lah ni kan, kan?
Nak tahu lebih lanjut korang pergi tengok sendiri lah kat Facebook dan Website ERL yer…
Facebook: KLIA Ekspres
Website: KLIA Ekspres
8,087 total views, 2 views today






Nak cakap dengan husband, Sabtu ni nak bawak anak² jalan. TQ Nani!
Sila sila bawak, best oii leh naik free satu family hehe
bestnyerrrrrrrrrrrrrr…seronok ler budak2 tu nnt mama bawak jenjalan nek erl..hehehe
Kannn… hehehe
Menarik ni… Thanks info Nani. Boleh laaa weekend ni bawak Anak² jengjalan kotaraya. Hehe
Sila sila 🙂
thanks mama ..