Salam dears… Semalam ada majlis jamuan sempena sambutan hari jadi bapa saudara Mama. Alang alang dah dekat dan tak dak hal lain, kitorang pun pergi lah. Sepanjang perjalanan pergi tu Mama dah ‘berzikir’ berulang kali kat si kembar ni – ambil makanan dan duduk makan elok elok, jangan buat perangai, jangan buat gedik, jangan lari sana sini dan bla bla bla banyak lagi lah pesanan penaja macam biasa. Sampai kan rasa macam nak rekod ja, lain kali pergi mana mana, boleh playback je bagi diorang dengar hehehe
Tapi kan…macam biasa juga lah, bila dah sampai tu…semua pesanan penaja tu sia sia saja! Dapat laa kot beberapa minit perangai elok, lepas tu…hmm kalut dahhh. Orang dok makan, si kembar ni sibuk main bola. Risau je Mama kot tertendang kena orang tengah dok makan. Atau terkena makanan atas meja, haru nanti oiii!
Jadi Mama pergi tegur suruh duduk. Ikut laa sekejap, pastu…ehh hilang pergi main kat dalam rumah pulak! Makanan yang dah diambil, tak habis makan dan tinggal je atas meja. Tak nak membazir makanan punya pasal, Mama lah makan kasi licin. Haaa macam mana lah aii tak debab kan, asyik habiskan makanan anak anak jer kerjanya *alasan!* hahaha. Alaa kasi can laa nak guna alasan tu hahaha 😉
Ehh sambung cerita…masa acara potong kek plak kan, si kembar ni dengan tak segan silu pergi paling depan, paling dekat dengan kek. Pastu…bila nyanyi lagu ‘happy birthday’ plak dah laa suara diorang paling kuat, si Fauzi dengan penuh konfidennya menyanyi dengan suara ala ala soprano! Korang tau tak camna soprano? Alaa kalau tak tau cari kat YouTube ja lah hehe
Kalau sedap sopranonya takpa juga, ini memang kelaut lah…jenis nyanyi perasan je lebih! Dah laa dia jerit sekuat hati macam nak terkeluar anak tekak plak tu huhuhu. Walaupun semua orang gelak, tapi sebenarnya Mama segan gak laa. Nak buat apa lagi, Mama melawak je lah kata “sapa nak bagi meriah majlis, panggil ja pom pom boys aii ni, konpem havoc!” hehehe.
Nasib baik lah majlis family yang rapat ja, semua dah kenal sangat dah perangai si kembar ni. Pakat gelak je lah, jadi meriah gak majlis hehe. Tapi…kalau dibantainya nyanyi macam tu kat majlis orang yang kita tak rapat, mesti ada yang mengutuk “ishh anak sapa laa tu? Mak pak dia tak ajar adab majlis ka?”. Haaa tak mustahil kan, akan ada yang tak suka kan?

Si kembar tiga yang sentiasa memeriahkan hidup Mama 🙂
Hmm tu pasal lah, masa si kembar ni kecil dulu, Mama Ayah jarang bawa diorang ke majlis atau rumah terbuka, risau wehh kot diorang buat perangai yang tak termampu kita nak kawal. Ye lah ada tiga orang kan, dok jaga sorang, lagi dua buat hal. Dok kepung dua, lagi sorang sempat plak pergi pecahkan pasu yang tuan rumah beli kat Bali huhuhu *kisah benar*.
Sekarang ni dah besar skit, dah ok laa…boleh laa bawa ke majlis. Walaupun sekali sekala ada juga laa insiden insiden diluar kawalan huhu. Tapi ok laa…kena juga bawa diorang bermasyarakat kan, biar diorang belajar cara nak bergaul dengan orang lain kan. Moga bila dah makin besar, makin tau adab laa diorang nanti, InsyaAllah…
5,086 total views, 1 views today






Tulah kan, kadang anak² kita kat rumah oranglah depa nak hilang kawalan walaupun dah pesan macam². Sebab tulah kadang kita payah nak bawak depa ke majlis terbuka camni, majlis keluarga terdekat takpelah.
Hihihi.. Faham. Faham.. Nasib baik lah event family je kan.. Kalau event luar family, saya surrender nak bawak anak saya join. Hehe
Family, kawan kawan rapat & geng KBBA9 ok leh bawak sbb tak segan sgt kan
Mesti meriahkan mama…bagi PC kalau mereka tak gaduh satu sama lain itu dah besar nikmat…kalau gurau…atau tak boleh duduk diam setempat..normal..mereka masih masanya suka meneroka..selagi masih boleh dikawal…alhamdulillah..nanti lama kelamaan mereka sendiri pilih tinggal di rumah tidak mahu pergi ke majlis-majlis tertentu…
Bila time diorang dah taknak ikut nnt pun mama nya yg sedih plak kang hehehe
Bestnya ada anak kembar, kembar 3 pulak tu. Sekali sakit terus 3 yg keluar ye.
Biasalah budak budak, manalah ada budak yg sopan santun.
Alhamdulillah, rezeki 🙂
Sangat memahami sis…tu sebab juju pun berhati2 bawa abam Qi pi jalan rumah orang…kadang2 x leh stay lama…paling lama pun setengah jam lebih…kalau x suara mama ju keluar jd tarzan…tu baru sorang tu hahaha
Kita pi tunjuk muka sekadar memenuhi jemputan, pastu balik cepat hehehe
biasalah lelaki kan..ahhaa..nad yang perempuan ni pun dah lasak
Sementara nak besaq kan