Salam dears… Hari ni buat pertama kalinya baru Mama tahu yang rupa rupanya kalau tamau pakai tali pinggang keledar atau seatbelt, tapi tak nak bagi alarm kereta bunyi bip bip bip tu, boleh guna bendalah ni jer….


Cucuk je benda tu kat situ, jadi tak bunyi lah alarm sebab tak pakai seatbelt (gambar dari Google)
Korang pakai seatbelt tak bila naik kenderaan? Tak pakai? Ehh kenapa tak nak pakai? Ohh tak selesa ye? Tapi kalau terjadi kemalangan macam mana?
Bayangkan, katalah tiba tiba brek mengejut dan kereta korang terlanggar kereta depan dengan kuat. Masa tu tak pakai seatbelt dan badan tercampak ke depan, kepala hantuk cermin dengan kuat! Silap silap cedera teruk atau melayang nyawa terus! Atau pun tiba tiba ada lori besar langgar kereta korang, dan anak anak yang duduk kat seat belakang tu terangkat terhantuk kedepan sampai pecah cermin dan tercampak keluar dari kereta!
Sebab masa tu tak pakai seatbelt kan, jadi tak ada benda yang menghalang badan si kecil tu dari terangkat dan tercampak keluar. Arghhh tak sanggup nak bayangkan huhu. Tapi bukannya tak pernah dengar kes kes camtu kan?
Ohh yaa…diri Mama sendiri pernah alami, masa kereta tengah kona tiba tiba pintu terbuka! Masa tu naik kereta Abah, Mama duduk kat seat belakang. Bukan tak tutup pintu rapat masa tu, tapi pintu rosak dan tiba tiba terbukak. Entah apa yang rosak Mama tak pasti, tapi tu lah…benda tak jangka tapi boleh terjadi wehh. Nasib baik lah Mama pakai seatbelt, kalau tak…mungkin dah tercampak keluar kot! Ishhh ngeri fikir…
Tak Kan Rasa Menyesal Ke Tak Pakai Seatbelt?
Hmm andai lah terjadi benda yang tak diingini camtu, rasa rasa nanti ada terdetik tak rasa menyesal sebab tak pakai seatbelt? Kalau Mama, pasti ada rasa “kalau lah masa tu pakai, mungkin tak tercampak…mungkin tak jadi camtu, mungkin bla bla bla”. Tu Mama lah, tak tahu lah kalau korang jenis yang tak kisah dan tak kan terfikir dah sebab benda dah jadi kan…
Yer betul, benda kalau nak jadi, akan jadi juga. Tapi bukankah lebih baik kita ambil langkah keselamatan yang boleh kurangkan kemungkinan ianya berlaku? Hmm Mama ni memang jenis yang selalu fikirkan “worst case scenario” camtu. Sebab tu lah setiap kali masuk kereta je mesti pesan kat si kembar suruh pakai seatbelt, selagi tak pakai, kereta tak leh gerak!
Diorang naik kereta siapa pun Mama mesti pesan suh pakai. Haaa masa si kembar kecil dulu, sentiasa duduk dalam carseat, dah besar sikit duduk guna booster seat. Sekarang wajib pakai seatbelt plak. Yup, Mama obses gitu hehehe. Ohh yaa, kalau nak, boleh baca cara Mama latih anak duduk dalam carseat.
Mama tahu kadang kadang ada yang rasa annoyed sebab Mama berkeras bab naik kereta mesti pakai tali pinggang keledar, waima nak pergi kedai seberang jalan pun mesti pakai. Tapi…hoihhh nyawa weh! Tambah plak keselamatan dan nyawa anak anak, bukan senang wehh nak dapat anak! Dah dapat, mesti lah mau jaga sebaik mungkin kan, kan?
12,190 total views, 2 views today





IQ memang wajibkan siapa yang naik dengan IQ kena pakai seatbelt. Kalau tak, bak Rm300. haha!
Ayat paling best selalu bagi dekat sesiapa tumpang IQ
IQ: Ada Rm300 tak?
Penumpang: Tak ada
IQ: Kalau tak ada, Pakai seatbelt.
hehe
Haaa bagus gak idea ni, leh tiru haha
Baru first time tahu adanya teknik ni… Biasa saya biarkan sahaja alarm tu berbunyi…
Bila dah rasa rungsing baru pakai seat belt… hehehe
Laa boleh u tahan dgn bunyi tu hehe
kena jadikan kebiasaan barulah tak lupa nak pakai seatbelt ni
Betul tu, bila dah biasa, kalau tak pakai rasa tak lengkap je
Bagus mama . Berdisplin. Saya pulak, kalaudekat-dekat tak pakai seatbelt, kalau drive diluar kawasan kejiranan baru pakai.. my anak, FL memang kena duduk dalam car seat, kalau tak mummy tak nak drive. hihi
Disiplin sbb takut hehe
bagus mama, very good example for other mummys.
Sekadar beringat je 🙂
Kita kalau memandu memang pakai tapi kalau dok sebelah tu yang selalu lupa, hehehee!
Kena selalu ingat tau hehe
saya memang pakai je, tak terpikir nak guna alat camni. bukanke kena saman if tak pakai seatbelt?
raihanah recently posted…7 Ramuan Terbaik Shaklee Collagen Powder
Kan, tak terfikir benda camni. Agaknya yang guna ni bila nampak polis je kelam kabut laa pakai seatbelt
Kereta kita tadek bunyi tu…tapi kalau dapat signal from kereta depan gelabah pakai seatbelt…gahaha
Gelabah jugak eh hehehe
Penting tu seatbelt .. bukan apa untuk safety jugak. Ni tak nampak polis baru terkocoh-kocoh cari seatbelt hehe (tuju kan diri sendiri adoii)
Pakai bukan sbb takut polis je tau hehe
Saya paling xselesa kalau x pakai seat belt especially time drive. Bila dh pakai br rs mcn secure gitu.
Sama laa kita 🙂
La ada jugak ke alat macam ni baru tahu huhu tapi kan lebih selamat pakai seat belt. Nyawa kita jugak bkn nyawa si penjual alat tu kan. Macam2 la skrg. Tak terfikri pun ada alat mcm ni
Tu lah, pakai je untuk keselamatan
selalu laki kita pesan pakai sealbelt..hahaa
Sila ikut pesanan laki mu tu ye hehehe
Biasa kalau drive msti pakai tapi bila duk sebelah asyik no terlupa. Huhuhu. Tapi mmg xsangka kan .. ada plak alat tu ye.
Tu lah tak terfikir pun ada alat mcm tu