Salam dears… Mama ni jenis pemalas masak, pengakuan ikhlas ni hahaha. Tapi kalau dah kahwin dan dah jadi mak orang, nak tak nak kena gak masuk dapur memasak untuk keluarga kan? So Mama selalu pilih resepi yang mudah, simple dan cepat tapi sedap! Tambah plak nak masak untuk berbuka puasa atau bersahur, semuanya nak cepat jer kan. Salah satu menu favourite Mama dan si kembar ialah resepi mudah Udang Goreng Planta.
Haaa kalau dah bahannya udang, ditambah plak dengan rasa lemak dan bau wangi Planta tu…wallawehh memang sedap wooo! Well, sedap ikut tekak kami anak beranak lah. Mehh nak kongsikan resepi semudah ABC…123 ni 😉

Udang Goreng Planta yang mudah tapi sedap
Resepi Mudah Udang Goreng Planta
Bahan-bahan:
Udang (Mama guna udang frozen yang kecil kecil sebab itu jaa yang ada dalam peti ais tadi hehe. Kalau udang besar lagi sedap)
Sayur brokoli, carrot dan baby corn – potong kecil kecil, kalau nak guna sayur lain macam kacang buncis pun boleh
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 biji bawang merah – hiris nipis
2 ulas bawang putih – hiris nipis
1 sudu sos tiram
2 sudu Planta untuk menggoreng (kalau udang banyak tambah laa lagi Planta tu)
Cara-caranya:
1. Basuh udang dan toskan airnya
2. Perapkan udang dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, perap sekejap je pun dah ok
3. Panaskan Planta dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau wangi
6. Masukkan udang dan goreng hingga masak
7. Masukkan carrot, baby corn dan brokoli dan goreng sehingga agak lembut (tapi jangan sampai lembik plak)
8. Masukkan sos tiram dan garam (kalau perlu, Mama tak letak garam dah sebab awal awal dah perap ngan garam) dan gaul rata
9. Tutup api, angkat dan hidangkan, siap!
Haaa senang giler kan? Sangat lah sesuai untuk orang yang malas masak macam Mama ni, atau bila nak masak lauk yang simple tapi sedap. Pastu kan, makan plak dengan nasi panas panas dan sambal tempoyak ikan bilis petai, perghhh bertambah tambah nasi wehhh!
Selamat mencuba! Ewaahhh nak juga cakap tu, sesekali feeling blogger masakan laa kunun hahahaha 😉
9,010 total views, 1 views today
simple n sedap mama… 🙂
Yup betul, si kembar suka sangat
Wow.. Sedapnya…
Buka puasa semalam dan sahur baru lepas makan udang Butter…. Teringat lagi keenakan udang… hehehe 😉
Udang masak apa pun sedappp
Selalunya yang simple ni lah yang sedap kan..:D
Yup betul
okay…lepas ini boleh try resepi ini sebab nampak lazat…hihihi
Sila sila…
Yang simple tu selalunya sedap kan?
Betul betul
Sedap…bileh cuba ni
Cuba lah 🙂
mudahnya kak nani! nak buat la lepas ni!
Sila sila hehe
ala simplenya..ni buat sahur pun boleh..ehhee..boleh try ni
Sesuai sahur, cepat je masak
wah sedapnya. boleh try la
Try laa, budak budak mesti suka