Salam dears… Si kembar ni kan suka makan cucur, dan diantara cucur favourite diorang ialah cucur lemak manis dan cucur jagung. Hari tu si kembar minta nak makan kedua dua jenis cucur ni untuk berbuka puasa. Bila anak anak dah minta tu, tentu lah kena buat kan. Tapi disebabkan Mama ni jenis tak berapa rajin nak masak, maka Mama gabung kan ja kedua dua jenis cucur ni jadi satu – Cucur Jagung Lemak Manis.
Haaa camna tu? Alaaa senang je, buat je cucur lemak manis dengan jagung. Nah resepi paling mudah untuk orang malas macam aii hahaha

Cucur jagung lemak manis ni rupa tak lawa tapi rasa sedap tau hehe
Resepi Mudah Cucur Jagung Lemak Manis
Bahan-bahan:
2 peket tepung Cucur Lemak Manis Adabi
2 ulas bawang merah – hiris nipis
2 tongkol jagung segar – disagat (nak guna lebih jagung pun boleh, lagi sedap)
1 genggam ikan bilis – ditumbuk halus (tapi tak lah halus sangat)
1 cawan air suam
1 cawan air sejuk
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas atau mangkuk besar, masukkan air dan kacau sebati. Biarkan dalam 10 minit.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak banyak, agak agak boleh tenggelam cucur semasa menggoreng.
3. Jemput adunan kecil kecil dan goreng dalam minyak panas, guna api sederhana.
4. Bila dah keperangan, angkat dan toskan minyak.
5. Sedia untuk dihidang.
Ohh yaa…tak perlu tambah garam atau gula dah tau, sebab tepung Cucur Lemak Manis Adabi dah lengkap cukup rasa dah.
Si kembar ni makan berebut berebut wehh, sedap sangat laa kat tekak diorang tu hehe. Diorang makan cicah sos tomato, Mama plak suka cicah dengan sos cili thai. Perghh sedappp! Rangup diluar, lembut dan gebu didalam. Sekejap jaa licin semua cucur yang digoreng tu hehehe
Best kan resepi mudah macam ni, anak anak suka, Mama nya laagiii lah suka. Sebab senang tapi sedap. Aii like! hehehe
12,180 total views, 1 views today
Huishhh faberett.. Lama tak buat.. memang makan tanpa henti wehhh… Tetiba craving Cucur jagung.. huaaaa
Apa lagi sila lah buat, dappp hehe
boleh geng ngan acik sue la ye,sua cucur jagung heheheh
yayy high five skit hehe
Assalam. Cucur lemak jagung lebih sedap kalau dicampur sedikit susu tepung..
Wsalam. Pasni nak try letak lah. Tq tq
Tak pernah buat cucur jagung, nanti nak cubalah!
Cuba lah mas, sedapp
nampak pun dah sedap, belum rasa lagi tu. nak try buat untuk anak. hehe
Sila sila hehe