Salam dears… Dah berbulan si kembar ni dok sebut nak tengok movie Power Rangers yang terbaru ni. Mama pun dah janji ngan diorang, Sabtu nak pergi panggung wayang. Tup tup pagi ni bukak Whatsapp, tengok ada yang kata filem Power Rangers pun mungkin kena banned!
Terus Mama mengGoogle cari infor, betul ke ni? Hmm…Lembaga Penapisan Filem Malaysia belum buat keputusan. Katanya ada unsur LGBT sebab ‘Yellow Ranger Trini – who is questioning her sexuality’. Adoi laaa…kenapa laa cerita Power Rangers pun nak ada unsur unsur macam ni? Hari tu kartun Beauty and the Beast. Ishh cerita budak budak je kot, tak payah laa masukkan benda benda camtu…

Patutkah Power Rangers kena banned? (pic dari Google)
Budak budak sekarang ni makin bijak dan ‘curious’. Diorang akan tertanya tanya dengan apa yang diorang tonton tu. Silap silap diorang akan ‘explore’ sendiri. Baru semalam si kembar ni cerita, kat taska ada budak lelaki ni buat tak senonoh kat kawan perempuan diorang…dipeluk cium budak perempuan tu. Budak budak lain plak, pakat dok kecoh kata”rogol”. Mungkin main main, tapi tetap merisaukan!
Bila ditanya tahu ke tak maksud perkataan tu, diorang tak faham pun sebenarnya. Tapi…kemungkinan diorang dengar atau tengok kat TV laa kot. Kat rumah ni, cerita drama Melayu pun Mama tak bagi sangat si kembar tengok, sebab drama Melayu pun selalu je ada pasal benda benda ni. So Mama rasa maybe diorang terikut sebab dengar kawan kawan cakap laa kot.
Hmm Mama nak terangkan kat diorang pun susah, sudahnya Mama kata itu benda tak senonoh! Dan panjang lebar ceramah budak lelaki tak boleh sentuh budak perempuan, dengan budak lelaki lain pun tak boleh sentuh tempat yang tak sepatutnya, kena jaga aurat sesama lelaki dan perempuan dan bla bla bla… Moga moga diorang akan ingat pesanan Mama tu.
Hmm berbalik kepada kes Power Rangers kena banned, jika betul ada adengan LGBT tu, Mama rasa kalau ditayang kan sekalipun Mama dah tak nak lah bagi si kembar ni tengok. Bak kata Ben Ashaari, tak kan nak tengok anak anak kecil kita rosak di usia yang muda? Selagi kita boleh kawal, maka kita kawal!
9,431 total views, 1 views today






laaaa…baru plan nk bwk anak2 tgk citer nih
Sama laa kita
Aah.. berkemungkinan kena banned
teringat zaman kecik2 dulu. memang tak missed tgk citer power rangers
Salah satu crita fav ni
Ena pula yang excited nak tengok.. tapi tula, sedih gak la kena banned sekiranya jadi dibannedkan
Ina Ainaa recently posted…MUHAMMAD SULTAN CENDOL MAJU | SEPETANG BERSAMA CENDOL IM2
Tunggu dan lihat je lah apa keputusan nya nanti kan
cite omputeh skrang dah semakin berani masukkan babak lgbt sikit demi skit.. lpas ni makin besar2x plak babak lgbt nanti..
Tu lah yg risau tu. Kena pantau segala benda yg anak anak tgk atau baca
Cerita kanak2 jer kot..
Takkanlah pengarah ni tak tahu siapa bakal audiance yg akan menonton filem tersebut.. agak-agaklah kot kalau nak masukkan adegan tak senonoh tu dalam filem..
anuar recently posted…10 TIPS JUTAWAN SENYAP DARIPADA PENIAGA PASAR MALAM, PENIAGA PASAR HARIAN, PENIAGA BAZAR RAMADHAN DAN PENIAGA-PENIAGA KECIL
Hmm rasanya movie makers skarang ni nak attract golongan tu juga skarang….atau nak brainwash anak anak kita mungkin?
eh.. yer ker .. ada kawan dah p tgk dengan anak anak dah..
azni recently posted…Swiss garden beach resort kuantan, percutian yang mendamaikan di Kuantan
Dari yg Mama baca lah, watak Yellow Ranger tu. Tapi tak pastilah scene apa sebab tak tengok lagi.
Anak-anak ni kita kena tengok2 selalu.. kena lebih hati2.. Bukan apa, teknologi sekarang bukan macam dulu.. Apa2 pun mudah diakes, lebih2 lagi dengan anak2 yang penuh dengan sihat ingin tahu dan belajar..
Yang buat filem pun nak kejar keuntungan dengan memasukkan unsur2 macam tu untuk menarik penonton2 dewasa..
Saya sebenarnya peminat PW dari dulu lagi
Betul tu, zaman ni semua kena pantau, risau!
rata2 filem barat sebenarnya ada unsur2 nie…cuma kita ja yg xperasan…filem barat selalunya brainwash otak org islam…tu kita selalu kena ja!
lokmanamirul recently posted…5 Sukan Termahal Di Dunia
Yup betul gak tu, kdg kita yg tak perasan