Salam dears… Masa Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) baru baru ni, bukan geng bloggers saja yang beramah mesra, tapi anak anak bloggers pun semakin rapat sesama sendiri. Dapat kawan kawan baru. Sebenarnya, budak budak lagi senang nak berkawan kan? Diorang ni tak payah tanya nama pun dah boleh start borak dan bermain bersama macam dah lama kenal.
Macam si kembar ni lah, kejap je dah mesra dengan anak anak geng KBBA9 yang lain. Antaranya ialah anak anak blogger Ummi Nani. Haaa nama pun sama dengan Mama si kembar 3 ni – Nani! Hehehe
Diantara anak anak geng KBBA9 yang hadir hari tu
Bila budak budak bermain bersama sama tu, biasalah kalau ada terkasar sikit. Tambah plak budak lelaki kan? Risau gak kot si kembar ni excited terlebih sampai terpukul budak budak lain ke. So Mama saja lah ‘ugut’ diorang, “korang jangan main kasar kasar sangat, nanti mak ayah dia marah. Mak Ayah dia tu polis tau!”. Dengar je tu…terus terjegil bijik mata dak tecik ni sambil tanya “huhh polis??”.
“Iye lah, dua dua polis. Haaa tu laa kan Mama dah cakap, kawan Mama polis, korang tak percaya. Buat lah nakal, Mama panggil kawan polis Mama tu tangkap korang”. “Aaa tak nak! Tak nak!” pastu terus lari. Tau pun takut hahaha. Sampai dah balik rumah tau, si kembar dok ingat yang ‘kawan Mama polis’. Pastu cakap “kalau ada orang jahat kacau kita, boleh laa kita panggil kawan Mama tu kan?”. Tetiba aii rasa best plak ada kawan polis hahaha 😉
Mama dan Ummi Nani
Sebenarnya ada dua orang inspektor polis dalam team KBBA9 iaitu Ummi Nani dan Shiqeen Sattar. Haaa polis jadi blogger gitu, tak sangka kan? Mula mula diorang join KBBA9, Mama rasa macam errr boleh ke ngam ni? Maklumlah, persepsi Mama…polis ni serius dan garang! Mula mula aii is takut takut sikit ngan diorang, walau tak dak buat salah apa pun hehehe.
Tapi lepas mengenali diorang, okeh…boleh geng. Kagum dengan ‘wanita besi’ ni yang boleh uruskan kehidupan sebagai wanita berkerjaya dalam perkhidmatan awam yang sentiasa terdedah dengan bahaya, dalam masa yang sama uruskan keluarga dengan anak kecik 4 orang tau, tak dak bibik plak tu. Dan…UmmiNani juga ada bisnes dan berblog. Malah mampu update blog dengan kerap. Yup, sangat gigih! Mama memang kalah lah dengan ahkak polis ni huhuhu.
Ada kalanya anak anak Ummi pun terpaksa berkorban. Pabila kedua dua Ummi & suami diarahkan bertugas dan tak ada orang untuk tolong jaga anak anaknya, maka terpaksa lah bawa tidur kat surau je. Anak anak ni pun pasti akan membesar jadi insan yang tabah dan kuat semangat kan?
Mama ada tanya Ummi, macam mana dia boleh handle semua tu? Tak penat ke? Tau lah kan kerja polis ni tak tentu masa. Kadang siang, kadang tengah malam, malah tak balik rumah pun boleh jadi gak kan. Ummi kata, dia kekal cergas sebab minum Kopi Pegaga Warisan. Banyak khasiat Kopi Pegaga ni katanya. So terus Mama order dan nak cuba juga. Kot kot boleh menambahkan kerajinan aii update blog ke kan hahaha 😉

Sedap Kopi Pegaga Warisan ni. Kurang manis dan tak terlalu pahit
Jangan terpedaya dengan keayuan wajahnya tau, garang ni hoihhh! *tipu jer* hehehe
Ehh… nak kenal inspektor polis ni dengan dengan lebih dekat? Haa apa lagi, sila lah terjah blog Umminani.com dan Instagram Ummi_Nani yer..
9,293 total views, 5 views today
Hehehe tq kak.. ini terjah blog ni. gambar anak2 kat surau office.. tq Kak
umminani recently posted…Zakat Pendapatan & Cara Kiraan Mudah Hanya Rujuk Jadual Yang Disediakan
Akak tak boleh lupa pic tu, masa tgk tu dulu rasa alahai siannya kat bdk bdk ni. Respek!
Allhamdulillah…. semakin erat silaturahim… meriahnya….. sedap jer kopi pegaga tu sis
Sheila Adziz recently posted…Seminar Teknik Memahami Intipati Ayat Al-Quran melalui Penghayatan Asmaul Husna
Alhamdulillah… Yup kopi pegaga tu sedap, cubalah 🙂
menarik2… byk jugak aktiviti kbba buat yak. best2..
Alhamdulillah, banyak aktiviti yang merapatkan kami keluarga besar KBBA9 🙂
hahahah…. tau takut yer
azni recently posted…De rhu beach resort pilihan tepat untuk family day
Takut laa kejap hahaha
Hehehe. Teringat dulu dulu selalu kena ugut gitu gak. Kalau nakal nanti polis tangkap. 🙂
adeeya/mrsmayrz recently posted…Wordless Wednesday
Ugutan yg berjaya kan? hehhehe
Bukan saja ibu baoanya erat…anak-anak pun turut sama erat…insyaAllah mana tahu satu masa mereka pyla menjadi pelapis KBBA9..ameen.
Perdu Cinta recently posted…Benar-benar Bahagia Itu Apabila..
Amin… InsyaAllah
yg husna taw kak shiqeen je.. ada lg blogger polis rupanya.. 🙂
husna zahidi recently posted…Resepi Brownies Kedut Nutella
A aah dlm team KBBA9 ada 2 akak polis 🙂
Hehe.. garang2 hati bertaman.. selalu follow SS..
nor hazmira recently posted…Saya Nak Hamil
Aa ahh dlm hati ada taman punya geng ni hehehe