Salam dears… Malam semalam si kembar minta kat Mama RM1.50, nak bawa ke sekolah hari ni. Nak beli puzzle ngan mainan kipas apa ntah, cikgu jual katanya. Sekarang ni kan dah habis periksa, jadi agaknya sekolah jual lah benda untuk budak budak buat aktiviti bermain sambil belajar kot. Disebabkan murah je, Mama kata ok je lah.
Pagi ni Mama pun bagi lah RM2 setiap seorang. Sambil pesan baki 50sen nanti bawa balik masuk dalam tabung. Ingatkan diorang happy lah, mintak 1.50 tapi dapat 2 ringgit. Tapi rupa rupanya si Fahmi tak puas hati, meraung tak nak 2 ringgit! Dia nak RM1.50!
Mama kata Mama tak ada 50 sen, sebab tu bagi dua keping RM1, maka jadi lah RM2. Lagi bagus kan…sebab lebih daripada yang diminta. Tapi si Fahmi tak nak jugak! Dia siap marah marah Mama ni tak faham ke? Dia nak RM1.50 saja, bukan 2 ringgit!! Pastu nangis guling guling atas sofa lagi tau.
Sudahnya Mama kata kalau tak nak 2 ringgit ni, Mama ambil balik semua. Langsung tak payah bawa duit ! Haaa dah dengar ugutan tu baru lah “ok lah Fahmi ambil laa 2 ringgit tu….huwaaaa” *nanges tetap nanges* hahahhaa
Lepas tu kan, sambil dia dok makan sarapan…tiba tiba dia kata “aa ahh laa Mama, 2 ringgit tu lagi banyak lah Mama. Sori!…” sambil sengih macam kerang busuk. Haishhh jenuh gaduh dulu baru nak ngaku salah hahaha.

Anak ohh anak…pening kepala Mama! Apa punya kes ni, orang bagi duit lebih pun tak nak? Pelik…pelik…. Hahaha
4,446 total views, 1 views today





Hahaha… lepas ni kena pesan dekat Fahmi.. kalau tak nak duit RM2 boleh tukar dengan pakcik.. pakcik ada RM1.50 … hehehe.. x23
🙂
anuar recently posted…Bajet 2017 : Kerajaan menggalakkan golongan B40 menjadi pemandu Uber
Untung laa pakcik camtu haha
hahahha..adehla fahmi..
Bertabah je laa melayan dia hehe
macam² ragam anak² kan…hihi
sumysya recently posted…Tragedi TERKORBAN di HARI RAYA AIDILADHA
Mmg tak boring hidup dgn ragam diorang hehe
samalah anak saya. nak rm4, saya bagi rm5, dia taknak. hihi
raihanah recently posted…Putih Kulit Sopak Kini Mula Memerah Semula
Geng! hehehe
so comel. nasib baik lah yg lg 2 tu tak wat hal yer…hebat mama menghandle sikembar ni
Tu laa..kalau tiga tiga meragam lagi pening
Hahah…
Anak macam- macam ragam.tapi bila dah hantar dorang gi sekolah mesti mak nya senyum2 kan hehe
Umiadam recently posted…Promosi Shaklee Bulan November 2016
Memang pun, bila teringat keletah diorang, boleh senyum sorang sorang hehe