Salam dears… Minggu lepas kan si Fauzi batuk dan semput. Dah pergi ambik ubat dan gas neb, semputnya berkurang. Tapi masih batuk. Terutama waktu malam, sian dia tak lena tidur asyik batuk. Pastu, si Fahmi pun mula batuk batuk juga. Dah sudah…tak kan berjangkit plak kot? Dalam dok risau tu, Mama teringat pernah terbaca dalam Facebook kawan kawan bercakap tentang Minyak Herba Asma Mujarab, katanya berkesan untuk merawat batuk dan asma.
Mama pun mengGoogle laa cari maklumat tentang Minyak Herba Asma Mujarab (MHAM) ni. Tengok tengok blogger Julia jual minyak ni. Mama kenal Julia ni, geng dalam KBBA9. Mama panggil dia Lya je. Lya bukan setakat jual, tapi dia juga guna minyak ni. So apa lagi, tak pikir panjang terus whatsapp Lya dan order sebotol.

Pic dari blog Lya
Semalam dah cuba pakai minyak ni. Mula mula Mama sapu kat dada sendiri dulu, test kot kot lah panas sangat ke gatal ke allergik ke kan. Bila rasa ok, sebelum tidur Mama sapukan kat Fauzi dan Fahmi. Sapu sikit kat dada dan belakang. Dan malam semalam semua pakat tidur tanpa batuk batuk! Setelah beberapa malam tak dapat tidur nyenyak sebab batuk, rasa legaaa sangat semalam dapat tidur lena!
Tahu lah kita mak mak ni, kalau anak tak sihat, kita bukannya dapat tidur sangat. Kejap kejap bangun check tengok anak ok ke tak. Pastu tiap kali anak batuk, mesti nak pegi tepuk tepuk, urut urut dada anak bagi lega. Tapi semalam, pukul 10.30 malam masuk tidur, sedar sedar pagi ni bangun dah pukul 5.30. Wahhh tak dak yang batuk batuk, dapat tidur lena, yayyy! Alhamdulillah 🙂
Hmm tak tahu lah memang disebabkan Minyak Herba Asma Mujarab ni atau memang dah sampai masa batuk diorang tu berhenti, tapi InsyaAllah Mama nak cuba amalkan guna minyak ni. Lepas mandi pagi tadi, tiga tiga orang Mama sapukan sikit minyak ni kat dada. Harap harap berkesan lah untuk rawat asma diorang. Apa apa pun, Mama ikhtiar je. Kalau serasi dan berkesan Alhamdulillah. Kalau tak, kita cuba cari jalan lain plak. Tak salah kita berusaha untuk anak anak, kan? 🙂
5,848 total views, 1 views today






Alhamdulillah nani..moga tiga2 cepat sembuh..kita sekadar berusaha..Allah yang menentukan..Sama2 mendoakan moga tiga2 beransur sihat ..aamin aamin
Amin… TQ Lya 🙂
moga kembar cepat sembuh yee
Amin.. 🙂
yes!..
betol..minyak herba asma mujarab ni dengan izin ALLAH, memang anak kita akan lega..
memang happy sangat bila dapat tahu ada ubat yang boleh melegakan batuk anak..jarang dah anak saya batuk (dengan izin ALLAH)..
kadang-kadang dia dah start batuk batuk, saya sapu je, alhamdulliah, boleh lena tidur…
Harap harap utk si kembar ni pun serasi camtu jugak lah
Alhamdulillah…moga keserasian itu berpanjangan kan mama…amin..
Harapnya mcm tu lah, Amin
Saya pun ada guna minyak Herba asma mujarab ni… Saya gunakan untuk 2 orang anak saya yang ada Asma… Biasanya saya gunakan untuk urut badan mereka…
Anuar recently posted…Rezeki hari Jumaat….
Serasi yer utk anak anak u?