Salam dears… Beberapa hari ni dok cerita tentang Faris je. Nak buat camna, dia yang asyik buat onar. Tak nak basuh kaki sebelum tidur, pastu tertidur masa periksa…dan yang paling baru…

Cermin spek mata dah pecah! Huwaaaaa *nanges*
Masa mula mula si kembar ni bagitau cermin spek Faris dah pecah, Mama terus terdiam dan terduduk! Tak tahu nak kata apa, frusttt je rasa. Dan terus nampak bayangan umpama duit dok terbang melayang layang huhuhu. Mana tak nya, bukan murah harga spek tu tau.
Macam mana boleh pecah? Hmm masa nak pergi mandi, Faris buka spek dan tinggalkan atas lantai je. Fahmi tak nampak dan terhempas beg kat atas spek tu, terus berkecai sebelah cerminnya! Adehhh…
Cikgu kata lepas tu Fahmi terus menangis, mungkin sebab rasa bersalah atau takut, tak tahu lah. Tapi Mama tak salahkan Fahmi, sebab bagi Mama si Faris yang silap dan cuai sebab tinggalkan spek atas lantai.
Dah beratus kali rasanya dok pesan kat dia, bila buka spek, masukkan dalam kotak spek dan letak kat atas meja. Jangan tinggal bersepah merata. Tapi tu lah…dah namanya budak budak kan. Pesanan masuk telinga kiri, keluar telinga kanan! Huhu
Hmm nasib baik juga lah yang pecahnya sebelah ja. So buat cermin untuk ganti sebelah yang pecah tu ja. Tapi…tetap melayang RM150 laa juga huhuhu.
Harap harap lepas ni jangan laa rosak lagi dah spek tu. Tapi apa pun, marilah menabung dari sekarang, buat tabung khas untuk spek mata. Kot kot lah jadi lagi, tak lah menggagau cari duit, kan?
5,019 total views, 2 views today




Walaupun sebelah cermin yg pecah.. tapi mahal juga kan.. huhuhu.. lps ni kena selalu ingatkan anak2 supaya tak cuai.. peringatan untuk diri saya juga..
anuar recently posted…Nak Belajar Buat Blog Dengan Blogspot? CUMA RM2 Sahaja!
Selalu ingatkan. Tapi tu lah…budak budak huhu
Kena ada tabung emergency dan tabung bunian..meh2 saya ajarkan
Ajar please…
sabar jerlah…saya pun selalu gak pecah cermin mata…terbang duit =(
at-tarmizi recently posted…GIVEAWAY TUNAI RM200 BY ELIHJAPAHAR.COM
Nak nangis je bila cermin pecah kan huhu
Bagi cuba pakai lense pulak la… atau buat lasik..
Shiqeen sattar recently posted…Kempunan Lipstick Kailijumie Gara-Gara Anak
Tak boleh buat lasik, sebab dia rabun dekat
Sabarlah mama.In sya Allah lepas ni Faris beringat tu..kena pesan pada yang lain juga suoaya sentiasa ingatkan Faris..kalau ternampak cermin mata Faris tolong simpankan.kos untuk cermin mata memang mahal la mama..
InsyaAllah, harap harap pasni dia lebih beringat