Salam dears… Korang pernah makan Chalong tak? Mama ni baru semalam tahu tentang kewujudan dan merasai keenakan hidangan bernama Chalong ni. Itupun sebab Mama diantara yang bertuah dapat jemputan daripada Delong Coffee & Such untuk food tasting di kafe ni. Haaa baguskan, buat food tasting sempena pembukaannya untuk dapatkan komen, betul betul menjaga kualiti namanya ni, kan?

Delong Coffee & Such, No 8, Jalan Opera A U2/A,Seksyen U2 TTDI Shah Alam, Selangor
Hidangan Istimewa di Delong Coffee & Such
Delong Coffee & Such yang terletak di Shah Alam ni akan menyajikan menu hidangan Terengganu dan Western. Haaa “Terengganu meets Western” gitu kata Pn. Arlina, pemilik kafe ni. Dan diantara sajian yang paling istimewa disini ialah….

Chalong, sajian tradisi Terengganu. Boleh juga dimakan dengan mee atau kuey teow.

Bebola ikan tu memang sedap! Mama yang tak berapa gemar makan ikan ni pun berulang kali ambil

Memang pure rasa ikan, sebab ianya homemade 100% dibuat guna campuran 3 jenis ikan, langsung tak letak tepung tau. Ikan apa? “Rahsia!” kata Pn. Arlina hehe. Kata Pn Arlina lagi, biasanya orang buat bebola ikan untuk Chalong tu kecil ja. Tapi kat Delong Coffee & Such ni, ianya dibuat besar besar, dah macam saiz meatball plak, supaya lebih puas makan gitu. Nak rasa? Korang kena lah datang sendiri ke sini yer.
Lagi satu hidangan yang istimewa kat sini ialah Nasi Carrot. Mama rasa Nasi Carrot ni jarang ada jual kat kedai kan? Budak budak InsyaAllah suka. Macam si kembar ni bab makan agak memilih. Tapi Nasi Carrot ni diorang makan bertambah tambah! Maksudnya kena sangat lah dengan selera diorang.

Nasi Carrot dengan Ayam Masak Merah, sedap oiii! Harga pun ok, set Nasi Carrot dengan air hanya RM9.90.

Tak sempat nak tambah, sambil berdiri si Fahmi ni dah dok suap dah. Suka sangat lah tu hehe
Minuman Pun Menarik!
Bukan makanan je yang menarik kat sini, minumannya pun special juga. Yang kitorang dapat rasa semalam ialah…

Soda Bukit Besi dan Lala Choco Drink (kredit gambar Ben Ashaari)

Segarrr tekak minum ni!
Kalau air soda letak daun pudina tu Mama dah biasa rasa. Tapi Soda Bukit Besi ni ada letak serai juga, lain daripada yang lain kan? Memang segarrr je tekak minum ni. Ntah berapa gelas ntah Mama dok ulang, sebab sedap hehe.


Lala Choco Drink tu pula pojaan hati si kembar, memang tak cukup satu lah!
Lain lain menu yang akan dihidangkan kat sini ialah Nasi Goreng Sotong Petai (tak sabarnya nak rasa yang ni!), Nasi Lemak dengan sambal ala Terengganu, Satar, Otak Otak dari Kemaman, ikan dan sotong celup tepung, steak, chicken chop saiz XL dan macam macam lagi lah. Konpem kitorang akan pergi lagi ni, banyak benda nak kena cuba nanti, yummy!

Delong Coffee & Such
Alamat: No 8, Jalan Opera A U2/A,Seksyen U2 TTDI Shah Alam, Selangor
No. tel: 013 958 3797 / 012 280 8996
Instagram: @delongcoffeeandsuch
11,398 total views, 1 views today





Nanti bila dah semua menu dah ada,nak serbu lagi…
Jommm…nak try nasi goreng sotong petai tu
bebola ikan dia sedp betul.besar pulak tu
nadia johari recently posted…PRIHATIN TENTANG KESELAMATAN ANAK DI DALAM RUMAH
Yup, puas hati makan
Dok teringat bebola ikan mee calong tu kak nani…sedap kan yummmmmmmm
JULIA JOHARI recently posted…Jalan-jalan cari makanan original Terengganu di dELONG coffee & such
memang sedappp
macam menarik jer mama…ehm..bil anak try entah…
umminani recently posted…KELAS BELAJAR BUAT BLOG
Kalau jln jln ke shah alam tu boleh laa singgah
Belum pernah makan Chalong ni… Tapi, bila tengok gambar ni teringat Mee Kungfu yang pernah saya makan masa belajar dulu..
Anuar recently posted…I-GAMBANG HOMESTAY, Homestay Pilihan Terbaik di Gambang
Try laa, sedap!
teringin nak minum soda tu . mcm sedap je kan.. tk pernah makan chalong lagi takatni
Sedap lisa, segar tekak