Salam dears… Mama selalu dengar kawan-kawan dok sebut suka makan makanan Korea, ada yang siap belajar buat kimchi sendiri juga tau. Tapi Mama tak teringin plak nak cuba rasa, sebab ingatkan ianya lebih kurang macam makanan Jepun…dan Mama tak gemar makanan Jepun. Jadi bila beberapa minggu lepas ofismate Mama beria ajak pergi makan kat restoran DubuYo, Mama tertanya tanya juga…makanan Korea di DubuYo sedap ke?

Mama pergi ke DubuYo di Nu Sentral

Ramai pelanggan waktu makan tengah hari. Kena beratur tungu giliran gak lah.

Meja disusun agak rapat, tapi masih selesa
Makanan Korea di DubuYo Sedap Ke?
Hmm… sampai sekarang Mama dok teringat ingat, terasa rasa kat tekak ni haa semua benda yang Mama makan di DubuYo tu. Patutlah orang sanggup beratur panjang semata mata untuk makan disana. Masa kali ke-dua Mama pergi tu, beratur sampai dekat sejam tau! Tapi aii sanggup, sebab sesungguhnya makanan Korea di DubuYo sedap!
Kali pertama ke DubuYo, memandangkan Mama tak berapa pandai bab makanan Korea ni, Mama ikut je apa yang kawan kawan Mama nak makan. Kitorang order set yang harga RM98.60 tu, sebab nampak banyak pilihan lauk dan cukup untuk 3-4 orang makan. Hmm apa yang kitorang pilih dari set tu? Meh nak tunjuk…

Teruja aii tengok makanan banyak camni hehe
Nasi nya tak melekit atau rasa pulut macam nasi makanan Jepun tu. So yup, tekak aii boleh telan nasi ni 🙂
Mama cuma tahu yang tengah tu Kimchi. Yang kiri kanan ntah apa nama tak pasti, rasa masam masam sikit macam jeruk. Tapi tak lah masam sangat, ‘just nice’ omputih kata hehe

Pertama kali Mama rasa Kimchi dan terus jatuh cinta! 🙂

Pa-Jeon (Korean Pancake). Kawan Mama kata ni lempeng Korea hehe
Korean Spicy Wings. Kulit ayamnya tu rapuh tau, serius sedap!

Dak Galbi. Ada isi ayam, sayur kobis dan brokoli. Cukup rasa masam manisnya.
Soondubu Jigae. Boleh pilih nak isi ayam, daging atau seafood. Kuahnya serius sedap! Kitorang pakat lawan hirup sampai licin hehe
Roasted Barley Tea. Mama pilih yang sejuk. Mula mula minum, ingatkan salah hantar order, sebab rasa macam teh Cina jer. Dan Mama tak minat teh Cina. Tapi lepas dua tiga kali teguk, ehh ok juga air barley Korea ni, segar tekak 😉
Muka happy dapat melantak hehe
Disebabkan Mama dah terbekenan dan rasa macam ketagih plak makanan Korea kat Dubuyo, hari Jumaat lepas kitorang pergi lagi sekali ke situ. Kali ke-dua pergi tu, order set yang sama juga tapi tukar satu lauk…
Pilih Honey Garlic Bulgogi plak. Sedap!

Kali ni kawan Mama teringin nak rasa mee juga, so kitorang order lagi satu ‘Meal Set for 1’ dan pilih ‘Spicy Seafood Ramyeon’. Rasa mee tu macam maggi (ikut tekak Mama lah), tapi kuahnya memang sedap! Bagi Mama, rasanya tak terlalu pedas. Tapi ada kawan Mama ni, tersedak sedak gak lah masa memula hirup kuah tu hehehe.
Menu dan harga
Bagi Mama, harga makanan kat DubuYo ni berbaloi dengan rasanya. Kalau sesekali nak kan kelainan, ok lah. Tapi kalau tiap tiap hari, errr…tunggu gaji lah kot baru pergi lagi. Atau…tunggu orang belanja hehehe. Anyways, ni Mama kongsikan diantara menu yang ada, korang boleh tengok sendiri harganya.



Ambil set camni lebih jimat
Hmm tunggu gaji bulan depan, nak pergi lagi lah. Dah ketagih kot hehe. Sebulan sekali belanja diri sendiri makan sedap, apa salahnya kan? Ishhh…apsal laa lambat lagi nak gaji ni? Menghitung hariii…hahaha 😉
Maklumat lanjut:
DubuYo Urban Korean Food (Nu Sentral)
Alamat: Unit L4-04, Level 4, Nu Sentral, 110, Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur
Telefon:+60 3-2272 2116
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Website: www.dubuyo.com
Facebook: DubuYo
Instagram: DubuYo
34,869 total views, 1 views today



yanie dah pernah try makan kat dubuyo.. boleh mask lagi kat tekak.. sedap hihi
Yanieyusuf recently posted…Buffet Ramadhan Steamboat sambil Panggang Arang
Kann..sedap
Peminat-peminat makanan Korea pasti gembira membaca artikel ini… 😉
Anuar recently posted…Reaksi Wajah Penumpang Bila Driver Uber yang mereka hubungi memandu Kereta Bugatti!
Menjejeh air liur tau…saya dulu first time nak try makanan korea g kat dubuyo gak…kimchi kat situ sedap berbanding restoran korea lain…ayam spicy pun sedap…nak kena repeat nie
Nani tak pernah makan lagi dekat Dubuyo ni. Banyak jugak pilihan yang best2 nanti boleh try 🙂
Inani Hazwani recently posted…Macam Macam Kek Ada !
first time dengar nama kedai ni