Salam dears… Sejak pertama kali rasa Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai Kak Laila masa jamuan hari raya di rumah blogger Kak Shuhaida tahun lepas, Mama memang asyik teringat ingat je kesedapan sambal tempoyak tu. Dok ajak Ayah pergi makan kat kedai D’Laila Suppower di MMA Santai Corner, Nilai, tapi tak pergi pergi jugak.
Jadi bila dapat tahu yang sambal tempoyak Kak Laila ni dah dijual secara ‘online’, opkos la Mama dengan penuh excitednya terus order. Tapi Mama order dari Kak Long Saidila, salah sorang agen sambal tempoyak ikan bilis petai ni. Haaa hebat kan, sambal tempoyak pun ada agen dan boleh hantar melalui pos hokeyyy 😉
Tengah hari semalam bila sambal tempoyak idaman hati ku ni sampai kat opis, tak menyempat nak balik rumah, terus ‘seludup’ bawa pi makan kat ‘food court’.
Order 2 bekas terus, tamak bin haloba punya kes lah ni hahaha
Bungkusan kemas, tak dak tumpah dan tak keluar bau tempoyak. Jadi tak lah semerbak satu opis masa sampai tu. Nasib baik lah…kalau tak ramai plak yang mintak nak kongsi kang hehehe 😉
Huishhh memang nikmat betul lah sambal tempoyak ni, sekali hadap terus habis setengah bekas! Nasib baik Mama dah order siap siap 2 bekas sebab dah tahu dah mesti tak cukup satu punyalah…bijak kan aii?
Sambal tempoyak ikan bilis petai, sedappp!
Kalau makan sambal tempoyak ni je dengan nasi pun dah cukup nikmat, tak payah lauk dah. Ofismate Mama plak kata makan dengan roti pun sodap ni…
Ikut sedap mulut nak je makan sampai licin, tapi nasi dah habis.
Kalau makan kat rumah, konpem tambah nasi hehe
Haaa korang dah terliur ke tu? Nak order juga? Sila roger Kak Long Saidila… Whatsapp dia di 019-2692067 atau facebook Saidila Abdul Rahman. Selamat melantak nasi berpinggan pinggan yer hehehe
Psttt…sila order lebih daripada satu bekas, kalau korang tak nak nangis belakang pintu sebab tak puas makan 😉
10,663 total views, 1 views today
halaaaaa…sedapnye sambal tempoyak…memang betul mkn ngan nasi mcm tu pun dah cukup..xde lauk pun xpe…dah puas hati
Ya Allah..sedapnya sambal tempoyak…terliur sudah ni…nak kena beli jugak ni..
subhanAllah..ni nasi panas dengan telur dadar..sambal ikn bilis petai tempoyak..fuhhh meleleh peluh..
Kesedapannya memang diakui sedap dan terbaik….
wah..tengok pun tau sedap nih..kalau makan dengan ikan goreng dan ulam je, tak payah kuah lain dah kot..
huuhuuu kita belm sempat lagi nak membeli
Sedapnyaaaa !
Teringin nak rasa.. Even tak makan petai dan tempoyak..
Nina yang tak makan petai pun tetiba reti makan. Memang sedap weii….
Dkna pernah beli.. Memang kedap udara. Sesuai untuk pos kemana jer.