Salam dears,
Bila berjauhan dengan anak anak, yang dapat diluahkan hanyalah rasa rindu….rindu serindu rindunya! Dunia tiba tiba terasa macam kosong je. Drama sungguh kan?
Well, dah terbiasa hidup sentiasa meriah dengan jerit pekik, gelak tawa dan tangis anak anak. Tiba tiba, anak anak jauh dari mata, opkos laaa sangat terasa kan? Ohh yaa..si kembar balik kampung ni. Baru 4 hari ja, tapi Mama dah rasa macam laaamaaa sangat tak dapat peluk anak anak. Rindu….
Bila bangun pagi, rasa sunyi tak terkocoh kocoh nak kejutkan dan siapkan diorang. Balik kerja, turun dari kereta tak dak siapa nak bising bergaduh berebut nak turun dulu. Bila buka pintu rumah, tak dak yang berebut siapa nak masuk dulu. Takdak siapa nak kecoh siapa dapat pegang remote control tv. Yang ada…buka pintu…dan masuk ke rumah yang ‘kosong’. Serius, hari pertama tanpa si kembar, masuk rumah ja…menitik juga laa air mata ni haa. Drama sungguh!
Well, ini kali pertama Mama berjauhan dengan si kembar camni tau. Pernah laa berjauhan beberapa hari masa Mama ikut company trip. Tapi masa tu tak lah terasa sangat sebab sibukkan, berjalan sana sini tengok negara orang. Siang dan malam penuh dengan aktiviti. Tapi masa tu pun, pantang ada peluang mesti call anak anak dan tak sabar nak balik. Tak dapat nak betul betul enjoy sebab asyik rindu anak anak. Dan asyik fikir nak balik je hehe
Tak dinafikan, masa nak bagi si kembar balik kampung ni, Mama ada gak terfikir…hmm finally can spent some time for myself. Siap plan balik kerja nak pi tengok wayang lagi. Tapi hakikatnya? Tiap malam balik kerja terus pengsan! Sebab demam haha.
Sejak hari Isnin badan tak sihat. Pakej lengkap demam, selsema, batuk. Semalam gagahkan juga pergi kerja & pergi food review, balik terus tidur sampai ke pagi. No fun at all *sigh*
Hmm Ayah kata “awak ni demam rindu kot ni”. Errr ye ke? Drama sangat laaa Mama Kembar 3 ni kan, baru beberapa hari dah demam rindu? Over! Hahahaha
Apa apa pun, tak sabarnya tunggu anak anak balik…nak peluk cium puas puas. Aii the very rinduuu….
True…
5,127 total views, 1 views today




Akak pun pernah rasa mcm tu..kalau boleh nak cal sentiasa..hihi
mungkin betul kot..demam rindu..takpe2..rindu buat kita semakin sayang dan semakin menghargai..:)
wah kembar balik kampung ye…sambung cuti sekolah di kampung…
memanglah kak nani, bila anak-anak tak ada, memang rasa sunyi kannn? lagi-lagi abang-abang kembar tu memang jenis yang menceriakan suasana dan bijak…mau tak rindunya… sabar ek kak, rindu sangat kalu… ambik jer bawak balik…ekekekeke….
mesti sunyi kan bila dh biasa riuh rendah..
Setakat ni nad tak pernah lagi berjauhan dengan anak-anak..haiii macam mana lah rasanya yer?? its ok nani, gunakan masa ni utk memanjakan diri sendiri..:)
memang pun…bila kena outstation kalau boleh nak cepat2 abis…nak balik..
Sekarang Kak Sue rasa apa yang Nani rasa sebab anak kat asrama kan,memang sunyi..minggu pertama hiba sangat hati..huhuhu..