Salam dears,
The Parenthood – 1st London Street Family Park. Dari namanya saja korang mesti dah boleh agak bahawa tempatnya ada kaitan dengan keibubapaan kan?
Terletak di Tingkat 2, Sunway Putra Mall di Kuala Lumpur, The Parenthood yang berkonsepkan London Street ni memang tempat yang sesuai untuk ibu bapa. Malah anak anak dan seluruh kelurga pun pasti sukakannya! Errr…rasanya anak anak yang paling enjoy disini sebenarnya hehehe. Kenapa? Haaa meh nak cerita….
Terletak di Tingkat 2, Sunway Putra Mall di Kuala Lumpur, The Parenthood yang berkonsepkan London Street ni memang tempat yang sesuai untuk ibu bapa. Malah anak anak dan seluruh kelurga pun pasti sukakannya! Errr…rasanya anak anak yang paling enjoy disini sebenarnya hehehe. Kenapa? Haaa meh nak cerita….
Kata CEO The Parenthood, Mr. Leroy Lee, semasa Blogger’s Conference pada hari Sabtu lepas, idea untuk wujudkan The Parenthood ni lahir daripada pengalamannya sendiri sebagai seorang bapa yang ada anak anak kecil.
Seringkali dia terpaksa pergi ke beberapa tempat berlainan untuk beli barang barang keperluan anak macam pampers, susu, pakaian, mainan dan macam macam lagi lah. Dan pada masa yang sama, rasa sedikit susah nak bershopping sambil usung anak anak skali.
Jadi dia terfikir, why not wujudkan satu tempat yang boleh memudahkan ibubapa membeli belah dan anak anak dapat beriadah sambil dipantau oleh orang dewasa? One-stop family centre gitu. Maka…wujudlah The Parenthood yang menyediakan….
1) Tempat membeli belah barangan keperluan bayi dan kanak-kanak.
Ada 33 lot kedai yang menawarkan lebih daripada 100 jenama. Fuhhh banyak tu! Jenama terkenal pun ada tau, meh nak tayang gambar banyak banyak…
1) Tempat membeli belah barangan keperluan bayi dan kanak-kanak.
Ada 33 lot kedai yang menawarkan lebih daripada 100 jenama. Fuhhh banyak tu! Jenama terkenal pun ada tau, meh nak tayang gambar banyak banyak…
Kedai game pun ada hokey, untuk anak anak remaja pasti suka.
Err bapa bapa pun suka kot hehe
Ini menarik perhatian Mama – painting by numbers. Pertama kali Mama tengok benda ni.
2) Education & play – ‘My Kingdom’ indoor playground.
My Kingdom ni memang best! Si kembar enjoy sangat kat dalam ni, sampai jenuh nak ajak balik hokey hahaha. Ada macam macam permainan termasuklah mini flying fox, spider tower, spiral slide, multiple slides, ball pit, play bridges dan treasure hunt games. Ada 2 unit X-Box juga, serius best! Haa nak masuk kena pakai stokin ye. Jadi sila bawa siap siap.
Anak anak dan ibu bapa kena pakai ‘gelang’ ni untuk masuk ke My Kingdom. Anak anak tak boleh keluar tanpa ibu bapa masing masing. Tu nampak bar code kat gelang tu? Kalau barcode ibubapa tak padan dengan barcode anak anak, maka tak boleh ambil anak tu keluar. Itu salah satu ciri keselamatan kat sini. So tak payah risau laa orang lain datang ambil anak kita, InsyaAllah akan dikawal rapi oleh staff My Kingdom ni 🙂
PS4 tu uolls!
Harga tiket masuk ke My Kingdom
Tiket sah untuk seharian dari 10 pagi sampai 10 malam, maksudnya nak keluar masuk berapa kali pun boleh dalam sehari tu. Nak keluar pergi makan ke pergi balik rumah mandi pastu datang balik sampai malam pun boleh hahaha
Ada perkhidmatan ‘drop & shop’ juga untuk kanak kanak berumur 4 tahun dan keatas, dimana anak anak akan dijaga oleh staff kat My Kingdom tu. Jadi mak bapak boleh laa pergi bershopping dengan aman bahagia hehe.
3) Dining – party room dan cafe.
Party room ni boleh memuatkan sehingga 40 orang kanak kanak. Sambut hari jadi kat sini best juga ni.
Kat luar party room ni ada 2 skrin tv besar, yang menunjukkan aktiviti yang sedang berlaku kat dalam My Kingdom. Jadi ibu bapa boleh laa melepak makan minum di LilliPilli Cafe yang terletak depan party room dan pantau apa yang berlaku dalam indoor playground tu.
Antara hidangan yang ada di LilliPilli Cafe. Croissant sedap! Makan panas panas memang layan lah.
4) Relaxation & leisure.
Sementara anak bergembira dalam My Kingdom, mak bapak nak manjakan diri di salon ‘A Beauty Secret’ ni pun boleh. Ada facial, manicure dan padicure juga tau.
Family Fitness Room
Nak exercise? Meh laa sini 😉
Sabtu 5 Disember 2015, adalah pembukaan rasmi The Parenthood. Ada bermacam macam tawaran istimewa tau. So silalah pergi melawat. Best wooo. Have fun uolls! 😉
The Parenthood – 1st London Street Family Park in Malaysia
Level 2, Sunway Putra Mall, No. 100, Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi : 10:00 pagi – 10:00 malam (Isnin-Ahad)
6,242 total views, 1 views today









































Cuti sekolah ni…peluang keemasan untuk ibu bapa bawa anak2 mereka ke sini…kan mama…
Assalamualaikum…
Menarik juga konsepnya….Bangunan dalam bangunan…
This is interesting… macam2 ada. Gi London kena pakai payung ye 😉
Mmg best kan …dah la cantik kat dalam tuh. Banyak plak kedai best best .
Mcm menarik ja nih. 👍👍😊
thanks for sharing mama.. confirm kene pergi ni
best Nye. thanks for sharing mama… nanti confirm saya dating sini